Followers

21.4.09

..::Salam sejahtera::..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.


Salam Sejahtera buat calon suamiku,
moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun
doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannyakecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk ku persembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.
Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.
Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!
Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.
Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini.
Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

15.4.09

..::bermula nya MAKSIAT::..

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai...

1. salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama syprhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan..ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl ayang.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks ayang..love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk ayang ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya ayang pkai apa je kan ..tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni... .hihihi..

8. Yang bi nak ayang tau, ayanglah segalanya utk bi, ayang la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..jgn risau..inikan membuktikan bi caring..so jgn risau..k..yeye. .bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..

9. Ayang..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq ayang... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. .sikit sikit je..kih3..

11. Hi ayang, watpe 2? Nk ckp sket..nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg?... ayang x caye kat abg eh.. huhu..

12. Ayang..kite jumpe k?..abg suka ayang pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn ayang x cntk..just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..

13. Ayang..abg sory ngan apa jd td..abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp ayang eh, trsentuh xpe..ter.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat ayang..

14. Tq jumpa td, ayang cntk la..Ololo..abg romantik sket pun salah ke?Ske abg romantik ek? Hehe..Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni..tgk..Allah memberkati hubungan kite..ayang solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. Ayang..just nk tanya..ayang cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?50% je... huhu..yang. .just nk tanya..rambut ayang panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat ayang tu.. Ayang..bg la gmbr ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..Cntk nye ayang..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. ayang cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati,.. Thanks ayang..love u too..

18. Ayang..da lame kita couple kan..xkan abg pegang tgn pun nak marah.. ayang kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Ayang kata ayang cintakan abg sepenuh hati..kalu gitu..apa buktinya ayang cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR... ..

.. kan dah cakap COUPLE tu HARAM ::..


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain.saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. .Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..
'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam. .kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya. .
Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelak kalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam. .Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah. .Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..mengingina kan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. .Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf
,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan. .huhu~~
Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan tak pegang tangan..tak jiwang-jiwang. .Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak. .Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study group.Pada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~
Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pun terfikir.."
Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati. .
"******Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak. ."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri
."Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?"
"Em,boleh..duduklah .
Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?
"Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt.
Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya. .couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.
Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq.
Cuba tengok ayat ni.
"Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini
:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt
."Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.
"Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.
"Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.
"Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la.
Lalu dia jawab.."Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina.
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11.
Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.
"Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.
"Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..
"Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum. .Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum. .
"Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam.
Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button
[send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab. .
"Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..
surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.."Seindah gubahan pertama..
"Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum. .
saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi..Cinta yang diredahai.
.-Yang Terakhir-
"[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya.

13.4.09

..:: TIBA LAH MASA BERBUKA ::..

Dalam tadarrus nurani
Kukirim tinta cinta ke langit tujuh
Merisik naskhah rahsia
Menjilid kitab percintaan
Tuhan,
Dalam sujud tertunduk
Labuhkan rindu dendamku
Pada dermaga perkasihan
Yang tercipta untuk seorang Adam
Untukku temu dalam rentang
sejadah pernikahan.

Saya kesat hangat air yang mengalir di pipi. Selendang sutera bertenun emas saya labuhkan ke bahu. Cincin emas berhias kemilau permata tiga menggamit mata. Lama saya tenung jari manis tirus yang akhir dipaut satu ikatan yang separuh mengikat diri saya dengan seorang adam. Benar, dia adam yang membayangi dalam mimpi, memanggil dalam samar dalam bersih jubah putih suci lantas membisik-bisik dengan parau suara yang menggetar nurani.

Aku adalah akidahmu, sebutlah nama TuhanMu bahawa kau akan kusantuni”.

Lalu dia menghilang dalam renung bening mata yang berbekas dalam ingatan.Saya tersedar, istighfar dan syukur basah di bibir. Gelora cinta mula membuak, dihambat rindu yang mengasak dada. Mengapa sekarang sungguh kurasa bagai musafir haus dalam tandus padang pasir mengharap setitis air. Begitulah rasa seorang pencinta yang dahagakan redup pandang kekasihnya.Sungguh pertemuan yang singkat tadi telah Allah campakkan sejuta kecintaan yang benar-benar hidup!

