Followers

29.1.09

Rindu Bertandang lagi

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

Ya Allah hampir sebulan makcik kesayangn sy pergi meninggalkan kami ke satu daerah yg abadi..moga rohnya di cucuri rahmat..dua hari lepas sy pergi ke rumah arwah..masyaAllah..tiba2 sebak dada ni tahan tangis..sy amati keseluruhan rumah yg dulunya indah dengan senyuman beliau..penuh dengan kasih sayang..kini semuanya hanya tinggal kenangan..kengan yg akan kami simpan sampai bila2..anak2 arwah sekarang tinggal dengan nenek nya..rase belas dn kasihan pada mereka menerpa dlm diri..kehilangn ummi yg tersayang..masih tak kenal ape kah erti kematian..sabar lah syg akak ada untuk mengubati rase rindu pada ummi kalian..puteri bungsu arwah Balqis..seorg anak kecil yg tabah..masih kecil dn langsung tak mengerti erti kehilangn..kadang2 ada juga die bertanya kemana ummi nya..akak tahu balqis kuat..jadi anak yg soleh ye balqis..akak syg kan balqis..ya Allah airmata nie tak dpat nak tahan..tapi kami dh dapat menerima kenyataan ini..yg hidup psti akan mati..janji Allah itu pasti..3 hari kat kg terasa lain..janggal sgt2..tnpa arwah.sy pergi ke rumah arwah tlg kemas aPE ya patt..ajak balqis dia kate dh ngantuk tak nak ikut..mungkin balqis takut..anak kecil ni seakan2 mengerti..sejak arwah ummi nya pergi balqis tak pernah lagi balik ke umah ummi nya..mungkin dia juga tak nak sedih bila teringt kan ummi nya..sabar ye syg..semua nie ujian dr Allah untuk kite sekeluarga..
sayu rasa hati menatap helaian2 baju dn kain tudung arwah..masuk2 rumah saja sy menangis tak henti..terlalu sebak..lagi pula suami arwah pasang lagu nasyid MENANTI DI BARZAKH..subhanallah betul2 menginsafkan sy..hati yg sayu meruntun pilu bila lagu berkumandang..semua kenagn2 bersama arwah datang kembali dalam fikiran sy..rindu bertandang lagi..semoga cik idah berbahagia di sana..biarlah kita terpisah di dunia nie..insyaALlah di akhirat nanti kita akan berhalaqoh bersama2..insyaAllah..
airmata terus2 mengalir tnpa henti..setitik demi setitik jatuh pada helaian kain baju arwah..tak tahan menahan sebak di hati..sambil lipat baju n kain arwah untuk di simpan dn ada juga yg akan di sedekah kan kpd org..air mata sy langsung tak berhenti..terasa2 seolah2 arwah ada bersama2 kami mlm tue..sy minta 2 helai tudung labuh milik arwah..terasa nyaman hati bila dpt sesuatu milik arwah...untuk di jadikan kenangan..
kami terasa lbh gembira dr bersedih sebenarnya apabila jemaah yg dtg untuk menyembahyangkan arwah subhanallah ramai sgt2 rezeki arwah..sahabat2 usrah arwah dr pelusuk negeri datang tak kire jauh atau pon dekat dtg juga menziarahi arwah..seminggu rumah arwah dipenuhi shabt2 dn sudara mara..rezeki mu makcik..semua yg hadir seakan2 tak percaya yg arwah dh tak de lagi..kalimat yg tak blh sy lupa..ada shbt2 yg dtg berkata "kehilangn beliau umpama kehilang sebutir mutiara" subhanallah betapa beliau sgt di kasihi oleh shbt2 beliau..betapa semua org merasakan kehadiran beliau dalam kehidupan mereka..ya Allah segala pujian bagi Mu...limpahkan lah Rahmat dn Kebahagiaan keatas ruh makcik ku Faridah..
ya Allah sebak sgt2 hati ni..kuat kan hati ku ini ya Allah..kuatkan kan lah hati2 kami ya Allah..tabahkan lah kami untuk menerima segala ujian Mu ini ya Allah..

23.1.09

Tangan Orang Yang Tak Solat!!

