Followers

31.12.09

~sembang-sembang Dai'e~ (PART 2)




~sembang-sembang Dai'e~ (PART 1)


17.12.09

~aku tinggalkan cinta kerana Allah~

artikel ini sy peroleh dr seorg sahabat..sekadar berkongsi..apa yg baik di ambil sebagai manfaat...mudah-mudahan..

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasadan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi.Walaubagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untukmengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuaraketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walaubagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayahyang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampumelawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Manamungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

nota kecil: perkongsian hati raudhah .....

~aku di bius cinta~




Subuh yang hening, disaat kipas berputar laju di siling, kubuka mataku, kupandang pada dinding-dinding yang dihias indah, lalu terukir senyum pada wajah. Ku menjeling pada handphone di sebelah, masih terpampang jelas di skrin, kata-kata madah dari ‘dia’, indah, gembira, bahagia, tiada lafaz terkata, hanya senyuman sebagai bukti, betapa hatiku gumbira, di saat rohku menginjak ke dunia nyata, setelah seketika bersiar di alam mimpi yang indah....


Aneh, betapa pagi ini, ku rasa tubuhku berkobar-kobar untuk berhadapan dengan dunia, ingin sahaja aku menjerit, berkata pada isi dunia, betapa aku amat berkobar untuk berhadapan dengannya, hanya kerana kata peringatan dari ‘dia’ yang mengingatkan aku agar tidak terus melayan lena, lalu leka pada tugas seorang hamba, untuk berdiri sujud diwaktu subuh dinihari....


‘Assalamu‘alaikum, awak, dah subuh, bangunlah, jangan lupa solat subuh ya...”


Ringkas tapi hatiku puas. Pendek tapi hatiku terusik. Sungguh, ‘dia’ adalah yang terbaik untukku. Biarkan kata nista dan pandangan sinis yang menghina menghunjam ke dalam diriku, aku tidak kisah. Mereka tidak pernah merasa, atau belum lagi terasa, betapa indahnya pabila dua insan sedang bercinta!


“DENGARLAH WAHAI DUNIA,

SESUNGGUHNYA AKU TELAH DIBIUS CINTA!!!


Hebat, inilah kuasa cinta. Manusia yang sebelum ini matanya jelas tidak pudar, terus kabur bahkan ada yang buta. Manusia yang mindanya kelas pertama, punya ciri kepimpinan yang gah, tunduk menjadi seekor kerbau yang dicucuk hidungnya. bahkan manusia yang sentiasa menjaga pandangannya, tunduk hatinya pada yang rabb yang esa, bahkan jiwanya berkobar hanya untuk agama, jatuh tersembam, tertipu dan terpedaya, tersungkur dilembah yang menghina.


Inilah penangan, kesan kehebatan kuasa cinta! Cinta pada istilah penghuni yang jiwanya hanya untuk dunia.


Betapa kuasa ini amat hebat, mampu merebahkan tamadun dunia yang gah seperti Rom, mampu memusnahkan pentadbiran negara seperti cerita klasik kesultanan Melaka dengan putri gunung ledangnya. Apabila manusia terpedaya pada istilah cinta yang diertikan pada dunia. Hancur, hampus, kabur, pupus! Takkan wujud istilah modal insan kelas pertama. AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA! Menafikan kata Tuah, panglima kerajaan Melaka.


Aku, baru sahaja selesai membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal a.k.a. Saiful Islam, tajuknya ‘Bercinta Sampai Ke Syurga’, entah untuk kali ke berapa aku mengkhatamkannya. namun hatiku tak juga puas untuk membaca. Banyak manfaat, tiap kali aku mengulanginya (pada korang yang belum baca, belilah. Banyak manfaatnya), pasti akan membuatkan aku termenung, bermuhasabah.


Setiap artikelnya dalam bahagian praperkahwinan amat memberi kesan. Seakan orang yang terhangguk-hangguk melayan ngantuk, dibaling dengan bantal (cube korang bayangkan betapa terkejutnye dia), begitulah aku. Lama dulu aku sentiasa mengingatkan diriku, agar tidak leka dibuai kuasa biusan cinta. Namun kini, aku, bukan hanya terleka, bahkan terlena dibuai angin cinta sepoi-sepoi bahasa.