Enti, diri enti baru separuh milik ana, tapi ini bukan bermakna Allah izinkan kita bercinta. Ana harap enti faham, ana serahkan enti dalam jagaanNya, belum halal kita untuk berhubung walau ana jujur, hakikat hati bahawa tiadalah sabar untuk bersama enti.”

Dia berjeda. Matanya kerap dilarikan ke kiri ke kanan apabila menatap wajah saya buat pertama kali. Saya relakan niqab dibuka moga tuntutan hadith nabi bisa dipenuhi. Mohon saya, agar wajah ini bakal dia senangi untuk saya hiasi hari-hari hidupnya yang mendatang. Debar saya beralun dalam debarnya dan saya menghambatnya dengan zikir di hati.

andai rindu dan cinta meruntun hati, lekas-lekaslah enti berwudhu’, bukalah mashaf dan bacalah dengan sekhusyuknya. Kerana itu bukanlah kerinduan yang halal untuk kita, bahkan syaitan yang cuba memesong hati agar ikatan kita mendasari nafsu yang merosakkan

“ ana faham, insyaAllah.”Sekadar itu. Hanya sekadar itu saya membalas. Kelu berkata tanda ada hati yang sedang berbicara. Namun ia tidak terlafaz pada bibir yang tekekang untuk bersuara. Duhai adam, andai kau tahu segunung syukur kupanjatkan atas lamaranmu, betapa hadirmu bagai bulan yang menyimbah gelap bumi di malam hari.Dan nikmat tuhan yang mana yang kamu dustakan!Saya berlalu ke bilik air untuk berwudhu’.
Sesekali dingin air yang mengalir menyumsum ke dalam tulang mengaliri hati setenang aliran Nil mengutus Musa ke mahligai Firaun, lantas bayi mungil itu mengukir sejarah agung menundukkan seorang Thaghut yang menyesatkan. Tuhan, andai saya adalah ibu Musa,
maka nikmat Tuhan mana yang saya harus dustakan!
2 rakaat saya tunaikan solat syukur. Ya Illahi, akanku penuhi tempoh pertunangan ini sebagai persediaan terakhir untuk membina sebuah baitul muslim bersama seorang lelaki yang akanku persembahkan segala ketaatan, agar kecintaan yang berbuah-buah ranum dalam cinta buat suami yang bakal kami lahirkan zuriat yang menjadi kader-kaderMu kelak.Sungguh Illahi, impianku agar aku bisa menghadiahkan kepadaMu seorang lagi Salehuddin Al-Ayubi, seorang lagi Al-Farouq yang memimpin dunia, seorang lagi Al-Siddiq yang hatinya lembut mengasihi seluruh insan, seorang Muaz bin Jabal yang menjadi kerinduan kekasihMu, Muhammad.
Maka kurniakanlah aku suami seperti Zubair bin Awwam sebagaimana Umar mengagumi anaknya kerana didikannya. Ya Illahi, kau peliharalah diri dan hati aku dan dia dari pesongan nafsu yang mengundang laknatMu hingga akhirnya kau tarik kembali semanis-manis nikmat ini.
Mata saya semakin sarat dengan air mata. Gentarnya andai nikmat ini adalah ujian untuk saya memiliki cintaNya.Saya bangun dan duduk di birai katil, lalu mencapai diari . Bagaimana akhirnya saya menerima dirinya, membuat keputusan setelah hampir setahun dilamar. Saya akur, memilih suami bukanlah seperti memilih bunga atau buah. Cukup hanya terpikat dengan tarikan warna luaran lantas kita terus memetiknya.Sedangkan memilih suami ibarat memilih aqidah, yang nanti bakal menentukan bagaimana akhirnya hayat saya. Sungguh saya tidak mahu menyesal memperhambakan diri pada seorang lelaki yang akan saya persembahkan segala milik diri. Hanya satu yang amat saya harapkan agar lelaki ini bakal memandu langkah saya menjadi tetamu Allah di syurgaNya.Dan Akhirnya kami kembali menyemarakkan segala cinta dan kasih dalam anggun taman syurga.Saya membuka sehelai demi sehelai tulisan diari. Saya terhenti pada satu halaman yang dakwatnya sudah mengembang. Kesan basah air mata yang entah bila saya tumpahkan.‘
Tuhan, andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam, biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat, yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu, yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia, yang hatinya tertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa, yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu, yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu, dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr, yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati, yang apabila katanya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput.’