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu". Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

16.1.09

Sesungguhnya aku bermohon pada Mu Ya Allah

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

Al-Quran menjelaskan bahawa manusia yang paling pengecut dan yang paling mudah menyerah kalah dan cepat berputus asa menghadapi cubaan hidup... sesungguhnya mereka-mereka ini adalah golongan kuffar.

"Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu nikmat dari Kami, kemudian nikmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah ia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih." (Huud:9)

Sesungguhnya aku bermohon padaMu ya Allah yang hatiku berada dalam tanganMu.. kurniakanlah hatiku kekuatan, ketabahan, ketenangan untuk menghadapi cubaan dan ujian ini sebagai hambaMu yang bersyukur. Sungguh ya Allah... tidak sekali-kali akan aku berpatah balik kerana aku sekali-kali tidak mahu tergolong dalam golongan yang dimurkaiMu. Inilah ujianMu.. dugaanMu buat aku...buat diri menilai kembali sejauh mana keimananku kepadaMu. Sungguh aku bukan pengecut... akan aku hadapi bersamanya ya Allah...berilah kekuatan kepada hati-hati kami. Sesungguhnya hati-hati ini milikMu... nauzubillah ya Rabb... janganlah kau jadikan kami dari kelompok manusia yang ragu-ragu dan golongan manusia yang lemah keimanannya.

"Dan diantara manusia ada yang menyembah Allah dengan berada ditepi, maka jika ia memperoleh kebajikan tetaplah ia dalam kebajikan itu, dan jika ia ditimpa sesuatu bencana, berbaliklah ia kebelakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian adalah kerugian yang nyata." (Al-Hajj:11)

Sungguh ya Allah tidak akan aku berpatah balik... aku bermohon ketetapan hati ya Allah untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri ini ya Allah. Hatiku goyah ya Allah... imanku tipis. Kurniakanlah hati ini kekuatan... Kurniakanlah ketabahan buat ku... ketenangan dan kedamaian, kurniakanlah hati-hati kami secebis kedamaian dari taman-taman syurgaMu ya Rabb. Berilah kekuatan buat diri kami untuk berjihad bermula dalam diri sendiri, juga berjihad untuk Deen mu ya Rabbi. Sungguh ya Allah benar kata kekasihmu "jihad yang paling besar adalah jihad melawan diri..melawan hawa nafsu dan perasaan".

Semoga engkau memberi kekuatan dan ketabahan untuk ku melepasi ujian ini ya Allah... ampunilah hambaMu atas dosa-dosa ku... ampunilah ku atas kealpaan ku... ampunilah ku atas janji-janji ku kepadaMu yang aku mungkiri... golongkanlah aku dalam golongan hambaMu yang sebenar-benar beriman. Sesungguhnya sangat singkat umur ku di dunia ini ya Allah. Aku sekali-kali tidak menginginkan syurga di dunia melainkan syurga di akhirat... tapi kadangkala aku tertipu oleh dunia... dunia yang melalaikan. aku sedar semuanya keseronokan sementara.

"Katakanlah kenikmatan dunia itu sedikit dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertaqwa." (An-Nisa:77)

Duhai tuhan yang pengasih lagi penyayang...duhai pemilik hati-hati yang kerdil...dengarlah rintahan hati hambamu ini ya Allah. Kurniakanlah kekuatan buat diriku untuk meneruskan perjalanan ku ini ya Allah.. semoga aku beroleh Nur Mu disepanjang perjalanan ku ini...

12.1.09

Aku Yang Sepatutnya Malu Menulis Surat Cinta KepadaMu


Aku sepatutnya malu menulis surat cinta kepada-Mu

kerana ia tidak mungkin jadi sempurna

dan setelah terlalu banyak mengingkari-Mu

Kau mungkin tidak sedia menerima.

Mengapa harus aku tiba pada-Mu

bagai seekor kupu-kupu yang meninggalkan rimbanya

keragaman rahsia yang mentaati kata-kata

"tidak kuberi ilmumelainkan sedikit sahaja"

aku jadi marah pada ketetapan itu

dan meluru menuju lampu

tapi hanya terhumban pada kaca

lalu jatuh ke kaki-Mu

apakah kau sedia memaafkan carik-carik di kepakku?

Atau apakah kau sengaja

memilih pertemuan begini untuk aku jadi lebih terpegun

pada kesempurnaan jari-jari-Mu?

