Followers



27.3.13

ღ♡ღ saat engkau menikahi aku.... ღ♡ღ

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk update blog yg dh lama sgt bersawangnye.. alhamdulillah alhamdulillah kpd ilahi rabbi yang memberi izin utk diri ini menghirup udara Nya... menikmati nikmat iman dn islam...

alhamdulillah lgi sekali bila sy sudah pun bergelar PUAN NORHAYATON HAZAI... ahliya/isteri kpd EN AZHAR ... allah2 Tuhan shj yg tau betapa gembiranya hati ini..Dia pernh menguji aku dgn kekecewaan untuk aku trs bangkit dr sebuah kisah cerita yang telah di lakarnya sang ilahi rabbi.. saat ijab dn kabul itu terlafaz..tak terhingga rase syukur aku pnjtkn pd sang Ilahi rabbi.. perkahwinan tanpa arwah bapak.. cukup buat suasana suram dgn kesedihan lbh2 lagi mak.. tp aku dh pun redha dn tabhkan hati. alhmdulillah mjls akad berjln dgn lncr.. =) walaupun dgn 2kali lafaz... hee.. nervous sgt agknye en suami..

saat abg ku ucpkan lafaz 'aku nikah kan dn kahwnkn akn dikau dgn adikku norhayaton hazai' allah masa tu Allh shj yg tahu ht dn perasaan sy... saat itu aku sedr bahwa aku sudah pun besar dn perlu berdikari tnpd menghrpkn abang2 aku lgi..-___- sedih...

aku pun tahu abg2 semua blm sedia lepaskan aku sbg 'adik' .. abg2 ku dn kakak ku..sesungguhnya adik korg dah pun besar insyaAllah.. aku akn lbh mtg dlm kehidupan..insyaAllah.. =') ayt plg menyentuh hati aku bila abg uda msg.. 'abang sedih adik abg dh besar' saat tu air mata aku berjujuran membasahi pipi.. ok.. aku menangis.. T_T

mak insan yg byk berkorban utk aku.. terlalu byk..tk termampu utk aku memblsnya...mak lagi lah mngs... sampai aku tk tahu nk describe kedaan mak aku... masa hntr walimah sambut menantu...nk balik mak lmbai aku smpai lah kereta hlg dr pndgn.. T_T luluh hati aku ...luluh..semoga Allah merahmati kalian semua.. =)


 kini berakhirlah pencarian cintaku... allah telah pun menulis nama AZHAR utk ku. Allah2... moga inilah cinta abadiku terakhir hingga ke syurga...







Berakhir sudah pencarian cintaku...
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki
Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu

Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu


nota kecil : sayang abang hingga ke syurga.. =)




22.2.13

kerana dia seorang SAHABAT

assalamualaikum wbt..
norhayaton hazai hj warman


emm tiada tahu dari mana harus aku mulakan kata2... aku hanya mengikut rentak jari.. apa yang terlintas di hati.. itulah yang tertacap pada lembaran ini... hurmmm... aku menarik nafas dalam... seakan2 aku merasakan keperitan sama pd dirinya...


selalu aku mendambakan rasa ketenangan... kadang kala ketenangan itu aku robek sendiri dari sanubari seorang aku... aku menjadi tertunduk malu pd diriku sendiri... harus bagaimana aku mahu memujuk hati yang kian lama hilang kian dimamah rasa kelukaan... sungguh aku juga punya rasa.. rasa yang aku rindukan...rasa dari cinta sang RabbNya...aku terus menerus sahaja memujuk wajah hati luka ku.. memujuk nya dari terus memendam rasa yang tidak pasti mana hujungnya.. kehilangan masih terasa ..tersisa jelas pd relung hati... membuat aku mati sebelum sampai pd waktunya...



