Followers



Showing posts with label peritnya mencari cinta Mu ya rabb. Show all posts
Showing posts with label peritnya mencari cinta Mu ya rabb. Show all posts

26.5.12

rebut hidayah Allah

Assalamualaikum…

Telah lama cinta tersasar…
Dari cinta yang suci…
Andai hari ini bicara saya lebih kepada perasaan cinta, yang lahir dari hati tanpa diduga. Usah pelik mengapa muslimat hiraki seperti saya masih lagi berbicara tentang cinta. Sekadar mahu berkongsi pengalaman-pengalaman yang dikutip sepanjang berada di dalam jalan tarbiyyah ini.






Usai membedah sedikit coretan pemilik Langit Ilahi di dalam naskhah yang santai dan mudah difahami. “BATU-BATA KEHIDUPAN”. Menginsafkan diri yang sememangnya sedang terleka dengan tipu daya syaitan yang datang tanpa disedari. Berbicara mengenai definisi mudah tentang cinta. Cinta itu adalah mahu orang yang dicinta bersama-sama ke syurga. Hakikatnya manusia lupa tentang apa yang akan berlaku di akhirat kelak. Suami mencintai isteri kerana apa? Ibu  mencintai anak juga kerana apa? Yang didedahkan dengan kata-kata cinta islamik, mungkin akan berkata kami bercinta kerana Allah. Namun tidak dibumikan cinta kerana Allah, tidak direalitikan dengan perbuatan. Hanya sekadar berkata-kata bagi menghalalkan cinta yang dikatakan ISLAMIK itu, hanya ayat bagi penyedap diri sendiri bagi yang mengetahui hakikatnya perkara itu salah
Cinta yang hadir pada mulanya merubah hidup seorang insan itu semakin hangat bercinta dengan Allah, semakin takutnya dia dengan azab Allah andai cinta yang hadir itu tidak dijaga rapi dari fitnah dan nafsu serakah. Saban malam, Allah menjadi tempatnya mengadu, dan rasa cintanya semakin membara dengan iman dan taqwa. Semakin diuji dengan godaan manisnya cinta sesame insan, semakin diikat kuat pergantungan dengan Allah. Semakin dilambung ombak ganas godaan syaitan, semakin rapi dikemudi bahtera kehidupan .  Subhanallah.. Tangisan itu berselang seli dengan zikir kepada Allah kerana bimbang terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

Tetapi syaitan itu tidak akan pernah putus asa. Dihantar pula si iblis yang lebih berpengalaman. Dibolak-balikkan hati dengan segala pujukan. Dan Allah swt hantar lagi ujian bagi menguji hati hambaNya. Saat itu adakalanya pegangan kepada tali Allah kadang-kadang terlepas, kadang-kadang dipegang erat kembali. Segalanya semakin payah dan semakin kuat pula ombak yang mendatang. Sampai satu ketika insan ini terlepas dari pegangan tali itu. Syaitan mula tersenyum lebar. Selebarnya hingga menampakkan taring yang hodoh. Mahu sahaja mereka bergembira dengan detik-detik kemusnahan dua orang anak Adam. Hilang sudah kehangatan cinta kepada Allah kerana sudah berganti dengan hangatnya cinta dua insan. Hilang sudah kata zikir di bibir kerana sudah diganti dengan kata manis bicara cinta dua manusia. Segalanya dikongsi, ditangisi bersama. Semua orang di dunia ini tidak mengerti perasaan mereka berdua. Semua orang tidak memahami kesengsaraan mereka berdua. Dan lama-kelamaan hubungan itu berkocak kerana kejemuan melanda. Itulah bahana cinta yang dirujuk dengan syaitan. Itulah kesan cinta tanpa kecintaan kepada Tuhan. Lagi siksa, lagi memeritkan. Kerana apa? Manusia itu banyak kelemahan. Menangislah mereka di saat hati sudah tidak keruan. Baru waktu itu mencari Tuhan.

Allah masih memberikan sekelumit peluang dengan hidayah tanpa disangka-sangka. Yang memutuskan tali ikatan antara manusia dengan syaitan. Namun perlu bermujahadah untuk kembali ke pangkal jalan. Rebut kembali hidayah cinta Allah. Bumikan kembali cinta nan mekar kerana inginkan Keredhaan Allah. Jernihkan kembali cinta yang kian kotor dek nafsu syaitan. Kobarkan kembali cinta itu dengan satu lafaz yakni : Let’s getting love till jannah insyaAllah… ( BUMIKAN KATA-KATA INI!!)

mode: sy masih ajar mengajar diri tentang semua ini..ya Allah tarbiyah hati2 ni.. Ya Allah, jika benar aku telah jauh tersasar dari landasan hidupku, Kau kembalikanlah aku ke jalan yang Engkau redhai.T_T

25.5.09

.:: di Sisi Mujahid ada Mujahidah::..

Terkadang hati ini tertanya-tanya....kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??

Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!

Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hati, janganlah kau lekakan aku dengan 
angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih.... Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

nota kecil untuk ku: raudhah jangan lah terlalu kejar cinta si mujahid..layak kah engkau mengejar cinta mujahidmu...kejarlah cinta Allah dan Rasul Nya..sabar lah syg hari itu akan tiba juga...seek for mardhatillah..amin..

16.1.09

Sesungguhnya aku bermohon pada Mu Ya Allah

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

Al-Quran menjelaskan bahawa manusia yang paling pengecut dan yang paling mudah menyerah kalah dan cepat berputus asa menghadapi cubaan hidup... sesungguhnya mereka-mereka ini adalah golongan kuffar.

"Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu nikmat dari Kami, kemudian nikmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah ia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih." (Huud:9)

Sesungguhnya aku bermohon padaMu ya Allah yang hatiku berada dalam tanganMu.. kurniakanlah hatiku kekuatan, ketabahan, ketenangan untuk menghadapi cubaan dan ujian ini sebagai hambaMu yang bersyukur. Sungguh ya Allah... tidak sekali-kali akan aku berpatah balik kerana aku sekali-kali tidak mahu tergolong dalam golongan yang dimurkaiMu. Inilah ujianMu.. dugaanMu buat aku...buat diri menilai kembali sejauh mana keimananku kepadaMu. Sungguh aku bukan pengecut... akan aku hadapi bersamanya ya Allah...berilah kekuatan kepada hati-hati kami. Sesungguhnya hati-hati ini milikMu... nauzubillah ya Rabb... janganlah kau jadikan kami dari kelompok manusia yang ragu-ragu dan golongan manusia yang lemah keimanannya.

"Dan diantara manusia ada yang menyembah Allah dengan berada ditepi, maka jika ia memperoleh kebajikan tetaplah ia dalam kebajikan itu, dan jika ia ditimpa sesuatu bencana, berbaliklah ia kebelakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian adalah kerugian yang nyata." (Al-Hajj:11)

Sungguh ya Allah tidak akan aku berpatah balik... aku bermohon ketetapan hati ya Allah untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri ini ya Allah. Hatiku goyah ya Allah... imanku tipis. Kurniakanlah hati ini kekuatan... Kurniakanlah ketabahan buat ku... ketenangan dan kedamaian, kurniakanlah hati-hati kami secebis kedamaian dari taman-taman syurgaMu ya Rabb. Berilah kekuatan buat diri kami untuk berjihad bermula dalam diri sendiri, juga berjihad untuk Deen mu ya Rabbi. Sungguh ya Allah benar kata kekasihmu "jihad yang paling besar adalah jihad melawan diri..melawan hawa nafsu dan perasaan".

Semoga engkau memberi kekuatan dan ketabahan untuk ku melepasi ujian ini ya Allah... ampunilah hambaMu atas dosa-dosa ku... ampunilah ku atas kealpaan ku... ampunilah ku atas janji-janji ku kepadaMu yang aku mungkiri... golongkanlah aku dalam golongan hambaMu yang sebenar-benar beriman. Sesungguhnya sangat singkat umur ku di dunia ini ya Allah. Aku sekali-kali tidak menginginkan syurga di dunia melainkan syurga di akhirat... tapi kadangkala aku tertipu oleh dunia... dunia yang melalaikan. aku sedar semuanya keseronokan sementara.

"Katakanlah kenikmatan dunia itu sedikit dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertaqwa." (An-Nisa:77)

Duhai tuhan yang pengasih lagi penyayang...duhai pemilik hati-hati yang kerdil...dengarlah rintahan hati hambamu ini ya Allah. Kurniakanlah kekuatan buat diriku untuk meneruskan perjalanan ku ini ya Allah.. semoga aku beroleh Nur Mu disepanjang perjalanan ku ini...

27.12.08

Duhai Hati..


Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..
Subhanallah byk btl bnda yg jd kat sy dalam minggu nie..terlalu sedih untuk sy ungkapkan satu persatu di dalam nie..moga2 hati nie tak tersimpan perasaan yg mazmumah..ya Allah tabah kan lah hati hambaMu ini ya Tuhan..andainya ini adalah balasan dr dosa ku yg terdahulu aku redha...aku redha..aku redha... ya Allah..
air mate nie dh tak tertahan lagi..sy tak blh terus macam nie..takut2 sy akan putus asa dengan Allah..subhanallah..moga di kuatkan hati nie untuk menempuh segala onak dn duri yg mendatang..
duhai hati tabah lah dengn ujian ini..semoga hari esok lbh indah..
Ya Allah kepadaMu ku mohon kesucian hati..kerana hati ini ku rasa terlalu kotor..hati yg satu hanya ku ingin isi dengan kasihMu..kurniakan kekuatan untuk diriku ya Tuhan..ku anggap ini mujahadah untukku buat Mu..='(
Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...