Peringatan Ustaz Hasrizal agar kita menceduk ibrah dari kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Bagaimana Allah menukilkan kisah, saat Zulaikha mabuk dibius cinta. Maka tampilkanlah kisah itu, dan kaitkan pada diri, tepuk dada tanya hati, muhasabah diri, tanya iman.


“Dan (Sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambaNya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke Dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami memandangnya berada Dalam kesesatan Yang nyata.”


Peduli apa dengan orang kata, adat manusia takkan senang melihat orang lain bahagia. Ada sahaja yang tak kena. Andai mereka merasa apa yang aku rasa, pasti mereka seperti aku juga, bahkan mungkin lebih, kerana aku bercinta bukan kerana dunia, tapi kerana agama....


Tertipu bahkan terpedaya, aku dan diriku, menafikan yang aku telah bercanggah, terpisah jauh dari kebenaran yang nyata. Kerana cinta yang bertopengkan agama, ku tutup mataku dari kata-kata mereka. Bahkan ingin sahaja aku melakukan sama seperti yang dilakukan Zulaikha.


“Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, Dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka Dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat Yang mulia!”


Baru mereka sedar, pesona cinta saat jari terhiris dan terluka. Baru diam mulut mereka, seperti diamnya mulutku apabila diriku merasakan pesona asyiknya cinta. Andai dulu mulut ini yang sering berbicara bermadah mengatakan cinta itu salah, kini tiada lagi. Diam terkunci, terkatup, tertutup. Sekali lagi, tiada lafaz yang terkata. Kerana kuasa cinta memadamkan segala-galanya.


Aku ingin menangis! Aku ingin menangis! Aku ingin air mataku mengalir. Bukan kerana bahagia, tetapi kerana merana, meronta, kerana aku rasa bersalah, kerana aku tahu ini semua salah. Ku tinggalkan jiwaku jauh dari Allah. Kubutakan mataku dari petunjuk dan hidayah. Ku pekakkan telinga dari kata nasihat, ceramah dan khutbah. Aduhai tuhan... aku ingin menangis! Aku ingin menangis!


Apa erti cinta, andai aku diserang rasa bersalah!


Apa erti cinta, andai diriku membenci mereka yang benar-benar mencintai diriku!


Dan apa erti cinta anda aku menjauhi daripada Yang Maha Pemberi Anugerah Cinta....


“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa Yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadaNya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang Yang tidak mengamalkan ilmunya.”


Ya Allah, sungguh aku tidak sekuat Yusuf, yang meminta agar dipenjara, semata untuk memelihara cintanya pada-Mu Yang Maha Esa.


Sungguh aku cemburu pada Yusuf, yang membiarkan dirinya terseksa terpenjara, diseksa dipenjara. Saat ini aku rindu dan cemburu. Biarlah diriku diseksa seperti Yusuf, dipenjara seperti Yusuf, aku rela, daripada aku terus terjebak dalam tipu daya cinta...


Seperti mana sesalnya Yusuf berhadapan dengan ujiannya, sebegitu juga aku. Sungguh aku berkata benar, kadangkala aku menyesal, ingin sahaja kuhambunkan diriku ke dalam lembah keseksaan, daripada diriku terseksa dalam kebahagian keduniaan.


Dengarkan kata hatiku wahai dunia!


AKU TIDAK MAHU TERGOLONG

DI KALANGAN MEREKA YANG TIDAK MENGAMALKAN ILMUNYA!!!


