Followers



29.5.12

Kenapa Pakai Purdah


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih...

Nahmaduhu wanusalli wanusallim a'la rasulihilkareem...

Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun "ustazah". Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar "ustazah" oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.

Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk pulang. Termasuk lah Aishah.

"Erm Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?" Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. "entahla~" jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. "Aik? entah je? abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam "ninja"? hehe.." gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.






"erm..ok lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?" Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. "Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?"

"MashaAllah, hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe." Aishah bergurau. "Ade2 je la Aishah ni. "Aqilah bersuara malu. "Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh.." Aishah mengembalikan perbincangan. "Betul sgt ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu.."
"Eh salah ke? astaghfirullahalazim~" kerisauan Aqilah jelas terpancar. "Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin." Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.



"Alah, Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama~" Aqilah memuji Aishah. "segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut sikit2 aje.." Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian
tersebut.

"Ok2..sambung eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah al-'Asr, "setiap manusia itu dalam kerugian..". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita." Hurai Aishah.

"Oooo..mcam tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?" Aqilah kembali bertanya. "Tak jugak~" sekali lagi mudah Aishah menjawab. "Pulak dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?" Aqilah inginkan penjelasan.

"Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi." Aishah menjelaskan. "Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?" Aqilah inginkan kepastian. ""Ya" pada Aishah, mungkin "tidak" bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah." Aishah menjawab. "Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw...takkan la Nabi ....." Aqilah kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.

Aishah ketawa kecil, "memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi "title" yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak". " "title" ahli syurga? apa die?" Aqilah ingin tahu. "RadiaAllahu'anhu waradhu'anh (Allah redha ke atas mereka)" jawab Aishah.

"Oooo..Jadi, apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe" Aqilah tetap ingin tahu. "Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. itu jep." Aishah tenang menjawab. "Ooo. gitu eh? kalau camtu, buleh "share" dengan Aqilah tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?" Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. "Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."

"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .
"Eh Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk kot~" Aqilah cuba mendapatkan kepastian. "Eh, tak lah. betul la tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu. "Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. "Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ" pinta Aishah.

"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]
"Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu." pinta Aishah lagi.

"Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Baca Aqilah sambil tersenyum kagum. "Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?" tanya Aishah. "MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~" Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.

"Yup~ itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah "extremist" atau ape2 pun Aishah tak kesah, sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka." tambah Aishah.

"Allah~lepas ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~" Aqilah memberi azam. "Amin ya Rab. suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu" Aishah mengambil hati. "hehehe...emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)" Aqilah cuba berkongsi ilmu. "Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? " Aishah inginkan kepastian.

"Haaaa..."lurus" yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!" Aqilah mengagumi Aishah.

"Oooo..kire Aqilah nak kate Aishah ni "lurus" la eh?" Aishah bergurau. "Eh? Buleh jugak kot~ haha" spontan jawapan dari Aqilah. "Amboih~" Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, "Ayoyoyo~ tak mau balik lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~" tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.

"Eh, sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe...jom Aishah~" Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.

nota kecil : "Beramallah kerana taqwa, bukan kerana fatwa" Semoga kalian istiqamah






26.5.12

rebut hidayah Allah

Assalamualaikum…

Telah lama cinta tersasar…
Dari cinta yang suci…
Andai hari ini bicara saya lebih kepada perasaan cinta, yang lahir dari hati tanpa diduga. Usah pelik mengapa muslimat hiraki seperti saya masih lagi berbicara tentang cinta. Sekadar mahu berkongsi pengalaman-pengalaman yang dikutip sepanjang berada di dalam jalan tarbiyyah ini.






