Followers

30.7.09

~sanah helwah~

assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace
sanah helwah buat kakak ku yang tersayang...yg keberapa eh kak? (lupe lah pulak) yang penting dh tua..hik2..tak ada hadiah yang dpt di beri oleh adik mu yg tersyg ni..cuma kasih sayang yang menggunung dpt ku berikan...proud to be ur sister...(kakak kene pakai ayat skema sket ni...) tak ada ucapan juga yang mampu ku berikan pdamu..kasih syg yg tak ternilai darimu membuatkan diriku begitu berharga(hah jgn gelak tau)...anyway kad bufday rasanya dh sampai atas meje kat opis...tu jek lah yang mampu org bagi..sayang kamu sangat2...
thanks for the friendship
the laughter, the fun
the good times that happened with you
thanks for the closeness
the love..the support
and kindhearted things that you do
most of all..
thanks for just being yourself
a sister so nice to be near
that being related to is a gift
that means even more every years..

nota kecil:kak nani..wajib terharu sampai kluar airmta tau..hik2..sayang kamu sgt2...may Allah bless u..in wht ever u do..Allah is always stand by ur side..me too..MySpace

27.7.09

..: jangan tanya kenapa::.

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

alhamdulillah segala puji bagi Allah..selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW..kerana kasih Mu aku masih di sini..kerana sayang Mu aku masih mampu berdiri..ya Allah betapa besarnya kuasa Mu...betapa kerdil nya aku dimataMu...subhanallah...subhanallah...
bila sesuatu jadi pada kita mesti kita akan ajukan persoalan "kenapa semua ni jadi kepada diriku"so do i..sy juga sering bgitu...kadang2 sy rasa sy sgt kuat untuk tempuh semua ujian yg datang..namun realiti nya sy tak mampu..ap yang mampu sy lakukan hanya lah berdoa..dan terus berdoa di beri kekuatan untuk sy menempuh segala mehnaNya..ye ianya tak semudh yang di sangka..sangat berat bagi mereka yg tak tahu menilai akan semua ujian yg datang..
sesuai dgn firman Allah di dalam surah al-ankabut ayat 2-3
"Allah menjawab pertanyaan kamu dengan,'apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan shaja menyatakan "kami telah beriman' sedangkan mereka
tidak di uji dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya
Allah mengetahui orang2 yang berdusta"
manusia tu akan di uji sesuai dgn kemampuan nya...cri lah hikmah di sebalik ujian itu pasti kan damai hati kita...terima lah ketentuan Allah ini dgn hati yg damai..jika Allah hilngkan seseorng dalam hidup kita...jgn kita bersedih...la tahzan..Allah sedang berbicara dn menegur kita..Allah sebaik2 perancang...Dia lebih tahu ap yang terbaik buat kita..jangan sekali2 kita tany 'kenapa' itu bermakna kita menyalahkan takdir Allah..jangan juga kita rase ap yang berlaku tu adalah satu penyebab kita kecewa atau bersedih..kita hanya manusia yang lemah yang tak pernah lari dr buat kesilapan...kadang2 ini lah cara Allah nak berbicara dengan kita..dan percayalah sesiap yang diuji sesungguhnya kamu lah insan2 yang sangat bertuah di uji sebegini (sangat menginsafkan diriku) semua ni adalah pengalaman kita untuk kita ingat di kemudian hari..
kita tak kan dapat keluar dri situasi degn begitu mudah..sebaik2 manusia pun terkadang mereka juga tk kuat yang di sangka...mungkin pada luaran mereka nmpak mereka tabah..tapi dalam hati...hanya Allah yg tahu betapa luluh nya mereka..betapa remuk redam nya hati mereka dgn ujian ini..Allah tak pernah lakukan sesuatu yang sia2..setiap agendaNya punya kebaikan punya hikmah yang kita tak nmpak dr mata kasar...mungkin juga mta hati..
baru sedikit ujian yang Allah beri pada kita kita sudh rasa putus asa..(ingtkan diri raudhah juga)kenpa mesti kita rasa begitu..selagi kita menyatakan persoalan'kenapa' semuanya tidak akan selesai...fikirlah cara 'macamana' untuk kita selesai kn masalah ini...sesuatu yang berlaku dalam hidup kita tu punya hikmah nya yang tersendiri..tangani dengan bijak sana...dekat dri pada ya Esa...selangkah kita pdaNya seribu langkah Dia pada kita..subhanallah...

