Followers



13.4.09

alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t

nurhayaton hazai

Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk up date blog ana nie..Syukur ke hadrat ilahi Tuhan pencipta langit dan bumi..segala pujian juga untuk Nabi junjungan kita Muhammad SAW..
sejuta mutiara manis untuk sahabt2 seperjuangn sahabat2 se BLOG moga rahmat dan hidayah Nya milik kita insyaAllah..

semalam selesai satu paper final untuk sem ni.iaitu Pemikiran pemimpin I.selama satu jam ana berjuang untuk jawab paper nie,huhu satu jam jek tak cukup masa untuk menulis..jawapan dah ada tinggal nak copy paste jek dalam kertas exam.terima kasih kepada sahabt ana yg sudi bagi tips jawapan mlm sebelum exam tu..Paper seterusnya akan di sambung pada 20 hb april 2009..

exam nie semua org pon mcm bz jek termasuk lah ana sendiri..nk jumpa sahabt2 lain macam tak dek masa jek..padahal satu kampus tapi nk jumpa mmg susah..ye lah kami dari fakulti lain2 duduk juga bilik lain2..dan blok kami jauh2..emm jauh ke..jauh kot..adehh ape lah yg ana repek kan nie..sms jek lah yg menjadi penghbung kami semua..cewah macam lah duduk jauh nk cakap macm nie kan..

ape2 pon salam imtihan buat sahabt ana yg tersayang siti khadijah,syam,atiqah dan sahabt2 dr kampus lain...moga kejayaan menjadi milikm kita..

3.4.09

.:: wANiTA ::.


KAU DI GELAR SEBAGAI PENYERI DUNIA
HADIR MU MELENGKAP HUBUNGAN MANUSIA
BUKAN SAJA DI RINDUI YANG BIASA
MALAH ADAM TURUT SUNYI TANPA HAWA
AKAL MU SENIPIS BINAAN RAMBUT
TERBANGKAN LAH IA DENGAN LIMPAHAN ILMU
JUA HATI MU BAK KACA YANG RAPUH
KUAT KAN LAH IA DENGAN IMAN YANG TEGUH
TERCIPTA ENGKAU DARI RUSUK LELAKI
BUKAN DARI KAKI
UNTUK DIALASI
BUKAN DARI KEPALA UNTUK DI JUNJUNG
TAPI DEKAT DI BAHU UNTUK DI LINDUNG
DEKAT JUA DI HATI UNTUK DI KASIHI
ENGKAU LAH WANITA HIASAN DUNIAWI
MANA MUNGKIN
LAHIR NYA BAYANGAN YG LURUS ELOK
JIKA DATANG NYA
DARI KAYU YG BENGKOK
BEGITU LAH PERIBADI YANG DI BENTUK
ENGKAU LAH WANITA ISTIMEWA
DIDIK LAH WANITA
DENGAN KEIMANAN
BUKAN NYA HARTA
ATAUPUN PUJIAN KELAK TIDAK DERITA
BERHARAP PADA YANG BINASA
ENGKAU LAH WANITA ISTIMEWA
SEDARILAH INSAN ISTIMEWA
BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN
BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN
BAHKAN SEBAGAI PERHIASAN KECANTIKKAN
p/s : sy tujukan lagu ini pada dr sy sendri..la tahzan innallaha ma'ana..
sabarlah wahai hati..sabarlah..

BIASA BIASA JE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
nurhayaton hazai


alhamdulillah setelah di pujuk dan di rehat kan beberapa ketika blogspot sy nie leh bukak balik..ya Allah tak tahu lah kenapa die meragam jek..ish2..

emm sedar tak sedar pejam celik pejam celik dah nak habis sem dah..cepat nya masa berlalu..sedar tak sedar jugak sy dah nak habis belajar tinggl lagi 2 sem jek ni..sem depan part 4 then part 5 praktikal 6 bulan..lepas tu sem akhir insyaAllah jika tak de aral melintang sy grad lah..kalau tak ada part 7 atau 8..huhu..

minggu nie kebayakkan kelas semua nya dah habis dan semua berpisah jumpa lagi sem depan..insyaAllah jika di beri umur yng panjang kita jumpa lagi ye..
msti sy rindu dengan roomate kesayangan sy ni..tah lah belum ape2 lagi sy dh rindu kat semua org..ya Allah kenapa lah sy nie emo tak tentu pasal..