-PD-inilah isi diari saya lewat 2 tahun yang lalu!
Bukanku mengharap kepada kesempurnaan, tetapi kerana pernikahan adalah saparuh kepada penyempurnaan agama, maka izinkan aku sempurnakan pernikahan ini dengan lelaki persis dengan akhlak KekasihMU..“
Setelah setahun saya merisik dengan melihat agama rafiknya, menelusuri fikrahnya yang penuh dengan agenda dakwah, yang saya yakini kematangannya dalam agama dapat membawa saya terus menjadi pendampingnya dalam manhaj dakwahnya, dan dengan izin Allah, dengan penuh ketulusan saya serahkan hati ini untuk dia sempurnakan ikatan dengan satu lafaz yang merubah segalanya.Terima kasih Ilahi kerana mempertemukan saya dengan dirinya!

PERNIKAHAN IBARAT BERBUKA PUASA,LAFAZKANLAH HAJAT JIKA TERASA SUDAH TIBA MASANYA, IAITU SETELAH BEKALAN UNTUK MENAKHODA BAHTERA PERNIKAHAN CUKUP SEISINYA, USAH IA DILAFAZKAN SEAWAL SAHUR, KELAK BASI CINTA DAN RASA LANTAS KAPAL AKAN KARAM KERANA HAMBAR ANGIN CINTA YANG MEMANDUNYA.

alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t

nurhayaton hazai

Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk up date blog ana nie..Syukur ke hadrat ilahi Tuhan pencipta langit dan bumi..segala pujian juga untuk Nabi junjungan kita Muhammad SAW..
sejuta mutiara manis untuk sahabt2 seperjuangn sahabat2 se BLOG moga rahmat dan hidayah Nya milik kita insyaAllah..

semalam selesai satu paper final untuk sem ni.iaitu Pemikiran pemimpin I.selama satu jam ana berjuang untuk jawab paper nie,huhu satu jam jek tak cukup masa untuk menulis..jawapan dah ada tinggal nak copy paste jek dalam kertas exam.terima kasih kepada sahabt ana yg sudi bagi tips jawapan mlm sebelum exam tu..Paper seterusnya akan di sambung pada 20 hb april 2009..

exam nie semua org pon mcm bz jek termasuk lah ana sendiri..nk jumpa sahabt2 lain macam tak dek masa jek..padahal satu kampus tapi nk jumpa mmg susah..ye lah kami dari fakulti lain2 duduk juga bilik lain2..dan blok kami jauh2..emm jauh ke..jauh kot..adehh ape lah yg ana repek kan nie..sms jek lah yg menjadi penghbung kami semua..cewah macam lah duduk jauh nk cakap macm nie kan..

ape2 pon salam imtihan buat sahabt ana yg tersayang siti khadijah,syam,atiqah dan sahabt2 dr kampus lain...moga kejayaan menjadi milikm kita..

3.4.09

.:: wANiTA ::.


