Followers



23.3.09

tak de tajuk

blog tak boleh nak update...tak tau kenapa..adehhhh

14.3.09

KiSah BeNAr DaRi PALESTIN


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari.Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalaman beliau di Gaza :-

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis adegan aneh itu,para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???Allah hu Akhbar!

PERISTIWA 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakn uniform pejuang bewarna hijau!Siapakah yang berbaju putih itu???


PERISTIWA 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


PERISTIWA 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasaran nya iaitu anggota tentera mereka sendiri!Ia berpatah balik!!!Allah hu Akhbar!


PERISTIWA 5

Pada permulaan perang,roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!


PERISTIWA 6

Yang paling menakjubkan,seorang ulamak Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.Ulamak itu berkata "Wahai Rasulullah,kemana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"...masyaAllah,Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!!Dimanakah kita???


Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

9.3.09

.:: Dia Kekasih Allah .::

assalamualaikum w.b.t

malu rasanya..

mengatakan cinta..

kepada dia kekasih Allah

kerana dia insan mulia

sedangkan diriku insan biasa

ku pujuk jua hati dan jiwa

meluahkan rasa

cinta membara

di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan

seorang umat

selagi upaya kuturuti ajaran nya

apa terdaya ku amalkan sunnah nya

moga di dunia mendapat berkat

di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadi nya aku terpesona

kerana budi nya aku jatuh cinta

rindu ku pada nya tiada terkata

nanti kan lah daku di taman syurga..

ya Rasul ku rindu padamu

syafaat kan daku

ya Rasullullah ku rindu padamu

sesungguhnya apa yg ku dambakan

adalah cinta Allah yang esa

kerana cinta kepada Rasulullah

bererti cinta kepada Allah


syukur Alhamdulillah sy masih di beri peluang untuk melihat dunia ni lagi..syukur kepada Mu ya Allah pencipta sekalian alam..yang memberi rahmat dn limpah kurnia nya yang tiada galang gantinya..subhanallah maha suci Allah..salam sejahtera juga pada sahabat2 seperjuangan..moga ukhwah kita berpanjangan hendaknya sampai ke syurga..biarpun terpisah di dunia ni insyaAllah berhalaqah juga kita di sana nanti..insyaAllah..


tiada kata indah yg boleh sy ungkapkan di sini..hanya kata syukur kerana limpah kurnia nya kita semua dapat menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita..Nabi muhammad S.A.W..


moga kita mendapat syafaat nya di sana nanti..insyaAllah...
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

26.2.09

Hari Yang Memenatkan..










Assalamualaikum W.B.T
nurhayaton hazai..