ingin saja aku laungkan pada dunia... tp untuk apa aku hebahkan rasa sakit ini... rasa yang membuncah dlm jiwa seorang aku... aku semakin lemah..lemah membawa perasaan ini... aku hny melihat dia berlalu pergi... pergi nya yang tak mungkin akan kembali..kerana dia menginginkan aku rasa dirinya sudah mati... mengapa harus engkau memaksa aku melupakan..sedang aku hanya seorang aku yang tidak betah berbicara tentang rasanya jiwa.... aku hny membiarkan kenangan... membiarkan derai ketawa kita terbang...terbang di bawa sang masa.... sungguh hati aku sangat terluka... terluka dengan anggapan yang kau ilusikan.. terluka dengan kesakitan yang kau sendiri ciptakan... aku memandang sayu.. susuk jiwa yang terluka...aku hny mampu membiarkan ianya hilang...hilang dimamah sang rasa.....


aku kematian kata... andai kematian yang engkau harapkan dari erti persahabatan... aku tidak mampu lagi menghalang.. sungguh aku amat terluka... engkau memaksa aku menganggap engkau sudah mati...dan meninggalkan aku bersama kenangan tanpa ada rasa yg singgah dalam wajah jiwa yang hampa... dan kini... telah aku redha.. pergilah engkau membawa sejuta kenangan bersama.. andai satu hari kau ingin kembali.. kembalilah...kerana aku adalah SAHABAT mu... 


betapa telah Engkau sang Rabb telah aturkan perkenalan sehingga membenihkan persahabatan dan telah Engkau pupuk ia tumbuh subur di hati kami.. namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMu..maka tidak ada tangguh aku berundur diri dalam hidupnya... kerana ya Tuhanku saat aku memohon teman yang menggemburkan iman dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahan agar rimbunannya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milikMu.. padaMu kuserahkannya.. andai pengorbanan itu mahar keredhaan.. kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telah aku redha untuk sebuah perpisahan...


nota kecil: wahai angin.. jika engkau berhembus lembut melaluinya..katakan padanya aku adik beradik dia selamanya..wahai air.jika engkau mengalir di sisinya..beritahu padanya aku mohon kemaafan atas segalanya..wahai bunga..jika engkau tumbuh mekar di sampingnya kau kirimkan wangian tanda terima kasih atas kehadirannya..wahai burung..jika kau terbang melintasinya..sampaikan kataku ini kepadanya..aku menyayanginya kerana Allah..

27.1.13

kerana hujan...

assalamualaikum wbt... =)




Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya senang sahaja…

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

nota kecil : “Dan terkadang, Yang kita takuti itu bukan realiti. Bukan hakikat. Bukan kenyataan. Tapi manusia. Cara mereka melihat.  Cara mereka mentafsir.Bahkan terkadang, bagaimana cara mereka menghukumi kita, Tanpa mahu tahu hal yang sebenarnya....

17.1.13

kerana labuhnya tudungmu..


assalamualaikum wbt....






Kerana tudung labuhmu yang ranum dicumbu mentari,
tudung labuhmu yang menari disiul bayu,
aku jadi hendak tahu-
apa kau tidak panas?
Apa kau tidak peluh?
Apa kau tidak serabut kepalamu dibalut bak bayi dibedung?
Di balik mekarnya senyummu tanpa dibaja gincu,
aku hidu bahagia,
aku baca redha.
Aku jadi hendak tahu-
apa kau tidak teringin bebas bermain?
Apa kau tidak teringin gaya terkini?
Apa kau tidak teringin wajah mulusmu dihias warni?
Di balik rendahnya penampilanmu dan tingginya penyerahanmu,
aku jadi kagum.
Hebat mahumu pada syurga yang belum ternampak, 
hingga buta pada dunia yang di kanan-kiri terlambak.
nota kecil : Sungguh aku jadi ingin tahu dan malu pada diriku sndiri….. ='(


dan mungkin..


assalamualaikum wbt... 



