assalamualaikum wbt... =)
Seringkali hati kecil mengadu sakit,
seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala
menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa
betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang
bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita
kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat
itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di
antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk
melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai
penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi
selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga
selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang
kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam.
Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan
atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam
seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus
dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk
sesuatu?
Jawapannya senang sahaja…
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada
kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.
Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang
indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
nota kecil : “Dan terkadang, Yang
kita takuti itu bukan realiti. Bukan hakikat. Bukan kenyataan. Tapi manusia.
Cara mereka melihat. Cara mereka
mentafsir.Bahkan terkadang, bagaimana cara mereka menghukumi kita, Tanpa mahu
tahu hal yang sebenarnya....