dua hari yang mementkan nie..semua drawing nak kene submit..dengan presentation lagi..ya Allah bagai tak cukup masa kami siap kan semua drawing2 tue..emmm tu lah padahnya kalau buat kerja bertangguh-tangguh..sedih pun ade juga bila budak2 lelaki yg satu group dengn kami tak jalan kan tanggungjawab dorng.bayangkan lah 40 drawing semua sy n 2 orang lagi budak group sy yg buat.
ya Allah hati nie mmg nak marah..n semua perasaan ade lah..tapi mujurlah sy nie tak cepat melatah naik angin tak tentu pasal..kalau ikutkan hati kami yg marah nie...ishhh ya Allah sabarkan hati kami..
sy sedih bila dorang tak jalan kan tanggungjawab dorang sbg seorg lelaki..maksd sy tak dek sket pon rasa tanggungjawab dorang untuk ambil peduli pasal kerja grouping nie..tak kan nak kene marah2...baru tau nak buat kerja..bukan lah nk merungut dengan apa yg dh kami buat..cuma sy kecewa dengan sikap dorang yg macam tu..lebih pentingkan benda lain dri tanggungjawab yang ada nie..
sampai2 studio puan kata hantar esok..ya Allah alhamdulillah..mmg tu lah ayat yg kami tunggu..tapi sebelum pukul lapan esok pg..huh sy kata kat kawan sy kita tak leh tidur mlm nie..kalau tidur alamt nya mmg tak bgn lah sampai ke pagi..so mlm tu kami pun bertungkus lumus untuk siap kan..dengan keadaan yg pent tak cukup tidur kepala dah sakit2 nie..sy ttp bertahan gak..lagi pula siang tu habis studio sy n kawan2 yg lain untuk kerja grouping yang lain terpaksa bergegas ke kilang buat kayu..kami redah jek untuk pg sana sewa kereta then jalan cr kilang2 yg ade buat papan lapis..alhamdulillah semua nya dipermudahkan..seronok sgt..mcm2 yg kami dapat..tak sabar2 nak buat report..lupa kejap pasal drawing yg melambak lagi tak siap tu..habis kerja kami kat kilang tu cepat2 balik uitm nak kejarkan buat drawing tu..masing2 dh kepenatan..tinggal lah driver sorang2 huhu..maaf ye shbt kami dh terlalu pent..lepas magrib ada test CTU pulak aduh lah nasib baik tak lupa..ustaz dah pesan banyak hari jangn tak datang..jdi makna nya drawing kami tu tertangguh lagi..sampai lah jam 10 baru kami balik then terus buat kerja tu sampai lah ke pagi..lepas subuh tu mata saya mmg dh tak larat nak buka dh langsung tertidur..sampai lah sahabt sy datng ..ya Allah dah terlambat..pukul 8 nak kene submit..kelam kabut kami g studio macam nak menangis pun ada juga..sampai2 studio air mata sy dh bertakung dh nie..tunggu nak kua jek..buat muke kesian lah pula depan letcurer..letcurer tgk muka2 tak tidur kami nie tah mcamane dia kate sian plak tgk kami,,tapi sebenarnya drawing tu semua blm di binding..alamak macam2 lah kami nie kan..minta izin puan g kioks untuk binding..nasib kami baik ada satu kedai kat kioks tu dh buka..ya Allah mujur lah semua nya di permudahkan..tiba terjumpa pula ahli usrah sy,atiqah n sahabt die kami sempat lah bual skit..dia jemput ke pusat islam..ada majlis penghayatan islam..memg nak pegi..insyaAllah sy pegi..dia pun cam seronok je..semalam nk pg tak berkesempatan sebab sy kene turun site..terlepas satu pogram kat pusat islam tue..lepas bebual ngn sahabt saya tu sy pun fokus balik kat drawing2 sy tu..dengar ada org panggil nama sy..nur..2 3 kali juga tapi sy malas nak pandang..sbb tah lah just malas..tapi terpandang juga..ah ape lah yg saya merepek nie..rupe2 nya 2 org budak laki group sy..ya Allah tak semena2 darah sy naik sampai ke kepala..tapi sy cepat2 istigfar banyak2..tak nk lah sy termarah kat situ..tak elok pulak depan orang ramai menjatuhkan maruah dia..sy pun just silent..diam dan terus diam..
terus amik drawing then nk pergi submit..last2 sy ckp juga lah..sy mintak maaf dengn perangai sya tadi..pastu same2 mintak maaf..then sy terus lupekan seme yang dalam hati ni..sampai studio puan senyum jek...tgk keadaan kami yang dh macam ape tah
moral of the story jangan lah buat kerja last2 mint cm sy nie.. dah tue sibuk nk salah kan orang lain sama..dan jadilah seorg yang lebih bertanggungjawab dengan kerja yang dh di amanahkan tu..takut2 kat akhirat nanti di persoalkan.huh panjang lebar plak sy ni membebel kan..tapi tak pelh semua yang berlaku nie akan sedar kami..n semua yang berlaku ni ada hikmah nya..wasalam





banyak lgi tak siap nih















empat lagi posing amik pic..ish2




























21.2.09

Allah Akan Menggantikan Yang Lebih Baik

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari kita kecuali Dia menggantikan nya dengan yang lebih baik. Tetapi itu semua tu jadi bila kita bersabar dan tetap bersabar dan redha dengan segala ketetapanNya..

Barang siapa Aku butakan kedua matanya, lalu dia bersabar nescaya akan Aku gantikan dengan syurga (Al-Hadith)

sebagai contoh seorang ibu kehilangan anak nya tetapi berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan di bangunkan untuk nya sebuah BAITULHAMD.maka kita tidak perlu lah merasa terlalu sedih dengan musibah yang menimpa kita..kerana setiap kesabaran kita ini akan di balas dengan memiliki syurga,dan ganjaran yang besar..subhanallah..

Para waliyullah yang pernah di timpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatakan penghormatan yang agung di syurga Firdausi.itu tersirat dalam firmanNya.

kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya.Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.(Ar-Ra'd 24)

walaubagaimanapun kita perlulah melihat segala apa yang berlaku terdapat gantian balasan yg baik dari Allah yang selalunya berakhir dengan kebaikan..Dengan itu kita akan tergolong dalam golongan yang:

