malu rasanya..
mengatakan cinta..
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa
ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa
cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan
tanda penghargaan
seorang umat
selagi upaya kuturuti ajaran nya
apa terdaya ku amalkan sunnah nya
moga di dunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat
kerana peribadi nya aku terpesona
kerana budi nya aku jatuh cinta
rindu ku pada nya tiada terkata
nanti kan lah daku di taman syurga..
ya Rasul ku rindu padamu
syafaat kan daku
ya Rasullullah ku rindu padamu
sesungguhnya apa yg ku dambakan
adalah cinta Allah yang esa
kerana cinta kepada Rasulullah
bererti cinta kepada Allah
syukur Alhamdulillah sy masih di beri peluang untuk melihat dunia ni lagi..syukur kepada Mu ya Allah pencipta sekalian alam..yang memberi rahmat dn limpah kurnia nya yang tiada galang gantinya..subhanallah maha suci Allah..salam sejahtera juga pada sahabat2 seperjuangan..moga ukhwah kita berpanjangan hendaknya sampai ke syurga..biarpun terpisah di dunia ni insyaAllah berhalaqah juga kita di sana nanti..insyaAllah..
tiada kata indah yg boleh sy ungkapkan di sini..hanya kata syukur kerana limpah kurnia nya kita semua dapat menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita..Nabi muhammad S.A.W..
moga kita mendapat syafaat nya di sana nanti..insyaAllah...
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
0 comments:
Post a Comment