KAU DI GELAR SEBAGAI PENYERI DUNIA
HADIR MU MELENGKAP HUBUNGAN MANUSIA
BUKAN SAJA DI RINDUI YANG BIASA
MALAH ADAM TURUT SUNYI TANPA HAWA
AKAL MU SENIPIS BINAAN RAMBUT
TERBANGKAN LAH IA DENGAN LIMPAHAN ILMU
JUA HATI MU BAK KACA YANG RAPUH
KUAT KAN LAH IA DENGAN IMAN YANG TEGUH
TERCIPTA ENGKAU DARI RUSUK LELAKI
BUKAN DARI KAKI
UNTUK DIALASI
BUKAN DARI KEPALA UNTUK DI JUNJUNG
TAPI DEKAT DI BAHU UNTUK DI LINDUNG
DEKAT JUA DI HATI UNTUK DI KASIHI
ENGKAU LAH WANITA HIASAN DUNIAWI
MANA MUNGKIN
LAHIR NYA BAYANGAN YG LURUS ELOK
JIKA DATANG NYA
DARI KAYU YG BENGKOK
BEGITU LAH PERIBADI YANG DI BENTUK
ENGKAU LAH WANITA ISTIMEWA
DIDIK LAH WANITA
DENGAN KEIMANAN
BUKAN NYA HARTA
ATAUPUN PUJIAN KELAK TIDAK DERITA
BERHARAP PADA YANG BINASA
ENGKAU LAH WANITA ISTIMEWA
SEDARILAH INSAN ISTIMEWA
BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN
BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN
BAHKAN SEBAGAI PERHIASAN KECANTIKKAN
p/s : sy tujukan lagu ini pada dr sy sendri..la tahzan innallaha ma'ana..
sabarlah wahai hati..sabarlah..

BIASA BIASA JE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
nurhayaton hazai


alhamdulillah setelah di pujuk dan di rehat kan beberapa ketika blogspot sy nie leh bukak balik..ya Allah tak tahu lah kenapa die meragam jek..ish2..

emm sedar tak sedar pejam celik pejam celik dah nak habis sem dah..cepat nya masa berlalu..sedar tak sedar jugak sy dah nak habis belajar tinggl lagi 2 sem jek ni..sem depan part 4 then part 5 praktikal 6 bulan..lepas tu sem akhir insyaAllah jika tak de aral melintang sy grad lah..kalau tak ada part 7 atau 8..huhu..

minggu nie kebayakkan kelas semua nya dah habis dan semua berpisah jumpa lagi sem depan..insyaAllah jika di beri umur yng panjang kita jumpa lagi ye..
msti sy rindu dengan roomate kesayangan sy ni..tah lah belum ape2 lagi sy dh rindu kat semua org..ya Allah kenapa lah sy nie emo tak tentu pasal..

sahabt usrah semua yg baya saya dah grad sem nie..tinggal lah sy seorg2 kat sini..huhu..sahabt baru sy..siti khadijah..syam..dan beberapa org lagi..grad sem nie..sedih pula rasa nya bila dorg dah nak kua..bila dorang nk pergi..saya rasa macam dorang bawa sekali semangat sy..ya allah kuat kan lah hati sy nie..

ada lagi sahabat2 yg lain kan..ish3 ape lah sy nie kan...bertemu dan berpisah kerana Allah insyaAllah..iklas kan hati ye nur...

final exam dh nak bermula..salam imtihan sahabat2ku..moga apa yg di pelajari sepanjang sem nie peroleh keberkatan nya..insyaAllah..
tu jek lah sy tak dek idea lagi dh nk taip nie..nanti2 sambung lagi lah....

.:: KU SERAH CINTA ::.


KU SERAH SEGALA KETENTUAN
BIARLAH MASA YANG BERBICARA
DI PANGKU WAJAH YANG LAYU
DAN AKU TELAH JEMU
AKU TIDAK MAHU BERPALING
PADA YANG MENGGANGU DAN MENGGUGAT
SABAR NYA MELETIHKAN DIRI
HADIR NYA MENGUNDANG PENAT
AKAN KU SERAH CINTA INI
BUKANLAGI PADA MANUSIA
KERANA CINTA MARTABAT ITU
BERSALUT SEGUNUNG KEPALSUAN
DAN KEPURAAN
AKU SEMAKIN TIDAK PEDULI
APA YAG MUNGKIN AKAN TERJADI
KERANA GERAK DAN TINDAKAN KU
MAHU BEBAS DARI MASALAH
KU SERAH KAN CINTA INI
HANYA PADAMU OH TUHAN
AKU ADALAH AKU SEKARANG
BIAR TERBUANG TETAP BERJUANG
AKAN KU SERAHKAN JIWA KU INI
SEPENUH HATI DENGAN KEIKHLASAN
AKU ADALAH AKU YANG SEKARANG..
KU SERAHKAN CINTA INI

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...