Aku ingin menangis.... Aku ingin menangis... kerana aku telah dibius cinta. kerana aku telah dikhayalkan oleh cinta... Aku ingin menangis... Aku ingin menangis... bahkan... sebenarnya hatiku telah lama menangis, semenjak di awal aku bertemu dengan si dia.... dari awal aku mengetahui, aku telah dibius cinta....


rujukan:

1. Bercinta hingga ke Syurga – Ustaz Hasrizal Abd Jamil

2. Surah Yusuf : ayat 30 – 33


nota kecil: subhanallah ya Allah ampunilah diriku yg lemah ini..aku tidak ingin jauh dr hidayah Mu ya Allah..pegang erat lah diri ini supaya tidak jauh dr Mu ya Allah..amin..amin..MySpace


13.12.09

~andai satu hari nanti~

Tuhan, andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam, biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat, yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu, yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia, yang hatinya tertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa, yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu, yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu, dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr, yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati, yang apabila katanya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput.’

6.12.09

~aku..buku..dan train..~

Assalamualaikum wbt..
nurhayaton hazai.

Syukur alhamdulillah sekali lagi sy di beri kesempatan untuk update blog sy ni..syukur pada Mu ilahi pemilik hati2 yg lemah ini..penyatu hati2 kami..selawat dan salam padamu junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kekasih abadi..syafaat mu amat kami dambakan di akhirat kelak..
emm apa yg cik raudhah nk tulis dgn tajuk entry cm tu ye..hari ni saya pergi midvalley
untuk berjumpa dengan adik angkat saya..walaupun dah lama kami kenal antara satu sama lain..tapi hari ini adalah kali pertama kami bertemu..subhanallah tak dapat nk di gmbarkan perasaan gembira kat hati saya ni..walaupun sy lambat sejam dia tetap tunggu saya..bukan saja2 sy dtg lambat tapi train yg lambat..huhu..train juga sy salah kan..sampai2 sana saja saya tercari2 mana adik sy sorg ni..tapi die tgr sy dr belakang terkejut saya..selepas dr tu memandang kan waktu zohor dah masuk..kami pun pergi solat dulu kat surau dalam midvalley tu..selepas solat kami jalan2 cuci2 mata tgk apa yg patut..pastu baru teringat perut ni dah lapar..huhu..cr2 tempat makan..masa makan tu kami bertukar2 cerita dan macam2 lagi lah.seronoknya..selepas tu adik sy yg comel tu hadiah kan sy gelang import khas dr sabah.kan dya kan..cantik sangat gelang tu..thank you dik..lepas tu kami pergi MPH cr buku..sy ni pntang..pantang nampak buku terus nk beli..huhu..paling tdak kalau keluar sy mesti akan beli beberapa buah buku..tapi nak baca tu ambil masa juga..(yela2 nk baca lah ni)hee...lama juga kami nk hbs kn makanan tu sedr2 je dah kol 5 lebih..berjalan berdua-duaan dengan perasan yg gembira..hehe..beli tiket train then kami berpisah di flatform sbb flatform lain2..saya menuju ke kl sentarl adik saya pula menuju ke bangi..sampai kl sentral sy beli tiket nak balik subang jaya..sy pun jalan seorg diri menuju ke flatform..dari situ saya nampak seorg yg emm sy tak kenal pun..tapi die berpurdah dan sangat2 menarik perhatian saya..kebetulan tempt duduk di sebelah nya kosong jd saya minta izin untuk
duduk di sebelah dia..mas atu dia tengah baca surat khabar..saya pun berkira2 nak berbual ke tak dengan dia..(searching for idea)..heheh..akhirnya saya tny lah nama dia siapa..asal mana..buka sesi temu ramah pulak sy ni kan..perasaan masa tu tgh seronok bertambah2
seronok..syukur di dlm hati..Allah temukan sy dengan sahabt ni..kami berbual panjang juga sementara nk tunggu train sampai..banyak juga yg kami bualkan..kami bertukar2 nombor hp..dan nama..subhanallah..sy kehilangn seseorg dan Allah gantikan yg lbh baik dr itu..saya mengucap syukur dlm hati sy..sahabt baru saya tu belajr di madrasah tahfiz di shah alam..dn berpangkat adik..train sampai dan kami menaikinya bersama2..perbualan kami bersambung di dalam train..saya menanyakan itu dan ini..walaupun ramai mata2 yg melihat kerana kami berpurdah..mungkin juga..Tuhan sj yg tahu isi hati mereka..masa terus berlalu tnpa sy sedr..sy dh sampai ke destinasi saya..dr situ kami mengucap salam dan sy tinggl kan train tu bersama kenangan kami berdua..=)

buku yang baru tadi saya beli..=)

gelang yang adik saya bg khas untuk sy dr sabah..