Mereka itu lah yang akan mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (Al-Baqarah 157)

semua ni adalah ucapan selamat bagi mereka yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi mereka yang mendapt bencana.sedar lah bahawa umur kita di dunia ini sangat lah pendek dan gudang kenikmatan nya juga sgt lah sedikit..apa yang perlu kita semt kan dalam hati dn jiwa kita adalh akhirat yang paling abadi dan kekal selamanya..ini juga mengingat kan dr sy.tapi malangnya dunia hari ni manusia nya lebih mencintai dunia semata-mata..mencintai kenikmatan dunia dan lebih senang dengan kenikmatan dunia..masyaAllah..sedih dengan keadaan umat islam kita hari ini..hal ini juga mengingatkan dr sy sendiri yang kadang terleka dengan urusan dunia..ya Allah...Hati mereka yg terlalu menginginkan dunia ini selalu nya gundah gulana cemas apabila tidak dapat meraih kenikmatan dunia sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai sesuatu malapetaka yg amat besar yang akan mematikan..Mereka juga akan memandang cubaan itu sebagai sesuatu yg gelap gelita..ini kerana mereka hanya memandang kebawah dn sanagt mengagungkan dunia yang fana dan tidak berharga ini..subhanallah moga nya kita terhindar dr golongan yang hanya mementingkan urusan dunia dr mencari keindahan di akhirat kelak..Beruntunglah mereka2 yang di turunkan musibah kepadanya kerana Allah menurunkan musibah itu dengan 'surat ketetapan' yang di sela2 dengan kalimahNya yang penuh dengan kelembutan..kasih sayang..pahala..dan juga pilihan..maka setiap kita yg di timpa musibah harus lah bersabar dan menhadapi dengan mata yang jernih dn pola pemikiran yang panjang..dengan kesabaran yang menggunung itu maka akan terhasil lah buah kemanisan dr segala apa yang menimpa kita..

...lalu didirikan di antara mereka ( orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq)
dinding yang mempunyai pintu , yang disebelah dalam nya ada Rahmat (syurga) dan sisebelah luarnya ada seksa ( neraka)....(Al-Hadid :13)

Dan sesungguh nya apa yang berada di sisi Allah itu adalah lebih abadi.. lebih baik..dan lebih utama..malah lebih mulia..insyaAllah..

8.2.09

RM 1 UNTUK BUMI PALESTIN

Assalamualaikum w.b.t

nurhayaton hazai...


Kasih ku buat palestin..subhanallah sedih dn sayu tgk keadaan saudara2 kita kat sana..hati sy menjadi lbh sayu bila mana melihat kekejaman yg bergolak di sana..nyawa mereka umpama tiada nilai bagi laknatullah israel..semalam bertempat di pusat islam uitm perak..kami IMAD (ikatan mahasiswa dinamik) menganjurkan program RM 1 UNTUK BUMI PALESTIN.. sambutan nya alhamdulillah menggalakkan..tapi sdh dengan keadaan pljar2 yg seolah tak mengindhkan nasib saudara2 kita disana..terbit sedikit rasa kecewa dengan keadaan ni..mahasiswa yg dtg tak sampai separuh emmm yg mereka pentingkan hiburan..hiburan..dn hiburan..pengaruh hiburan terlalu kuat..sdh sgt2..alhamdulillah sambutan oleh mahasiswi menggalakkan..nampak juga 2 3 org pensyarah..moga usaha yg sedikit ni dapat mambantu saudara2 kita..byk ujian sebelum dn selepas porgam ni di jalankan..ada juga suara2 sinis yg mengatakan duit kutipan derma tu kami IMAD yg guna..subhanallah hati rasa sdh dengn pemikiran mereka ni..hanya mampu mendengar..dn berdoa moga hati kami kuat..dn istiqamah dlm perjuangkan nasib saudara2 kami di sana..lepas solat isya’ kami buat solat hajat dn seterusnya kami mlht tayangan video2 pergolakkan di palestin..syu..sayu hati sy tgk..tapi hnya doa seusai solt dn bantuan yg tak seberapa yg mampu kami beri..sabar lah saudara2 ku..subhanallah..tersiat2 hati tgk tangisan anak2 kecil..tangisan ibu..ya Allah tabah kan hati saudara2 ku di sana..terbit rase insf dlm diri..selama ni sy leka..leka dengan keadaan saudara2 kita..kesusahan mereka tak kite dengar..ya Allah apa lah nak jd nie..mujur lah sahabt2 lain menginagtkan sy..supaya sy tak terus hanyut..subhanallah..




sebahagian muslimin yg hadir..kusyuk melihat tayangan video pergolakkan di palestin..











muslimin sedng kusyuk mendengar ceramah yg di sampaikan oleh penceramah jemputan..


















sempat sy coret sedikit puisi kiranya untuk tatapan shbt2 yg istiqamah perjuangkan nasib saudara2 kita di palestin..

