Followers



31.12.08

episod baru...

Assalamualaikum..
nurhayaton hazai..
Syukur alhamdulillah sy masih di beri peluang dn kesempatan oleh Nya untuk update blog saye ni..Rasenya masih blm terlambat lagi sy nk ucapkan selamat menyambut tahun baru hijah..1430..semoga kedatangan tahun baru ni..memberi kebaikan pada kite semua..insyaAllah..tahun baru azam pon baru lah..hee ayat bese degr..walaupon azam tahun lepas tk lah tercapai sgt..tapi alhamdulillah sy di beri peluang lagi untuk melaksanakan nya..
hari ni dh mula kelas..huii penat betul dr pg kelas kol 8..dpt rehat pon kejap jek..pagi td kelas kat studio building construction..masuk2 jek let dh tny mcm2..best nye dpt let baru..tak garang..alhamdulillah..tadi kami semua dh di beri kumpulan untuk projek baru sem ni..kene design chalet berasas kan umah traditional..aduyai pening pale pikir nak buat umah ape..pulak td kumpulan tak cukup ad lagi yg tak dtg..so tak dek lah group discussion..sy harap sem nie tak mcm sem lepas..terlalu byk konflik n dugaan yg sy terima..subhanallah btl2 menginsafkan sy..
habis kelas jek kol sepuluh pg..then ada kelas bhsa eng..tapi sy tak masuk..heee..ade hal dengn ketua program..ptg nye pula kelas material..best sgt..let pon baik..syukur sgt2 sem nie semua nya dlm keadaan yg baik..tapi cm risau gak salu kene kua ni buat research..sem ni kami hanya belajar tentang timber dn metal..dh chalet yg kami nk design tu seme berkaitn material nie..pening2..
blom2 let dh kate kene hantar lakaran floor plan minggu depan..aduii..dh lah tak wat discussion lagi..ya Allah permudahkan lah urusan ku..dn shbt2 yg lain..aminn..kami semua nak kene g site n kilang wat kayu n sebgainya untuk sem nie..byk keje nih..huhuhu
berbalik pada tajuk episod baru sy,,lupe lak pasal tajuk utama kite..tahun hijrah baru..emm byk perubahan yg berlaku dlm dr sy..alhamdulillah shbt2 sudi menolong sy..jasa mu di kenang...kami di tkadr kan hnya berkenalan di alam maya..tanpa kenl hati budi masing..n rupe pada mulenya..takdir Allah yg menentukan kami semua mnjadi shbt..sy bersyukur sgt2 n rase sdh bila ada lagi shbt2 yg sudi membimbing sy untuk mjdi muslimah yg sejati..alhamdulillah..
k.jie terima kasih kerana sudi memberi nasiht yg membina..n tak putus2 memberi semangat kat sy untuk mjd seorg muslimah..memberi bayk pengajaran..dn peribadimu amat sy kagumi..
norfarhana nordin shbt maya sy yg pertama membuka mata sy dengn seluas2 nya tntang 'sesuatu'..ap yg sesuatu biar lah sy jek yg tahu..nana byk bersabar dengn sy..
sy btl2 terharu nana sggup jd sahabt sy..insyaAllah kami akan berjuang untuk menjadi seorg muslimah yg sejati..insyaAllah..
seorg lagi arrabe' beliau jg shbt maya..n byk juga mamberi nasihat dn dorongn pd sy..thnx rabe'
syukur..sy hilang seorg shbt dlm keadaan sy bersedih Allah kurniakan sy 3 org shbt lagi..ya Allah besar nya nikmat mu Ya Allah..permudahkan segala urusan hamba Mu ini keluarga ku dn sahabt2 ku..Engkau yg Maha Besar lbh mengetahui ap yg baik untuk hamba Mu ini..
uitm..
dalam bilik yg indah..

28.12.08

wanita solehah SrI Kandi UMMat

Assalamualaikum..
nurhayaton hazai..