sahabt usrah semua yg baya saya dah grad sem nie..tinggal lah sy seorg2 kat sini..huhu..sahabt baru sy..siti khadijah..syam..dan beberapa org lagi..grad sem nie..sedih pula rasa nya bila dorg dah nak kua..bila dorang nk pergi..saya rasa macam dorang bawa sekali semangat sy..ya allah kuat kan lah hati sy nie..

ada lagi sahabat2 yg lain kan..ish3 ape lah sy nie kan...bertemu dan berpisah kerana Allah insyaAllah..iklas kan hati ye nur...

final exam dh nak bermula..salam imtihan sahabat2ku..moga apa yg di pelajari sepanjang sem nie peroleh keberkatan nya..insyaAllah..
tu jek lah sy tak dek idea lagi dh nk taip nie..nanti2 sambung lagi lah....

.:: KU SERAH CINTA ::.


KU SERAH SEGALA KETENTUAN
BIARLAH MASA YANG BERBICARA
DI PANGKU WAJAH YANG LAYU
DAN AKU TELAH JEMU
AKU TIDAK MAHU BERPALING
PADA YANG MENGGANGU DAN MENGGUGAT
SABAR NYA MELETIHKAN DIRI
HADIR NYA MENGUNDANG PENAT
AKAN KU SERAH CINTA INI
BUKANLAGI PADA MANUSIA
KERANA CINTA MARTABAT ITU
BERSALUT SEGUNUNG KEPALSUAN
DAN KEPURAAN
AKU SEMAKIN TIDAK PEDULI
APA YAG MUNGKIN AKAN TERJADI
KERANA GERAK DAN TINDAKAN KU
MAHU BEBAS DARI MASALAH
KU SERAH KAN CINTA INI
HANYA PADAMU OH TUHAN
AKU ADALAH AKU SEKARANG
BIAR TERBUANG TETAP BERJUANG
AKAN KU SERAHKAN JIWA KU INI
SEPENUH HATI DENGAN KEIKHLASAN
AKU ADALAH AKU YANG SEKARANG..
KU SERAHKAN CINTA INI

23.3.09

tak de tajuk

blog tak boleh nak update...tak tau kenapa..adehhhh

14.3.09

KiSah BeNAr DaRi PALESTIN


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari.Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalaman beliau di Gaza :-

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis adegan aneh itu,para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???Allah hu Akhbar!

PERISTIWA 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakn uniform pejuang bewarna hijau!Siapakah yang berbaju putih itu???


PERISTIWA 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


PERISTIWA 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasaran nya iaitu anggota tentera mereka sendiri!Ia berpatah balik!!!Allah hu Akhbar!


PERISTIWA 5

Pada permulaan perang,roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!


PERISTIWA 6

Yang paling menakjubkan,seorang ulamak Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.Ulamak itu berkata "Wahai Rasulullah,kemana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"...masyaAllah,Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!!Dimanakah kita???


Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

9.3.09

.:: Dia Kekasih Allah .::

assalamualaikum w.b.t

malu rasanya..

mengatakan cinta..

kepada dia kekasih Allah

kerana dia insan mulia

sedangkan diriku insan biasa

ku pujuk jua hati dan jiwa

meluahkan rasa

cinta membara

di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan

seorang umat

selagi upaya kuturuti ajaran nya

apa terdaya ku amalkan sunnah nya

moga di dunia mendapat berkat

di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadi nya aku terpesona

kerana budi nya aku jatuh cinta

rindu ku pada nya tiada terkata

nanti kan lah daku di taman syurga..

ya Rasul ku rindu padamu

syafaat kan daku

ya Rasullullah ku rindu padamu

sesungguhnya apa yg ku dambakan

adalah cinta Allah yang esa

kerana cinta kepada Rasulullah

bererti cinta kepada Allah


syukur Alhamdulillah sy masih di beri peluang untuk melihat dunia ni lagi..syukur kepada Mu ya Allah pencipta sekalian alam..yang memberi rahmat dn limpah kurnia nya yang tiada galang gantinya..subhanallah maha suci Allah..salam sejahtera juga pada sahabat2 seperjuangan..moga ukhwah kita berpanjangan hendaknya sampai ke syurga..biarpun terpisah di dunia ni insyaAllah berhalaqah juga kita di sana nanti..insyaAllah..


tiada kata indah yg boleh sy ungkapkan di sini..hanya kata syukur kerana limpah kurnia nya kita semua dapat menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita..Nabi muhammad S.A.W..


moga kita mendapat syafaat nya di sana nanti..insyaAllah...
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...