Followers



Showing posts with label keinsafan raudhatus sakinah. Show all posts
Showing posts with label keinsafan raudhatus sakinah. Show all posts

28.10.09

~aku dibius cinta...ampunkan aku ya Allah~


assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

Subuh yang hening, disaat kipas berputar laju di siling, kubuka mataku, kupandang pada dinding-dinding yang dihias indah, lalu terukir senyum pada wajah. Ku menjeling pada handphone di sebelah, masih terpampang jelas di skrin, kata-kata madah dari ‘dia’, indah, gembira, bahagia, tiada lafaz terkata, hanya senyuman sebagai bukti, betapa hatiku gumbira, di saat rohku menginjak ke dunia nyata, setelah seketika bersiar di alam mimpi yang indah....


Aneh, betapa pagi ini, ku rasa tubuhku berkobar-kobar untuk berhadapan dengan dunia, ingin sahaja aku menjerit, berkata pada isi dunia, betapa aku amat berkobar untuk berhadapan dengannya, hanya kerana kata peringatan dari ‘dia’ yang mengingatkan aku agar tidak terus melayan lena, lalu leka pada tugas seorang hamba, untuk berdiri sujud diwaktu subuh dinihari....


‘Assalamu‘alaikum, awak, dah subuh, bangunlah, jangan lupa solat subuh ya...”


Ringkas tapi hatiku puas. Pendek tapi hatiku terusik. Sungguh, ‘dia’ adalah yang terbaik untukku. Biarkan kata nista dan pandangan sinis yang menghina menghunjam ke dalam diriku, aku tidak kisah. Mereka tidak pernah merasa, atau belum lagi terasa, betapa indahnya pabila dua insan sedang bercinta!


“DENGARLAH WAHAI DUNIA,

SESUNGGUHNYA AKU TELAH DIBIUS CINTA!!!


Hebat, inilah kuasa cinta. Manusia yang sebelum ini matanya jelas tidak pudar, terus kabur bahkan ada yang buta. Manusia yang mindanya kelas pertama, punya ciri kepimpinan yang gah, tunduk menjadi seekor kerbau yang dicucuk hidungnya. bahkan manusia yang sentiasa menjaga pandangannya, tunduk hatinya pada yang rabb yang esa, bahkan jiwanya berkobar hanya untuk agama, jatuh tersembam, tertipu dan terpedaya, tersungkur dilembah yang menghina.


Inilah penangan, kesan kehebatan kuasa cinta! Cinta pada istilah penghuni yang jiwanya hanya untuk dunia.


Betapa kuasa ini amat hebat, mampu merebahkan tamadun dunia yang gah seperti Rom, mampu memusnahkan pentadbiran negara seperti cerita klasik kesultanan Melaka dengan putri gunung ledangnya. Apabila manusia terpedaya pada istilah cinta yang diertikan pada dunia. Hancur, hampus, kabur, pupus! Takkan wujud istilah modal insan kelas pertama. AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA! Menafikan kata Tuah, panglima kerajaan Melaka.


Aku, baru sahaja selesai membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal a.k.a. Saiful Islam, tajuknya ‘Bercinta Sampai Ke Syurga’, entah untuk kali ke berapa aku mengkhatamkannya. namun hatiku tak juga puas untuk membaca. Banyak manfaat, tiap kali aku mengulanginya (pada korang yang belum baca, belilah. Banyak manfaatnya), pasti akan membuatkan aku termenung, bermuhasabah.


Setiap artikelnya dalam bahagian praperkahwinan amat memberi kesan. Seakan orang yang terhangguk-hangguk melayan ngantuk, dibaling dengan bantal (cube korang bayangkan betapa terkejutnye dia), begitulah aku. Lama dulu aku sentiasa mengingatkan diriku, agar tidak leka dibuai kuasa biusan cinta. Namun kini, aku, bukan hanya terleka, bahkan terlena dibuai angin cinta sepoi-sepoi bahasa.