“Dan mungkin....
Mungkin sahaja,
Hatinya yang berubah itu ,
Bukan kehendaknya,
Bukan kemahuannya.
Mungkin,
Hatinya yang berubah itu,
Adalah jawapan bagi pertanyaannya pada Ilahi.
Petunjuk bagi istikarahnya pada malam hari.
Dan DIA lah yang memalingkan hati.
Memudarkan rasa.
Mencipta jarak dan kekok.
Kerana kita memang mahu yang terbaik menurut pengetahuan-NYA,
Bukan yang terbaik menurut kemahuan kita.
Maka Allah sedang memberi tanda…”


nota kecil : Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.


1.1.13

setahun yang dulu...

assalamualaikum wbt.. 


aku mahu sj kemam..kemam segala dan simpan rasa yang aku ada..kerana bagi aku jika aku luahkan rasanya tetap sama..walaupun aku kongsi rasanya juga tetap sama. aku jadi kematian kata..di mana kata-kata indah dr jiwa aku..yg sering membujuk aku sewaktu aku ketandusan...dimana...aku sendri tidak tahu kemana perginya ia...pergi di bawa angin lalu..tertunduk dan terus terdiam..sungguh rasa ini sangat membunuh..bukan saja jasad malah semangat serta kekuatan aku..detik ini bahasa jiwa ku membentak fikiran melontarkan resepsi muntahan rasa bahasa jiwa.


aku menampar wajah hancur jiwa ku..menengking ia untuk terus mati..aku puas berbuat begitu...seketika aku mendekatinya kembali...kejamnya aku..setelah membina..membiarkan ia mati..aku terus berjalan longlai menuju ke kaki langit..aku tidak mahu mati sebelum sampai waktunya..pergilah air mata..akan aku lepaskan air mata ini jauh...jauh..sejauhnya..
sehingga sepasang mata ini tak mampu lagi ingt pada hangat titisnya dahulu..
kisah perjuangan seorg aku menuntut pd sebuah pengorbanan..sebuah masa silam yg terpaksa aku bongkarkan..bersama menyusur liku derita di temani bahasa jiwa seorang aku.


hari ni.. setahun yang dulu.. aku masih merasai kasih syg darinya.. menjelang pagi.. sedikit demi sedikit dia pg dr kehidupan nyata ku..  setahun lamanya aku menanggung rasa rindu... menikam hati... menghenyak sanubari... aku masih belajar untuk menerima.. dn terus menerima.. kasih sayangnya masih terus mekar dlm hati... tawa ..gurauan senda nya..masih terbayng2 di mata...  ya allah rahmatilah arwah bapak.. tempatkan arwah bapak di kalangan mereka yang beriman dn beramal soleh..  sungguh aku sgt rindu kn dia... terkadang aku sgt cemburu melihat mereka2 yang mempunyai ayah.. aku menangis di dalam hati...menangis semahunya.. kerana apa... kerana aku tidak ada ayah.. kerana aku tidak lagi dpt merasai kasih syg seorang ayah.. kerana aku tidak mampu membls segala pengorbanan dia selama ni... bila aku lihat pkcik2 tua.. masih membanting tulang empt kert utk mencari sesuap rezeki.. hati aku bagai di renggut.. rasa sedih.. pilu... kemana hilng anak2 mereka... allah.. kalau lah mereka tahu betapa pedihnya hati kehilngn seorg ayah.. kalau lah mereka memahami bahsa sepi hati seorg ayah .. sungguh ya allah aku sgt rindukan senyuman arwah bapak sungguh ya allah aku sgt rindukn gurau senda arwah bapak.. allah.. temukan kami di syurgamu .. temukan kami disyurgamu ya allah.. 




ni lah satu2 nya gambar terakhir arwah bapak yang ada dalam simpanan aku.. jumaat terakhir bapak ... setelah itu... bapak pg jauh.. jauh meninggalkan aku.... semoga roh bapak tenang di sana.. nantikn adik di syurga... adik rindu kn bapak.. allah.. 

ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini


nota kecil : Dia terus menerus memerhatikan aku.. menunggu waktu bila waktunya tibe.. segalanya akn aku tingglkn sepi.. sungguh kematian itu punya saat... 






Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...