KITA SAUDARA?
Bentangan warna menghias dinding galeri
Tubuh terpatung usai di hunjam mata
selami episod agama anutan baru
Bekolah airmata bersaksi jatuhnya
pasukan pujaan meruntuh tangga
Tumpul anak tekakmu menguak,
sukan dan agama bukan bersaudara
biar di anak tirikan..
Tika kantung merah berisi kentang di kendong
sekonyong bertaburan
kerna ombak irama menendang gegendang,
telinga manusia konon mendada bukan boneka
tumit terangguk meniti rentak
ke atas bawah kepala di balun..
lupa?? itukan simptom sedang di racun..

29.1.09

Rindu Bertandang lagi

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

Ya Allah hampir sebulan makcik kesayangn sy pergi meninggalkan kami ke satu daerah yg abadi..moga rohnya di cucuri rahmat..dua hari lepas sy pergi ke rumah arwah..masyaAllah..tiba2 sebak dada ni tahan tangis..sy amati keseluruhan rumah yg dulunya indah dengan senyuman beliau..penuh dengan kasih sayang..kini semuanya hanya tinggal kenangan..kengan yg akan kami simpan sampai bila2..anak2 arwah sekarang tinggal dengan nenek nya..rase belas dn kasihan pada mereka menerpa dlm diri..kehilangn ummi yg tersayang..masih tak kenal ape kah erti kematian..sabar lah syg akak ada untuk mengubati rase rindu pada ummi kalian..puteri bungsu arwah Balqis..seorg anak kecil yg tabah..masih kecil dn langsung tak mengerti erti kehilangn..kadang2 ada juga die bertanya kemana ummi nya..akak tahu balqis kuat..jadi anak yg soleh ye balqis..akak syg kan balqis..ya Allah airmata nie tak dpat nak tahan..tapi kami dh dapat menerima kenyataan ini..yg hidup psti akan mati..janji Allah itu pasti..3 hari kat kg terasa lain..janggal sgt2..tnpa arwah.sy pergi ke rumah arwah tlg kemas aPE ya patt..ajak balqis dia kate dh ngantuk tak nak ikut..mungkin balqis takut..anak kecil ni seakan2 mengerti..sejak arwah ummi nya pergi balqis tak pernah lagi balik ke umah ummi nya..mungkin dia juga tak nak sedih bila teringt kan ummi nya..sabar ye syg..semua nie ujian dr Allah untuk kite sekeluarga..
sayu rasa hati menatap helaian2 baju dn kain tudung arwah..masuk2 rumah saja sy menangis tak henti..terlalu sebak..lagi pula suami arwah pasang lagu nasyid MENANTI DI BARZAKH..subhanallah betul2 menginsafkan sy..hati yg sayu meruntun pilu bila lagu berkumandang..semua kenagn2 bersama arwah datang kembali dalam fikiran sy..rindu bertandang lagi..semoga cik idah berbahagia di sana..biarlah kita terpisah di dunia nie..insyaALlah di akhirat nanti kita akan berhalaqoh bersama2..insyaAllah..
airmata terus2 mengalir tnpa henti..setitik demi setitik jatuh pada helaian kain baju arwah..tak tahan menahan sebak di hati..sambil lipat baju n kain arwah untuk di simpan dn ada juga yg akan di sedekah kan kpd org..air mata sy langsung tak berhenti..terasa2 seolah2 arwah ada bersama2 kami mlm tue..sy minta 2 helai tudung labuh milik arwah..terasa nyaman hati bila dpt sesuatu milik arwah...untuk di jadikan kenangan..
kami terasa lbh gembira dr bersedih sebenarnya apabila jemaah yg dtg untuk menyembahyangkan arwah subhanallah ramai sgt2 rezeki arwah..sahabat2 usrah arwah dr pelusuk negeri datang tak kire jauh atau pon dekat dtg juga menziarahi arwah..seminggu rumah arwah dipenuhi shabt2 dn sudara mara..rezeki mu makcik..semua yg hadir seakan2 tak percaya yg arwah dh tak de lagi..kalimat yg tak blh sy lupa..ada shbt2 yg dtg berkata "kehilangn beliau umpama kehilang sebutir mutiara" subhanallah betapa beliau sgt di kasihi oleh shbt2 beliau..betapa semua org merasakan kehadiran beliau dalam kehidupan mereka..ya Allah segala pujian bagi Mu...limpahkan lah Rahmat dn Kebahagiaan keatas ruh makcik ku Faridah..
ya Allah sebak sgt2 hati ni..kuat kan hati ku ini ya Allah..kuatkan kan lah hati2 kami ya Allah..tabahkan lah kami untuk menerima segala ujian Mu ini ya Allah..
Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...