Peringatan Ustaz Hasrizal agar kita menceduk ibrah dari kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Bagaimana Allah menukilkan kisah, saat Zulaikha mabuk dibius cinta. Maka tampilkanlah kisah itu, dan kaitkan pada diri, tepuk dada tanya hati, muhasabah diri, tanya iman.


“Dan (Sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambaNya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke Dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami memandangnya berada Dalam kesesatan Yang nyata.”


Peduli apa dengan orang kata, adat manusia takkan senang melihat orang lain bahagia. Ada sahaja yang tak kena. Andai mereka merasa apa yang aku rasa, pasti mereka seperti aku juga, bahkan mungkin lebih, kerana aku bercinta bukan kerana dunia, tapi kerana agama....


Tertipu bahkan terpedaya, aku dan diriku, menafikan yang aku telah bercanggah, terpisah jauh dari kebenaran yang nyata. Kerana cinta yang bertopengkan agama, ku tutup mataku dari kata-kata mereka. Bahkan ingin sahaja aku melakukan sama seperti yang dilakukan Zulaikha.


“Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, Dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka Dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat Yang mulia!”


Baru mereka sedar, pesona cinta saat jari terhiris dan terluka. Baru diam mulut mereka, seperti diamnya mulutku apabila diriku merasakan pesona asyiknya cinta. Andai dulu mulut ini yang sering berbicara bermadah mengatakan cinta itu salah, kini tiada lagi. Diam terkunci, terkatup, tertutup. Sekali lagi, tiada lafaz yang terkata. Kerana kuasa cinta memadamkan segala-galanya.


Aku ingin menangis! Aku ingin menangis! Aku ingin air mataku mengalir. Bukan kerana bahagia, tetapi kerana merana, meronta, kerana aku rasa bersalah, kerana aku tahu ini semua salah. Ku tinggalkan jiwaku jauh dari Allah. Kubutakan mataku dari petunjuk dan hidayah. Ku pekakkan telinga dari kata nasihat, ceramah dan khutbah. Aduhai tuhan... aku ingin menangis! Aku ingin menangis!


Apa erti cinta, andai aku diserang rasa bersalah!


Apa erti cinta, andai diriku membenci mereka yang benar-benar mencintai diriku!


Dan apa erti cinta anda aku menjauhi daripada Yang Maha Pemberi Anugerah Cinta....


“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa Yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadaNya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang Yang tidak mengamalkan ilmunya.”


Ya Allah, sungguh aku tidak sekuat Yusuf, yang meminta agar dipenjara, semata untuk memelihara cintanya pada-Mu Yang Maha Esa.


Sungguh aku cemburu pada Yusuf, yang membiarkan dirinya terseksa terpenjara, diseksa dipenjara. Saat ini aku rindu dan cemburu. Biarlah diriku diseksa seperti Yusuf, dipenjara seperti Yusuf, aku rela, daripada aku terus terjebak dalam tipu daya cinta...


Seperti mana sesalnya Yusuf berhadapan dengan ujiannya, sebegitu juga aku. Sungguh aku berkata benar, kadangkala aku menyesal, ingin sahaja kuhambunkan diriku ke dalam lembah keseksaan, daripada diriku terseksa dalam kebahagian keduniaan.


Dengarkan kata hatiku wahai dunia!


AKU TIDAK MAHU TERGOLONG

DI KALANGAN MEREKA YANG TIDAK MENGAMALKAN ILMUNYA!!!


Aku ingin menangis.... Aku ingin menangis... kerana aku telah dibius cinta. kerana aku telah dikhayalkan oleh cinta... Aku ingin menangis... Aku ingin menangis... bahkan... sebenarnya hatiku telah lama menangis, semenjak di awal aku bertemu dengan si dia.... dari awal aku mengetahui, aku telah dibius cinta....


rujukan:

1. Bercinta hingga ke Syurga – Ustaz Hasrizal Abd Jamil

2. Surah Yusuf : ayat 30 – 33


nota kecil: subhanallah ya Allah ampunilah diriku yg lemah ini..aku tidak ingin jauh dr hidayah Mu ya Allah..pegang erat lah diri ini supaya tidak jauh dr Mu ya Allah..amin..amin..MySpace