nota kecil:thnx to my bro angah.. sbb dengr luahan hati org hari tu kat warung ...org bertuah dpt abg cm angah..thnx a lot..angah byk bgi semangt kat org..org nangis angah pujuk...angah kate jgn nangis t angh nangis same..huhu..terharu sangat..biar lah ap yg jadi tu semua org terima dgn redha..terima kasih gak bg pinjam buku panduan mukmin tu..really appreciate that..MySpace

~destinasi cinta~

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

nota kecil: cinta itu ibarat sinar..terlalu terang bisa menyilaukan..terlalu redup bisa membutakan dalam kegelapannya..cinta itu umpama air terlalu deras bisa menghanyutkan..cinta itu umpama api terlalu panas bisa menyakitkan..cinta ibarat udara..tak betnyawa ..tak berwujud..tak terasa..MySpace

25.7.09

senyum lah...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

nota kecil: tabah kan hati ye raudhah...semua yg jadi dh di tentukanMySpace

16.7.09

~semua nya disini~


Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

Syukur alhamdulillah masih lagi di beri peluang untuk sy update blog sy..dh lame rasanya sy tak jenguk dn update blog ni..salam keheningn pagi buat sahabt2 seperjuangan...syukur kpdMu pentadbir sekalian alam..salam kasih dn rinduku buat mu kekasih Allah..moga syafaat mu ku peroleh di sana kelak...
dah lama sgt tak mengupdate blog ni..sampai sy pun tak tahu nak post yang mana satu..kekangan masa mmbuatkan sy tiada masa untuk semua ni..kuliah dh banyak..jadual pula pack..lagi 2 minggu kena submit asgment studio..tapi skung ni pun in progress..mudah2an semuanya berjalan dengan lancar..walaupun banyak kali drawing sy kena reject and kene conteng dengan pensyarah..~sadisnya ayat~..kami semua kena reka cipta satu barang yang belum ada di pasaran..urmmm camana tu ye..penat jugak lah perah otak nk buat benda ni..nk buat drawing auto cad lagi..kemarin sy submit drawing auto cad sy..laju2 je pensyarah conteng sebb tak ada dimension..aduhaii..nak menangis juga lah tgk..tapi tak apa semua tu kan untuk betul kan kesalahan sy..tq cik hafizah dan puan nordiana sebb conteng drawing tu..(ayat pasrah jek)
then ada lagi asgment yang memerlukan kami pergi site..untuk subjek building inviromental..ngee~ malasnya nk buat kerja2 luar ni..tempat yang kami pilih ialah pavilion..tempat nk yg class jek.hehehhe.untuk memudahkan kami buat2 kerja maintenance..kena buat research pasal lighting bangunan tu..kami semua 6 org..pg site dengn menaik train dr ampang sampai kl..penat nya satu hari kat kl..tempat yg bising yg tak sesuai langsung dengan jiwa sy..~alamak ayat ~..lepas sampai tu kami terus buat kerja dn turun naik lif selama sejam..huhu..act kami cr maintenance diorg tapi tak jumpa..naik geram jugak..pastu seorg kawan sy buat sesuatu yg tak di jangka tanda protes..huhu..tetiba pak guard datang but then kami kene halau...huhu..
kami terus kan perjalan ke klcc..makan time..heheh..lepas mkn tu kami semua mula kan kerja kami semula..sampai lah ke ptg..aduhaii pent nya Allah je yang tahu..macam2 yg jadi hari tu tapi kami ok jek..hadapi dengan senyuman..ngee~dh siap semua kerja kami semua jalan pulang dengn hati yg girang..hehe..thnx adik2 ku kerana menceriakan hari2 kak nur..bila lagi nk happy2 cm ni..semua dh nak g praktikal 6 bulan lak tu..pastu terus habis..mesti rindu nanti..takpe2 bertemu dn berpisah kerana Allah..
sekarang uitm perak di tutup seminggu..sebab 7 orang positif virus h1n1..ya Allah mudah2 an semua nya kan kembali normal...uitm tutup sampai 2 hb 8 ni..tht means..bertambah byk lah kerja2 sy nant..kerja2 yang tertangguh..nk ganti kelas pulak...huhu..ish3 ape lah raudhah ni...merunut jek..nama pun belajr kan..=( ok2 kuat kan semangt anda..balik2 dr kl hari tu semua org pun demam dn batuk2..termasuk lah sy sendiri..seorg adik sy kena kuaranti seminggu..kesian adik sy sorang tu...sabar ye dik semua yang jadi tu ade hikmah nya...insyaAllah...

