Followers



28.4.10

~ceritera seorang aku~~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

aku mulakan bicara ini dengan penuh kesyukuran pd Mu ilahi..memberi aku sedikit lagi waktu sebelum tiba masanya aku datang menghadapMu..syukur aku masih lagi di beri peluang menyapa embun pg yg itu..mengucap selamat pada mentari yang tidak pernah jemu2 menyinari aku...indah...sungguh indah...apa yang aku nikmati ini tiada galang gantinya..
aku mahu sj kemam..kemam segala dan simpan rasa yang aku ada..kerana bagi aku jika aku luahkan rasanya tetap sama..walaupun aku kongsi rasanya juga tetap sama. aku jadi kematian kata..di mana kata-kata indah dr jiwa aku..yg sering membujuk aku sewaktu aku ketandusan...dimana...aku sendri tidak tahu kemana perginya ia...pergi di bawa angin lalu..tertunduk dan terus terdiam..sungguh rasa ini sangat membunuh..bukan saja jasad malah semangat serta kekuatan aku..detik ini bahasa jiwa ku membentak fikiran melontarkan resepsi muntahan rasa bahasa jiwa...masih adakah hari esok untuk aku melihat langit itu lagi..langit yg sentiasa teng membiru di angkasaraya...aku ingin berlari ke langit itu...
aku menampar wajah hancur jiwa ku..menengking ia untuk terus mati..aku puas berbuat begitu...seketika aku mendekatinya kembali...kejamnya aku..setelah membina..membiarkan ia mati..aku terus berjalan longlai menuju ke kaki langit..aku tidak mahu mati sebelum sampai waktunya..pergilah air mata..akan aku lepaskan air mata ini jauh...jauh..sejauhnya..
sehingga sepasang mata ini tak mampu lagi ingt pada hangat titisnya dahulu..
kisah perjuangan seorg aku menuntut pd sebuah pengorbanan..sebuah masa silam yg terpaksa aku bongkarkan..bersama menyusur liku derita di temani bahasa jiwa seorang aku..
aku akan terus-terusan memberi senyuman ini sehingga daun aku gugur dari dahanan itu..aku menanti waktu itu tiba..
bukan sengaja aku menyimpan kenangan..bukan sengaja aku mencipta bahagia..kerana jiwa sang aku memg begitu..seorang aku yang mahukan bahagia itu bertebaran di sepelusuk alam..jika itu mampu aku lakukan..
aku adalah seorg aku yg biasa..hinggakan hidup aku menjadi terlalu biasa..aku seorang aku yg terlalu obses dengan 'sesuatu' nya..sering menjadikan korban untuk melihat yg lainnya bhagia..aku adalah sang aku yg sangat mempercayai takdirNya..walau ada kalanya takdir itu punyai keindahan dan ada kalanya penuh kedukaan..aku tetap inginkan Dia bersama aku..yang nyata takdir tidak pernh kejam terhadap aku..
Dia sangat mengerti rasa jiwa seorg aku..bagi Dia aku mampu menghadapi takdir keduaNya ini..aku pernh gagal dalam takdir ujianNya dulu..mungkin takdir kedua ini adalah peluang untuk aku menebus segala dosa2 silamku..
masa yang berlalu langsung tidak pernh menoleh kearah aku..aku masih saja berteleku di kerusi empuk menatap monitor sambil melari2kan jemari aku menekan satu demi satu papan kekunci..aku meluahkan rasa hati jiwa seorang aku disitu.. jantung berdegup pantas seiring dengan fikiran aku yg melayang entah kemana.. seketika waktu aku sangat mengingati Mu..sang pencipta seorang aku..aku mula terfikir dimanakah aku disisiMU..ya rabb letakan dunia..letakkan segala di tangan ku..bukan di hatiku..jiwa seorg aku kini terbuai...terbuai oleh bait2 indah dari kalam Nya...setiap denyut nadi..setiap zarah yang tercipta hanya untuk Mu...
berikan aku sedikit waktu lagi untuk aku mengucapkan salam pada dunia..aku bermeditasi menongkah arus deru ujian Mu yg Maha Hebat...ya Allah...
aku kemam dan terus simpan segalanya..tiada daya aku menolak takdir Mu yg kedua ini..langkah pesong ini aku hela dengan hembusan nafas syahdu..
aku masih mahukan 'jiwa' itu..'jiwa' yg satu itu..

nota kecil:aku dalam rasa dan daya untuk kembalikan jiwa 'nurhayaton' kembali.jiwa yg telah hilang dek kehadiran jasad dn persinggahan emosi waktu lalu.. aku inginkan jiwa 'nurhayaton' yang lama kembali...MySpace


6 comments:

D.K. said...

salam 'alaik, sekadar berlalu di blog yang cantik ni. he...

jangan di kenang masa lalu kan kembali, kerna ia telah menjadi kenangan dan memori

jangan dibiarkan hari ini pergi dengan penyesalan, kerana kita menanti memori itu kembali,

esok tidak akan berubah, umpama pungguk merindukan bulan, diakan tetap kan merinduinya, biarpun sebenarnya ia hanya sia-sia. melainkan ia membuat keputusan untuk terbang, mencari pasangannya yang sebenar.

hakikatnya, kenangan sebagai ikhtibar, untuk kita tersenyum kala berduka, untuk kita muhasabah kala kita bersalah, untuk kita belajar, agar tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua..

seorang yang beriman mindanya sentiasa dihadapan, jika kenangan lalu amat pahit, zikrullah menjadi tapisan, jika rasa keseorangan, al-quran menjadi teman, jika rasa perlu seseorang untuk diluahkan perasaan, tahajud menjadi perantaraan..

tetapi hanya pada kita, hanya pada kita untuk melakukannya. sedikit usaha kita, maka sedikit lah usaha kita.

bagaimana kamu mahukan kejayaan, jika mujahadahnya hanya sekadar angan-angan?

sekadar bermadah....

keep smiling n_n

nurislam said...

u r good in word mr D.K.ill smile..ever n forever..u too keep smiling...

Asma Ela Beautystore said...

biar kan lah memori lalu berlalu pergi umpama angin menyapu debu-debu pasir..jgn dikenang kembali..

D.K. said...

ya... i really impress wit my word too..he3 can't imagine i can write like dat. hahaha...

nurislam said...

nik : debu2 itu debu yg aku cipta..debu yg aku nantikan..=(

mr D.K : heheh...i cant imagine too..=) smile like thng spirit..=)

kak lailati said...

Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Sabar dan solat. Ingat tu adikku. semoga dirimu sentiasa di dalam peliharaan-Nya.amin....

Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...