25.6.09

~Tuhanku~

Wahai Tuhan yg Esa
bila ku kenangkan qahar-Mu
rasa gerun di hati ku
kerana takut akan seksa Mu
hambaMu rasa berputus asa
siapakah dapat bersihkan diri
dari segala dosa yang memburu
setiap hari setiap ketika
ketika mengenang rafatMu
putus asa tiada lagi
semangat ku pulih semula
harapanku subur kembali
ujian menimpa menekan di jiwa
tak sanggup meneruskan perjuanganku
mehnaMU itu penghapus dosa ku
mengganti hukuman Mu di akhirat
di waktu mengenang rahmatMu
terasa diri kurang bersyukur
padaMu harusku memohon
moga syukurku bertambah
alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak melihat kebenaranMu
Ya Allah Tuhan ku bantulah hambaMu
dalam mendidik jiwaku ini

nota kecil: -johor ..24/5/2009..aku dan sesuatu!-MySpace

29.5.09

~~ kenapa macam ni??~


Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai.

Alhamdulillah syukur atas nikmat Nya...Tuhan sekalian alam yg mentadbir sebijak2nya...Yang Maha mengetahui seisi bumi...selautan kasih dn sayang untuk mu kekasih Allah Muhammad SAW moga syafaat mu ku peroleh 
di sana nanti...

2 3 hari ni mud tak baik lah...kenape ye raudhah jadik gini...mane agaknye silap nya...adakah perasaan ni hadir kerana kelalaian raudhah sendiri..emm yek juga...banyak sngt tengok bnda yg bukan2 tak raudhah ni?? muhasabah diri ye...kenapa hati tak tenang..msti sbb dh bape hari tak bace al-quran kan...mesti raudhah tak khusyuk dlm solt kan..subhanallah ap yg dh raudhah buat nie...ap yg raudhah sibuk kan sgt ni sampai seme2 tu raudhah ambil ringan....raudhah menginsafi diri...diri yg sememagnya lalai..selalu sgt lalai...subhanallah moga diri ini di ampunkan..sy menginsafi kelemahan diri sy..
kalau dh tau gitu nape raudhah tak cube bertegas dgn diri raudhah..bukan raudhah tak tahu akan natijah semua yg raudhah buat tu..ya Allah monolog sy pd dri sy sendri..

karat2 jahiliyah masih ada lagi dlm diri raudhah..usaha untuk hilangkan nya ye raudhah..Allah tu sentiasa ada untuk kita..cume kita ni sbgai manusia salu jek lupe kan Dia..raudhah nak ke org kate raudhah ni kacang lupekan kulit...mesti lah tak nk kan...selangkah kita kepada Dia seribu langkah Dia kepada kita..
raudhah pon tau kan semua tu..bangkit lah raudhah...bangkit lah dr kelalaian tu..tak kan raudhah nk harap kan org lain untuk sdr kan dr raudhah tu...memang perit tapi iman disebaliknya amatlah manis..raudhah tak nk ke cm tu...tahu raudhah kadang2 sedih dgn dri raudhah tapi semua tu hanya lah ujian dr Allah...cube raudhah ingat balik tafsir dlm surah al an-kabut ayat 2-3 "apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan shj mengatakan'kami telah beriman',sedangkan mereka tak di uji dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang berdusta "..

sabar lah raudhah semua ni ujian dr Allah untuk raudhah..Allah syg pada raudhah sebab tu Dia uji raudhah..tahu raudhah nk berubah tapi percaya lah perubahan tu bkn nya sehari dua..perubahan memerlukan masa..memang perit permulaan nya tapi dihujungnya nanti tersemai kuntuman bunga iman yg indah...tabahkan hati raudhah tu..tahu raudhah kuat..nak jadi seorg muslimah yg sejati perlulah kuat hadapi ujian dn cabaran...pejuangan perlu di teruskan sampai ke akhirnya..

puas...sy puas begini..hanya monolog dengan diri sendiri..menasihati diri sendiri yg sering lalai..lalai dlm mengejar mardhatillah Nya....subhanallah ap yg dh sy buat ni..moga diri ini mash lagi mampu menempuh mehna dr Nya..moga diri ini istiqamah di atas jalan dakwah ini..ya Allah ku mohon kesucian hati dr Mu sesungguhnya terlalu kotor ku rasakan hati ini..hati yang satu hanya ingin kuisi dengan kasih dan cinta dr Mu..