nota kecil: hadapi dengan senyuman...MySpace

9.7.09

~cinta HAKIKI~

telah lama cinta terbiar
dari cinta yang suci
telah lama cinta tersasar
dari cinta hakiki
kerna sekian lamanya
manusia dibuai cinta nafsu
kita sering menyangka
cinta manusia itu yang sejati
namun lupa kah kita
cinta nafsu selalu menyecewakan
sering berubah tidak menentu
seperti pantai di pukul ombak
cinta kan Allah
ainta sebenarnya
itu lah cinta yang sejati
kasih lah sesama manusia
kerna cinta yang hakiki
hanya untuk Tuhan yang Esa
cinta kan Allah
tiada kecewa
engkau kan tenang di waktu susah
kembalilah
kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti
kehadiran hambanya yang sebenar pasrah
cinta kasih sayang Nya tidak bertepi

cinta dan mencintai kerana Allah

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "
riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.
Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.

nota kecil: byk pengajaran yg raudhah dapat...MySpace

~jadual kelas sem ni~

MONDAY
-building construction (studio)
-building enviromental and material
-structure math
-building services iv
-building construction iv (letcure)

TUESDAY
-fundamental of entrepreneurship
-quantity estimating and surveying
-building enviromental
-accauntancy

WEDNESDAY
-building construction iv (tutorial)
-quantity estimating and surveying
-fundamental of entrepreneurship

THURSDAY
-quantity estimating and surveying
-accauntancy
-building material

FRIDAY
-building services
-stucture math

ni lah sebahagian kelas2 sy sem ni...banyak nya..kelas dr kol 8 pagi sampai lah 6 petang..jumaat je tak..huhu..tapi seronok juga..sem ni azam sy baru..wah tetiap sem azam baru..insyaAllah kegagalan sem lepas akan menjadi pendorong sy untuk sem ni..berkat doa mak and abah sy..insyaAllah...

kelas mula cm biasa lah..tak de apa yg luar biasa...rutin lama kembali semula..cuma yg seronok nya sem ni tak banyak drawing..group untuk studio dh di bahagi2 kan..sem ni group sy 4 org je..dh tu pun yg letcure mintak..ngee~~ seorng lelaki...ok lah kot...sy dh kuar dr group yg bermasalah..ngee~ ade2 jek raudhah ni..hehhe...

sem ni studio ada 3 task..minggu ke 3 dh kene submit task 1..adehh..tak dek idea lagi pun sebenarnya..mentah2 letcure tolak hari tu..adeh...kami kene reka cipta sesuatu berasaskan steel..sebab sem ni main topik kami steel structure..tgh fikir2 kan juga ni..

banyk course work yg kami kene buat..insyaAllah semua dalam keadaan yg baik...huhu..sedapkan hati sendiri lak sy ni..sy tgh sesuai kan diri dgn kelas akaun..huhu..seriusly sy tak minat akaun..letcure tny pun sy terus terg je ckp tak suke..huhu..dr sekolah menengah dulu tak suka..tah lah..kenapa...tiada alasan yg menarik nk tergkan kenapa sy tak suka...hehe..

sem ni ramai letcure baru..subjek qsv dan 2 3 subjek lagi...ok lah..cuma agak janggal..sy lebih rela dgn letcure yg garang dn lama dr yg baru..hehe...kenpa ye cm ni..no spesific answer~

nota kecil:sy happy jek dengn keadaan yg baru ni......MySpace

7.7.09

~selamat hari lahir raudhah~


Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

hari saya sangat happy 7 julai 2009 kenapa ye raudhah happy..ngee~ hari ni sy dh 21
tahun..alhamdulillah selamat hari lahir pada diri sendiri moga raudhah jadi anak yang solehah..seterusnya menjadi muslimah yg sejati insyaAllah..

mlm tadi je semua shbt2 wish brthday saya..seronok sgt..ingt juga shbt2 trikh lahir sy..hee..ape2 pun thnx a lot shbt2 ku atas msg2 anda..