Mengapa aku harus tiba pada-Mu

bagai sungai yang menemui muaranya

dalam murung rasa tua

setelah terlalu banyak meronta mahu melepaskan diri

dari sekatan tebingnya

tapi hanya menambahkan bebanan

sehingga tiba ada keluasan lautmu

apakah Kau sedia memaafkan

kekeruhan di tubuhku?

Atau apakah kau sengaja

memilih pertemuan begini untuk aku jadi lebih terpesona

pada kejernihan mataMu?

Kau terlalu banyak menyimpan keindahan

mengapakah aku tidak melihatnya dahulu

atau apakah Kau sengaja menyembunyikan

supaya aku jadi lebih kasih pada-Mu?

8.1.09

Menanti Di Barzakh..


Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu
AJAL yang datang dimuka pintu

tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup lagi ku mengulangi...
Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan

di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih... aku menangis...
Ku merata... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.

Aku Redha Jika Ini takdirnya..

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

7 muharam 1430..10.30 pagi dia pergi meningglkn kami untuk selamanya..Arwahyarhamah Faridah binti Rahim..perginya dia tiada pengganti..Ya Allah hanya Engkau mengetahui sgla apa yg akan berlaku..hari ni sy kehilangn insan yg kiranya baru sy rasa kehadirannya dlm hidup sy..Janji kami tidak terlaksana bilamana dia meningglkan kami buat selama2 nya..selamanya..

meninggalkan 6 org anak..seorg perempuan dn yg lain nya lelaki..juga suami yg soleh..insyaAllah..kehilangn nya amat kami rasai..subhanallah tabahkan lah hati kami menerima ujian MU ini ya Allah..sy juga merasai kesedihan nya..emm terlalu sdh bilamana sy tak dpat menatap wajah arwah buat kali terakhir..kerana sy sedang buat research untuk projek sem nie..
berita kematian arwah sy terima ketika sy sedang asyik bergembira dgn shbt2 lain di lokasi..subhanallah sekelip mata shj kegembiraan tu hilang..bertukar kesedihan dn air mata menangisi pemergian arwah..subhanallah...subhanallah..sebak...kali terakhir kami berjanji untuk berhalaqoh bersama dn bertukar2 pandangan tapi apakan daya Allah lebih menyayangi arwah..

sedih..terlalu sdih tapi sy dh tak mampu menangis lgi..terus hilang fokus pada kerja..rasa nk balik tapi mmg tak de rezeki untuk kami bertemu buat kali terakhir..cukup lah pertemuan kami di dalam mimpi yg terakhir itu..sy redha..redha jika ini takdirnya..hanya doa sy mengiringi untuk arwah dr jauh..moga rohnya di cucuri rahmat dn ditempat kan beliau bersama para solihin..

tidak sy sangka tahun hijrah ini tahun hijrah terakhir kami bersama..raya korban juga yg terakhir..juga aidilfitri..masih segar dalam ingatan senyuman beliau walaupon dalam keadaan menanggung sakit cancer yg arwah lawan sejak 3 tahun lepas..subhanallah begitu kuat dn cekal nya arwah menerima takdir itu..masih terbayang kali terakhir kami bertemu sblm sy balik ke uitm..arwah sempat pinjmkan sy novel 'tautan hati' yg mana memberi kesan yg amat mendalam dalam dr sy dn kehidupan sy..Ya Allah tabahkan lah hati ku ini..tabahkan lah hatiku ini ya Allah..

masih segar lagi msg yg terakhir arwah beri kpd sy..untuk yg terakhir kalinya..terakhir..buat selamanya..subhanallah airmata sy tak dpt nk thn sebak..setiap kali sy membaca msg ni..

msg terakhir arwah..
'' Alhamdulillah..sama2 lah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah yg memberi hidayah kpd kita..moga kita terus di pimpinNya untuk berada diatas jalanNya yg satu.
jalan yg dilalui oleh Rasullullah SAW sehingga akhir hayat kita..ya mudah-mudahan kita
dapat berhalaqoh satu masa nanti dn bersama2 diakhirat nanti ditempat yg diredhai Allah..aminn..cik idah syg awak krn Allah s.w.t...''
subhanallah ya Allah tabahkan hatiku menerima takdir dn ujian Mu ini ya Allah...cucurilah rahmat keatas roh beliau..amin..=(

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...