8.2.09

RM 1 UNTUK BUMI PALESTIN

Assalamualaikum w.b.t

nurhayaton hazai...


Kasih ku buat palestin..subhanallah sedih dn sayu tgk keadaan saudara2 kita kat sana..hati sy menjadi lbh sayu bila mana melihat kekejaman yg bergolak di sana..nyawa mereka umpama tiada nilai bagi laknatullah israel..semalam bertempat di pusat islam uitm perak..kami IMAD (ikatan mahasiswa dinamik) menganjurkan program RM 1 UNTUK BUMI PALESTIN.. sambutan nya alhamdulillah menggalakkan..tapi sdh dengan keadaan pljar2 yg seolah tak mengindhkan nasib saudara2 kita disana..terbit sedikit rasa kecewa dengan keadaan ni..mahasiswa yg dtg tak sampai separuh emmm yg mereka pentingkan hiburan..hiburan..dn hiburan..pengaruh hiburan terlalu kuat..sdh sgt2..alhamdulillah sambutan oleh mahasiswi menggalakkan..nampak juga 2 3 org pensyarah..moga usaha yg sedikit ni dapat mambantu saudara2 kita..byk ujian sebelum dn selepas porgam ni di jalankan..ada juga suara2 sinis yg mengatakan duit kutipan derma tu kami IMAD yg guna..subhanallah hati rasa sdh dengn pemikiran mereka ni..hanya mampu mendengar..dn berdoa moga hati kami kuat..dn istiqamah dlm perjuangkan nasib saudara2 kami di sana..lepas solat isya’ kami buat solat hajat dn seterusnya kami mlht tayangan video2 pergolakkan di palestin..syu..sayu hati sy tgk..tapi hnya doa seusai solt dn bantuan yg tak seberapa yg mampu kami beri..sabar lah saudara2 ku..subhanallah..tersiat2 hati tgk tangisan anak2 kecil..tangisan ibu..ya Allah tabah kan hati saudara2 ku di sana..terbit rase insf dlm diri..selama ni sy leka..leka dengan keadaan saudara2 kita..kesusahan mereka tak kite dengar..ya Allah apa lah nak jd nie..mujur lah sahabt2 lain menginagtkan sy..supaya sy tak terus hanyut..subhanallah..




sebahagian muslimin yg hadir..kusyuk melihat tayangan video pergolakkan di palestin..











muslimin sedng kusyuk mendengar ceramah yg di sampaikan oleh penceramah jemputan..


















sempat sy coret sedikit puisi kiranya untuk tatapan shbt2 yg istiqamah perjuangkan nasib saudara2 kita di palestin..

KITA SAUDARA?
Bentangan warna menghias dinding galeri
Tubuh terpatung usai di hunjam mata
selami episod agama anutan baru
Bekolah airmata bersaksi jatuhnya
pasukan pujaan meruntuh tangga
Tumpul anak tekakmu menguak,
sukan dan agama bukan bersaudara
biar di anak tirikan..
Tika kantung merah berisi kentang di kendong
sekonyong bertaburan
kerna ombak irama menendang gegendang,
telinga manusia konon mendada bukan boneka
tumit terangguk meniti rentak
ke atas bawah kepala di balun..
lupa?? itukan simptom sedang di racun..

8.1.09

Menanti Di Barzakh..


Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu
AJAL yang datang dimuka pintu

tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup lagi ku mengulangi...
Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan

di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih... aku menangis...
Ku merata... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.
Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...