buku yg saya beli masa kt uitm..dalam proses membaca =p

juga dalam proses menghabiskan bacaan..huhu

nota kecil: syukran pada adik kakk nur..nadya..sebab bagi gelang tu..lain kali belanja kak nur makan pula..heeh.kepada sahabt baru ku..nurhawa..sesungguh nya sy sgt bersyukur dgn pertemuan yg singkat ini..moga ukhwah ini selamanya pasti..hingga ke syurga..amin..

5.12.09

~kerja oh kerja

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog sy ni..minggu ni agak
sibuk..maklumlah baru masuk praktikal..hari2 sy keluar rumah kol 6.30 pg dn akan sampai disite tepat jam 8 pgi..sy kena ambil 2 tren dr rumah untuk sampai ke tempt kerja..over all kat site memang seronok tambah2 pula kerani site office tu best sgt..dgn supervisor dan engineer yg best jugak..jad sy tak lah rase kekok sgt..heheh..cuma biasa lah manager sy org cina kena faham cara kerja mereka..tapi baik jek tokey2 kat situ..dlm seminggu ni byk sgt yg saya belajr..sy ada masa 5 bulan setengah lagi..huh lame tu..baru seminggu pon semua nya dh mesra...cewah..mula2 sy d site sy agak janggal ye lah 1st day kan..dh lah tak de kawan sy sorg2 kat situ..1st day engineer site bagi sy drawing dan beliau suruh sy faham kan drawing dan kenal semua bangunan2 yg ada..lama jugak sy berteleku memandang drawng yg satu ape pon saya tak fhm..pastu dtg seorg supervisor ni dtg tolong sy dn terngkn pada sy dgn lbh lnjut lagi..sebelah ptg nya pula saya akan turun site untuk meronda dan buat daily report untuk kerja2 yg dijalan kn di setiap bangunan..jenuh jugak nak naik turun bangunan..huhu..after tht sy balik ke office untuk key in data2 yg dh saya tulis tu..pastu saya buat log book sy sendri yg mana log book untuk lathan prktkl sy..ade markah tu..hihi..sy buat kerja2 office juga..mana2 barang2 yg d order sy akan key in data dn siap dlm fail..kadang2 sy pon jdik cleaner..adehh..semua bnda sy kene buat..huhu..alhamdulillah stkt ni untuk bersolt sy disedakan tempat beraircond lagi..bagusnya tokey sy tu..hehe..
hari ni sya kena perg site di shah alam untuk projek lokap..kat ipd selangor..seronok sangat..saya cuma pg sana meetng je..heheh..saya belajr byk bnda bila prktikal ni..kalau kt u hny teori tapi bila di site dunia sebenrya adalah berbeza..sangat berbeza..banyak guna bahasa construction yg
sebelum ni sy tk pernh dgr..huhu..
sy masukkn serba sedikit picture kt site..enjoy it..

buku log saya..hari2 kena update


ini adalh office sy kat HQ

ini lah drawing yg saya kena baca 1st day sy prktkal

blik mesyurt di site PULAPOL

meja sy kt site office..sy tgh key in data masa ni..=P

pandangan sisi..huhu agak berserabut keadaan di sini

ini adalah site sy di IPD selangor..

drawing yg sy kena kemas kini

blik mesyuart kat site lokap..huhu..lagi bersepah

pintu masuk utama ke lokap

masa ni sy kena buat daily report ..pemasangan roof truses..

tgh buat detension fond iaitu tempat untuk pengaliran air longkang

kawasan sektar tapak bina

ni pemndangan di depan site office sy..



nota kecil: semua ni adalah dunia sebenar cik raudhah mase kt site construction..cabaran dn tekanan perkara biasa...moga2 cik raudhah akan berjaya..amin..

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...