Assalamualaikum…
Telah
lama cinta tersasar…
Dari
cinta yang suci…
Andai
hari ini bicara saya lebih kepada perasaan cinta, yang lahir dari hati tanpa
diduga. Usah pelik mengapa muslimat hiraki seperti saya masih lagi berbicara
tentang cinta. Sekadar mahu berkongsi pengalaman-pengalaman yang dikutip
sepanjang berada di dalam jalan tarbiyyah ini.
Usai
membedah sedikit coretan pemilik Langit Ilahi di dalam naskhah yang santai dan
mudah difahami. “BATU-BATA KEHIDUPAN”. Menginsafkan diri yang sememangnya
sedang terleka dengan tipu daya syaitan yang datang tanpa disedari. Berbicara
mengenai definisi mudah tentang cinta. Cinta itu adalah mahu orang yang dicinta
bersama-sama ke syurga. Hakikatnya manusia lupa tentang apa yang akan berlaku
di akhirat kelak. Suami mencintai isteri kerana apa? Ibu mencintai anak juga kerana apa? Yang
didedahkan dengan kata-kata cinta islamik, mungkin akan berkata kami bercinta
kerana Allah. Namun tidak dibumikan cinta kerana Allah, tidak direalitikan dengan
perbuatan. Hanya sekadar berkata-kata bagi menghalalkan cinta yang dikatakan
ISLAMIK itu, hanya ayat bagi penyedap diri sendiri bagi yang mengetahui
hakikatnya perkara itu salah
Cinta
yang hadir pada mulanya merubah hidup seorang insan itu semakin hangat bercinta
dengan Allah, semakin takutnya dia dengan azab Allah andai cinta yang hadir itu
tidak dijaga rapi dari fitnah dan nafsu serakah. Saban malam, Allah menjadi
tempatnya mengadu, dan rasa cintanya semakin membara dengan iman dan taqwa.
Semakin diuji dengan godaan manisnya cinta sesame insan, semakin diikat kuat
pergantungan dengan Allah. Semakin dilambung ombak ganas godaan syaitan,
semakin rapi dikemudi bahtera kehidupan .
Subhanallah.. Tangisan itu berselang seli dengan zikir kepada Allah
kerana bimbang terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.
Tetapi
syaitan itu tidak akan pernah putus asa. Dihantar pula si iblis yang lebih
berpengalaman. Dibolak-balikkan hati dengan segala pujukan. Dan Allah swt
hantar lagi ujian bagi menguji hati hambaNya. Saat itu adakalanya pegangan
kepada tali Allah kadang-kadang terlepas, kadang-kadang dipegang erat kembali.
Segalanya semakin payah dan semakin kuat pula ombak yang mendatang. Sampai satu
ketika insan ini terlepas dari pegangan tali itu. Syaitan mula tersenyum lebar.
Selebarnya hingga menampakkan taring yang hodoh. Mahu sahaja mereka bergembira
dengan detik-detik kemusnahan dua orang anak Adam. Hilang sudah kehangatan
cinta kepada Allah kerana sudah berganti dengan hangatnya cinta dua insan.
Hilang sudah kata zikir di bibir kerana sudah diganti dengan kata manis bicara
cinta dua manusia. Segalanya dikongsi, ditangisi bersama. Semua orang di dunia
ini tidak mengerti perasaan mereka berdua. Semua orang tidak memahami kesengsaraan
mereka berdua. Dan lama-kelamaan hubungan itu berkocak kerana kejemuan melanda.
Itulah bahana cinta yang dirujuk dengan syaitan. Itulah kesan cinta tanpa
kecintaan kepada Tuhan. Lagi siksa, lagi memeritkan. Kerana apa? Manusia itu
banyak kelemahan. Menangislah mereka di saat hati sudah tidak keruan. Baru
waktu itu mencari Tuhan.
Allah
masih memberikan sekelumit peluang dengan hidayah tanpa disangka-sangka. Yang
memutuskan tali ikatan antara manusia dengan syaitan. Namun perlu bermujahadah
untuk kembali ke pangkal jalan. Rebut kembali hidayah cinta Allah. Bumikan
kembali cinta nan mekar kerana inginkan Keredhaan Allah. Jernihkan kembali
cinta yang kian kotor dek nafsu syaitan. Kobarkan kembali cinta itu dengan satu
lafaz yakni : Let’s getting love till jannah insyaAllah… ( BUMIKAN KATA-KATA
INI!!)
mode: sy masih ajar mengajar diri tentang semua ini..ya Allah tarbiyah hati2 ni.. Ya Allah, jika benar aku telah jauh tersasar dari landasan hidupku, Kau kembalikanlah aku ke jalan yang Engkau redhai.T_T
0 comments:
Post a Comment