21 tahun ni byk sangat perkara yg dh saya lakukan...sama ada yg baik atau yg tak baik..adehh ade jugak yg tak baik...alhamdulillah Allah masih syg kan sy dn memberi hidayahNya tepat pada masa nya..tautan hati dgn shbt2 imad sangt utuh...syukur ya Allah Engkau pertemukan aku dengan sahabt2 begini...mereka banyak mambantu sy ketika sy merasakan tiada siapa disisi..mereka bantu sy dalam byk perkara...

suka duka kami tetap bersama..sy lah paling bermasalah dulu..sekarang ni..A NEW ME...sy bangkit dari kegagalan dan kesedihan...mereka lah yg bnyk membantu sy..selain sy memohon kekuatan dr Allah..subhanallah...subhanallah..kegembiraan ini tak terucap oleh kata2...

nota kecil: mak abah kite kat sini sht2 je..kaki pun dh ok sket..doakan kejayaan kitorg ye...rindu sgt2 kat mak ngan abah..walaupun mak tak call wish brithday kite..kite tahu mak ingat...
MySpace

6.7.09

~1st day..

assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

syukur alhamdulillah dgn limpah kurniaNya masih diberi peluang kat sy untuk update blog ni...dah beberapa hari tak update..kekangan masa membuat kan sy tak berkesempatan untuk mengupdate blog ni..ngeee~~ macam lah ade yg tunggu..huhu

alhamdulillah sekali lagi..hari ni merupakan kelas sy yg pertama setelah 2 bulan bercuti..lamanya cuti...tangan pun teketaq 2 nk menulis..huhu..setakat ni ok jek semua..kawan2 still yg dulu...cuma ade perubahan sedikit..tadi pun semua muslimah je yang datang dan muslimin hanya 5 org..yg lain masih tak ada hati kot nk belajar ..maklum lah 1st week..kebanyak kan muslimin kelas sy kene dok luar kampus kerana junior part 1 sem ni ramai sgt..hampir 2 ribu lebih...ngee ramai nya..

junior untuk deparment sy iaitu deprtment building pun 7 kelas..ya Allah ramai nya..dulu batch sy pun hanya 3 kelas..aduhaii makin lama makin ramai ni..persaingn yg sengit..heheh..tapi sy lom jumpa adik2 junior lagi..insyaAllah hari jumaat ni kami semua akan di kumpulkan dalam program bersama koordinator prgram..dan secara tak rasmi nya sy melepaskan jawatan sebagai AJK jabatan bangunan..sedih lah pulak...

tadi kat kelas pun hanya bekenal2 lan dengan let je..setakt ni semua nya ok je..tapi tak tahu lah esok2..sy ngn roomate pun dh ok..mesra jek..diorang pun ok..seronok sgt..

nota kecil: selamat datang buat adik2 ku..kalau nk nota dtg lah bilik..hehe..thnx pada wawa..umi..iqa..zie..dan shasha..kerana menjadi roomate nur...

5.7.09

~aku..bilik..dan sahabat baru~

assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia Nya masih lagi di beri peluang untuk update blog sy ni...

emm tak ada apa yang menarik akhir2, saya selamat sampai kat uitm ni tepat pukul 2 petang hari jumaat..hari panas..dengan keadaan yang kurang sihat saya gagah kan juga untuk sampai ke bilik..rasa tak tertahan dengan keadaan yang panas..dengan membawa beg pakaian yg agak berat..mujur bus berhenti depan uitm..

sampai bilik kerja2 mengemas di jalan kan...saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan bilik yang baru..alhamdulillah semua nya ok..cuma roomate baru tak masuk lagi..insyaAllah semua nya ok2 je..(sedapkan hati sendiri.mudah2 an).

malam tu sahabt sy yang berstatus NR(non resident) call..ajak saya tidur rumah dia..sy setuju..memandangkan saya tak de ap nk buat..dan semua org kat floor saya tak ada lagi..huhu..kitaorng pun g makan lah pastu memandangkan sy tak makn lagi..rumah shbt sy tu pun seronok hati berbelah bahagi nk duduk dlm atau luar..tapi sy buat keputusan untuk duk dalam..hee..

petang tadi baru saya balik bilik..dan berkenalan dgn shbt2 baru..setakt ni ok2 aja semua..mudah2an ianya berterusan..ada juga shbt sy yg tak daoat bilik..kesian juga.,.sy tumpang kan mereka dalambilik sy sebelum menunggu keputusan rayuan 2 minggu lagi..lamanya..ngeee~

nota kecil: tu je lah yg mampu sy tulis..act tak dek mud sgt nk tulis ape2..MySpace

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...