Followers



Showing posts with label subhanallah... Show all posts
Showing posts with label subhanallah... Show all posts

21.2.09

Allah Akan Menggantikan Yang Lebih Baik

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari kita kecuali Dia menggantikan nya dengan yang lebih baik. Tetapi itu semua tu jadi bila kita bersabar dan tetap bersabar dan redha dengan segala ketetapanNya..

Barang siapa Aku butakan kedua matanya, lalu dia bersabar nescaya akan Aku gantikan dengan syurga (Al-Hadith)

sebagai contoh seorang ibu kehilangan anak nya tetapi berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan di bangunkan untuk nya sebuah BAITULHAMD.maka kita tidak perlu lah merasa terlalu sedih dengan musibah yang menimpa kita..kerana setiap kesabaran kita ini akan di balas dengan memiliki syurga,dan ganjaran yang besar..subhanallah..

Para waliyullah yang pernah di timpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatakan penghormatan yang agung di syurga Firdausi.itu tersirat dalam firmanNya.

kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya.Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.(Ar-Ra'd 24)

walaubagaimanapun kita perlulah melihat segala apa yang berlaku terdapat gantian balasan yg baik dari Allah yang selalunya berakhir dengan kebaikan..Dengan itu kita akan tergolong dalam golongan yang:

Mereka itu lah yang akan mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (Al-Baqarah 157)

semua ni adalah ucapan selamat bagi mereka yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi mereka yang mendapt bencana.sedar lah bahawa umur kita di dunia ini sangat lah pendek dan gudang kenikmatan nya juga sgt lah sedikit..apa yang perlu kita semt kan dalam hati dn jiwa kita adalh akhirat yang paling abadi dan kekal selamanya..ini juga mengingat kan dr sy.tapi malangnya dunia hari ni manusia nya lebih mencintai dunia semata-mata..mencintai kenikmatan dunia dan lebih senang dengan kenikmatan dunia..masyaAllah..sedih dengan keadaan umat islam kita hari ini..hal ini juga mengingatkan dr sy sendiri yang kadang terleka dengan urusan dunia..ya Allah...Hati mereka yg terlalu menginginkan dunia ini selalu nya gundah gulana cemas apabila tidak dapat meraih kenikmatan dunia sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai sesuatu malapetaka yg amat besar yang akan mematikan..Mereka juga akan memandang cubaan itu sebagai sesuatu yg gelap gelita..ini kerana mereka hanya memandang kebawah dn sanagt mengagungkan dunia yang fana dan tidak berharga ini..subhanallah moga nya kita terhindar dr golongan yang hanya mementingkan urusan dunia dr mencari keindahan di akhirat kelak..Beruntunglah mereka2 yang di turunkan musibah kepadanya kerana Allah menurunkan musibah itu dengan 'surat ketetapan' yang di sela2 dengan kalimahNya yang penuh dengan kelembutan..kasih sayang..pahala..dan juga pilihan..maka setiap kita yg di timpa musibah harus lah bersabar dan menhadapi dengan mata yang jernih dn pola pemikiran yang panjang..dengan kesabaran yang menggunung itu maka akan terhasil lah buah kemanisan dr segala apa yang menimpa kita..

...lalu didirikan di antara mereka ( orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq)
dinding yang mempunyai pintu , yang disebelah dalam nya ada Rahmat (syurga) dan sisebelah luarnya ada seksa ( neraka)....(Al-Hadid :13)

Dan sesungguh nya apa yang berada di sisi Allah itu adalah lebih abadi.. lebih baik..dan lebih utama..malah lebih mulia..insyaAllah..

23.1.09

Tangan Orang Yang Tak Solat!!

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu". Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...