Usai membedah sedikit coretan pemilik Langit Ilahi di dalam naskhah yang santai dan mudah difahami. “BATU-BATA KEHIDUPAN”. Menginsafkan diri yang sememangnya sedang terleka dengan tipu daya syaitan yang datang tanpa disedari. Berbicara mengenai definisi mudah tentang cinta. Cinta itu adalah mahu orang yang dicinta bersama-sama ke syurga. Hakikatnya manusia lupa tentang apa yang akan berlaku di akhirat kelak. Suami mencintai isteri kerana apa? Ibu  mencintai anak juga kerana apa? Yang didedahkan dengan kata-kata cinta islamik, mungkin akan berkata kami bercinta kerana Allah. Namun tidak dibumikan cinta kerana Allah, tidak direalitikan dengan perbuatan. Hanya sekadar berkata-kata bagi menghalalkan cinta yang dikatakan ISLAMIK itu, hanya ayat bagi penyedap diri sendiri bagi yang mengetahui hakikatnya perkara itu salah
Cinta yang hadir pada mulanya merubah hidup seorang insan itu semakin hangat bercinta dengan Allah, semakin takutnya dia dengan azab Allah andai cinta yang hadir itu tidak dijaga rapi dari fitnah dan nafsu serakah. Saban malam, Allah menjadi tempatnya mengadu, dan rasa cintanya semakin membara dengan iman dan taqwa. Semakin diuji dengan godaan manisnya cinta sesame insan, semakin diikat kuat pergantungan dengan Allah. Semakin dilambung ombak ganas godaan syaitan, semakin rapi dikemudi bahtera kehidupan .  Subhanallah.. Tangisan itu berselang seli dengan zikir kepada Allah kerana bimbang terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

Tetapi syaitan itu tidak akan pernah putus asa. Dihantar pula si iblis yang lebih berpengalaman. Dibolak-balikkan hati dengan segala pujukan. Dan Allah swt hantar lagi ujian bagi menguji hati hambaNya. Saat itu adakalanya pegangan kepada tali Allah kadang-kadang terlepas, kadang-kadang dipegang erat kembali. Segalanya semakin payah dan semakin kuat pula ombak yang mendatang. Sampai satu ketika insan ini terlepas dari pegangan tali itu. Syaitan mula tersenyum lebar. Selebarnya hingga menampakkan taring yang hodoh. Mahu sahaja mereka bergembira dengan detik-detik kemusnahan dua orang anak Adam. Hilang sudah kehangatan cinta kepada Allah kerana sudah berganti dengan hangatnya cinta dua insan. Hilang sudah kata zikir di bibir kerana sudah diganti dengan kata manis bicara cinta dua manusia. Segalanya dikongsi, ditangisi bersama. Semua orang di dunia ini tidak mengerti perasaan mereka berdua. Semua orang tidak memahami kesengsaraan mereka berdua. Dan lama-kelamaan hubungan itu berkocak kerana kejemuan melanda. Itulah bahana cinta yang dirujuk dengan syaitan. Itulah kesan cinta tanpa kecintaan kepada Tuhan. Lagi siksa, lagi memeritkan. Kerana apa? Manusia itu banyak kelemahan. Menangislah mereka di saat hati sudah tidak keruan. Baru waktu itu mencari Tuhan.

Allah masih memberikan sekelumit peluang dengan hidayah tanpa disangka-sangka. Yang memutuskan tali ikatan antara manusia dengan syaitan. Namun perlu bermujahadah untuk kembali ke pangkal jalan. Rebut kembali hidayah cinta Allah. Bumikan kembali cinta nan mekar kerana inginkan Keredhaan Allah. Jernihkan kembali cinta yang kian kotor dek nafsu syaitan. Kobarkan kembali cinta itu dengan satu lafaz yakni : Let’s getting love till jannah insyaAllah… ( BUMIKAN KATA-KATA INI!!)

mode: sy masih ajar mengajar diri tentang semua ini..ya Allah tarbiyah hati2 ni.. Ya Allah, jika benar aku telah jauh tersasar dari landasan hidupku, Kau kembalikanlah aku ke jalan yang Engkau redhai.T_T

22.5.12

kisah anak seorang tabligh...

assalamualaikum wbt...
norhayaton hazai hj warman

Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.


Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."
 nota kecil : Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas atas bumi Allah, masih dapat menikmati segala nikmat yang Allah kurniakan. Jemaah tabligh selalu dihindari ramai umat Islam pada dunia kini. Ketahuilah bahawa mereka datang dari rumah ke rumah membawa peringatan dan pesanan kepada anda supaya bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur Allah. Jika anda didatangi mereka, maka keluarlah dari rumah untuk mendengar apa yang mereka ingin sampaikan. Dan ketahuilah bahawa mereka yang keluar pada jalan Allah berpesan2 kerana Allah, maka debu2 yang melekat pada tubuh mereka akan menghalang api neraka dari membakar mereka. Dan jika mereka terkorban dalam perjalanan ini, maka syahid yang mereka dapatkan. Wallahua'lam.



x



Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...