Dengan
nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih...
Nahmaduhu
wanusalli wanusallim a'la rasulihilkareem...
Aishah,
19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar
aliran pengajian islam ataupun "ustazah". Mengambil bidang matematik
di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar "ustazah" oleh rakan-rakan dek
purdah yang dikenakan.
Kelas
agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para
pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat
utk pulang. Termasuk lah Aishah.
"Erm
Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?" Nurul Aqilah, rakan baiknya
yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. "entahla~" jawab Aishah
mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. "Aik? entah je?
abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam
"ninja"? hehe.." gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.
"erm..ok
lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang
dimaksudkan dengan hukum sunat?" Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir.
"Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan,
percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat
dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?"
"MashaAllah,
hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz
amirul.hehe." Aishah bergurau. "Ade2 je la Aishah ni. "Aqilah
bersuara malu. "Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh.." Aishah
mengembalikan perbincangan. "Betul sgt ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal
sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi
SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah
pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang
Aqilah kata tadi tu.."
"Eh
salah ke? astaghfirullahalazim~" kerisauan Aqilah jelas terpancar.
"Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam,
so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian
berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin." Aqilah tersenyum kagum
mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.
"Alah,
Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi
Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2
agama~" Aqilah memuji Aishah. "segala Pujian kembali kepada Allah,
Aishah cuma ikut sikit2 aje.." Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan
dengan pujian
tersebut.
"Ok2..sambung
eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia
cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa
yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah
dah sebut dalam surah al-'Asr, "setiap manusia itu dalam kerugian..".
Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih
buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah
kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang
maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita." Hurai Aishah.
"Oooo..mcam
tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas
menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya
sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?" Aqilah kembali
bertanya. "Tak jugak~" sekali lagi mudah Aishah menjawab. "Pulak
dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah
terangkan tadi?" Aqilah inginkan penjelasan.
"Sunnah
dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi."
Aishah menjelaskan. "Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat
la eh?" Aqilah inginkan kepastian. ""Ya" pada Aishah,
mungkin "tidak" bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang
kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah,
ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah." Aishah menjawab. "Eh, tapi,
sunnah kan apa yang dari Nabi saw...takkan la Nabi ....." Aqilah kelihatan
cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.
Aishah
ketawa kecil, "memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri
dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah,
sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan
tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi
"title" yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga
kelak". " "title" ahli syurga? apa die?" Aqilah ingin
tahu. "RadiaAllahu'anhu waradhu'anh (Allah redha ke atas mereka)"
jawab Aishah.
"Oooo..Jadi,
apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe" Aqilah tetap ingin
tahu. "Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah
kerana ia perintah Allah swt. itu jep." Aishah tenang menjawab. "Ooo.
gitu eh? kalau camtu, buleh "share" dengan Aqilah tak dalil dalam
Quran suh pakai purdah?" Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka
alQuran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. "Ha, ini dia. Baca
terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."
"Hai
orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan
yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .
"Eh
Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk
kot~" Aqilah cuba mendapatkan kepastian. "Eh, tak lah. betul la tu.
Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu.
"Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai.
"Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ" pinta Aishah.
"Niscaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.
Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]
"Ok,
kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu." pinta Aishah lagi.
"Barangsiapa
mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar."
Baca
Aqilah sambil tersenyum kagum. "Dah dapat apa yang Aishah nak
sampaikan?" tanya Aishah. "MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan
dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang
mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah
janji kejayaan yang besar lagi~" Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.
"Yup~
itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan
kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah "extremist"
atau ape2 pun Aishah tak kesah, sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang
pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta
sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita
nak jadikan contoh kalau bukan mereka." tambah Aishah.
"Allah~lepas
ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~" Aqilah memberi azam.
"Amin ya Rab. suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu"
Aishah mengambil hati. "hehehe...emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar
seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah.
Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus
(bendul)" Aqilah cuba berkongsi ilmu. "Lurus? apa maksud Aqilah
dengan lurus? " Aishah inginkan kepastian.
"Haaaa..."lurus"
yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam
mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia
terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah
nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!" Aqilah mengagumi
Aishah.
"Oooo..kire
Aqilah nak kate Aishah ni "lurus" la eh?" Aishah bergurau.
"Eh? Buleh jugak kot~ haha" spontan jawapan dari Aqilah.
"Amboih~" Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa
kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, "Ayoyoyo~ tak mau balik lagi
ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~" tegur Pak
Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.
"Eh,
sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe...jom Aishah~"
Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar
bersama-sama.
nota kecil : "Beramallah
kerana taqwa, bukan kerana fatwa" Semoga kalian
istiqamah
4 comments:
Assalamualaikum. Ingin sekali sy bertanya, kalau pakai purdah kan, macamana kita nak makan ye? Takkan nak dibuka pula? Saya berminat sangat nak pakai purdah sebenarnye, tapi banyak lagi yang saya tak tahu.
Assalamualaikum..saya nak tanya kalau pakai purdah macam mana nak makan??
saya teringin sangat nak pakai purdah kerana bila saya tengok orang lain berpurdah rasa sangat selamat dan dilindungi..hmm..minta beri penjelasan..:)
Cara nak makan dia hanya perlu diselak sedikit helaian niqab atau purdah. pada saya niqab lebih mudah kerana lebar untuk membuka bahagian tepi lebih besar dan mudah. purdah agak susah bg yg baru memakainya. tapi jika dah biasa pasti boleh ;-) seeloknya bila nak makan pilih tempat yg tertutup. bagi memudahkan.
Efa Ezan: menutup bhagian muka tak wajib, jd kalo mkn di restoran plih tempat yg agak terlindung dr org awam, jd boleh bkk purdah..ataupn klao xnk bkk purdah, mkn mcm bse je, bila nk suap mkn ke mlut, just tarik skit tepi purdah tu, then msukkan tgh or sudu bwah kain purdah tu..mudah kan.. =)
Post a Comment