artikel ini saya dapat dari seorang sahabat. Semoga jadi panduan dan renungan kita bersama.Sama-samalah kita hayati."Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan ".Dia adalah Hawa. Dia dicipta sebagai wanita.Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tuntas dan termahal di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij. Dia adalah aspirasi setiap generasi. Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat.Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda perjuangan. Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah dinafikan oleh kebenaran sejarah.Dilahirkan sebagai wanita, insan yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan dengan rijal sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad. Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap, tangisannya adalah rasa hati dan kemarahannya adalah pemberontakan kasih sayang. Amat malang, kewujudan makhluk ciptaan Tuhan yang merupakan sebahagian daripada juzu’ alam ini disalahertikan oleh golongan jahiliah suatu ketika dahulu. Bagi mereka, wanita adalah lambang kehinaan, punca kepapaan, satu kaum yang tidak bernilai dan boleh ditanam hidup-hidup. Memanjangkan hayat wanita bermakna membenarkan kehinaan bertapak di dalam keluarga. Wanita adalah golongan terpinggir yang tidak pernah diiktiraf haknya di dalam meneruskan kehidupan mereka.Kebencian mereka terhadap wanita didedahkan oleh Allah di dalam Al Quran ketika kalam kepastianNya dituturkan, yang bermaksud :

" Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah ( merah padamlah ) mukanya dan dia sangat marah.Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai,disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu ".-An Nahl - 58-59.

Kedatangan Islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai sayap kiri perjuangan.

FirmanNya yang bermaksud :"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ".- At Taubah- 71

Kelahiran Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma’,Rabiah Al Adawiah dan serikandi-serikandi pejuang didikan madrasah Rasulullah menyerlahkan imej wanita sebagai ratu manusia dan ibu yang telah berjaya membentuk generasirabbani. Saidatina Khadijah adalah lambang keunggulan wanita muslimah. Sebaris nama itu sering menjadi sebutan dibibir Rasulullah biarpun pada hari-hari selepas kematiannya. Dia adalah wanita pertama yang menjadi penyeri dunia Rasulullah.Fatimah yang solehah punya peribadi anggun yang menjadi nadi kepada kelangsungan hayat Saidina Ali. Dia tidak suka melihat lelaki dan tidak suka pula dilihat oleh lelaki. Asma’ telah berjaya melahirkan Abdullah Az Zubir, panglima yang gagah berani melalui kemantapan tarbiyyahnya. Rabiah Al Adawiah merupakan sumber inspirasi cinta yang sentiasa merindui Tuhannya. Dia tenggelam di dalam keasyikan cinta Al Haq yang sering melafazkan alunan resah pada setiap penjuru dosa." Bagaimana aku tidak bersedih sedangkan aku tidak tahu samada Dia marah atau redha denganku "." Alangkah buruknya hamba yang menyembah Allah S.W.T semata-mata mengharapkan syurgaNya dan takutkan api nerakaNya.Seandainya Allah tidak menjadikan syurga dan neraka, apakah kamu akan menyembahNya ? ".Itulah wanita-wanita yang sering menggegarkan dunia, menjadi idola setiap lelaki beriman.

Era pasca modenisme menyaksikan wanita-wanita yang seumpama itu kian lumpuh dan tandus. Wanita biasanya dikaitkan dengan kelemahan yang sering menuntut kebebasan. Mereka lebih mementingkan kecantikan zahir untuk dipertontonkan tanpa menekankan kecantikan diri ( batin ) yang lebih universal dan abadi. Wanita diekspliotasi oleh setiap golongan yang tidak memahami fungsi kewujudannya. Wanita bukan lagi pakar yang mempunyai penawar ampuh yang dapat merawat penyakit ummah yang semakin kronik dan bervariasi.

Kebanyakan mereka adalah wanita adunan barat yang sering mengaplikasikan imej Diana, Madonna, Elizabeth Taylor, atau Whitney Houtosn sebagai budaya.Mereka adalah puteri,ratu dan Cinderella abad ke 21 yang menjadi igauan dan impian wanita-wanita yang berpenyakit hati.Pastinya setiap wanita muslimah merasa terpanggil untuk merubah situasi ini. Emosi dan psikologi muslimah akan tertampar pedih melihat kemelut yang tercetus di abad ini. Ke mana hilangnya Khadijah,Aisyah,Fatimah, dan Rabiah di dalam diri wanita hari ini ? Apakah kehilangan mereka merupakan penamat kepada perjuangan muslimah atau pencetus kelahiran baru yang lebih gemilang ?

Biarlah ilmu dan kesedaran yang menentukan keinginan kita untuk bertindak.Cukuplah perkhabaran daripada Rasulullah yang mengatakan bahawa kebanyakan wanita adalah penghuni neraka sebagai peringatan yang membataskan segala pergerakan dan kata-kata.

Marilah kita sama-sama mengutip sejarah keagungan wanita solehah terdahulu untuk kita warnakan kehidupan serikandi alaf baru. Kita adalah penerus kesinambungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu Asma’, Khadijah, Fatimah, Rabiah dan seumpamanya.

" DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH".- riwayat Muslim

27.12.08

perempuan memang taK gUnE!!


Ha.. mesti tkejut kan biler baca title ni ..mula2 sy agak terkejut gak tapi mujurlah tak cepat melatah .. jom baca sampai abis ..moga dapat jadi renungan kiter bersama ...


1.Perempuan itu tidak guna
kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna
rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna
minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna
kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna
masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna
tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna
lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna
alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
9. Perempuan tidak guna
kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Duhai Hati..


Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..
Subhanallah byk btl bnda yg jd kat sy dalam minggu nie..terlalu sedih untuk sy ungkapkan satu persatu di dalam nie..moga2 hati nie tak tersimpan perasaan yg mazmumah..ya Allah tabah kan lah hati hambaMu ini ya Tuhan..andainya ini adalah balasan dr dosa ku yg terdahulu aku redha...aku redha..aku redha... ya Allah..
air mate nie dh tak tertahan lagi..sy tak blh terus macam nie..takut2 sy akan putus asa dengan Allah..subhanallah..moga di kuatkan hati nie untuk menempuh segala onak dn duri yg mendatang..
duhai hati tabah lah dengn ujian ini..semoga hari esok lbh indah..
Ya Allah kepadaMu ku mohon kesucian hati..kerana hati ini ku rasa terlalu kotor..hati yg satu hanya ku ingin isi dengan kasihMu..kurniakan kekuatan untuk diriku ya Tuhan..ku anggap ini mujahadah untukku buat Mu..='(

25.12.08

Datangku Hanya Untuk Kembali..


Assalamualaikum w.b.t

nurhayaton hazai..


Subhanallah hati sy makin tenang sekarang nie..syukur ke hadrat ilahi krn sudi memberi nikmat yg tiada bandingan nya...Maha suci Allah yg memberi rahmat..sy btl2 insaf dengn semua yg jd dalam hidup sy sejak akhir2 nie..moga sy istiqamah dalam mencari sinar hidayahNya dn seterusnya menjadi wanita yg solehah..


di sini sy coretkan madah yg kiranya biasa pd pandangan org..tapi penuh bermakna bg diri sy..

Datang ku Hanya Untuk kembali

Aku mencari,
apa yang telah aku temui.
Aku janjikan,
apa yang telah aku mungkiri.
Aku kan berubah,
namun tetap begini.
Aku hanya cinta,
dengan membenci.
Aku kan setia,
tapi tak akan menanti.
Aku kan kejar,
walau tidak berlari.
Aku gagahi,
apa yang aku takuti.
Ku ingkari,
demi untuk mentaati.
Aku kan mengalah,
hanya untuk memenangi.
Berkorban untuk memiliki.
Bermaruah dengan menghambakan diri.
Pada yang empunya segala…
setiap makhluk,
setiap negeri,
seluas langit,
seisi bumi…
Kerana….
Datangku,
hanya untuk kembali.
Matiku,
hanya untuk hidup selama-lamanya pasti…

20.12.08

LANTUNAN KALAMULLAH


Malam yg dingin ini ana coretkan rasa hati yang selama ini kosong...kosong dengan ketenangan,ketenangan yang ana sendiri robek dari hati ana....emmm entah apa yang mengganggu fikiran ana ni....mungkin ada hikmah semua ini terjadi dan ana pasti tarbiah yg diberi ni adalah untuk ana lebih bersyukur dengan nikmat Nya....dan ana coretkan lantunan kalamullah ini untuk tatapan semua....

Seusai pulangan itu...
Aku rebah di sisi sajadah yang usang..
Ku amati saat-saat berlalu..
Bertali arus ujian mengguris jiwa...
Dugaan tiba meresahkan atma...
Terasa peritnya luar biasa menghadapi segala suratan ini..
Tatkala ini aku bagaikan terus bersendirian lagi..
Di kamar senja aku terus bangkit beradu..
Ku cari teman mengadu di hujung rindu..
Ku tatapi lagi menghayati...
“janganlah kamu bersikap lemah
Dan jangan lah pula kamu bersedih hati
Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya..
Jika kamu orang-orang yang beriman”
[ali imran:139]
Suasana kaku ....
“dan minta lah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar
Dan mengerjakan solat..dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk”
[Al-baqarah:45]
Helaian lain menggamit hati kecil...
sanubari terusik lagi..
di kesani belaian jiwa.....
cukup lah...
“Allah bagi ku tiada Tuhan selain daripadaNya..
Hanya kepadaNya aku bertawakal...”
[At-taubah:111]
Hati kerdil terasa aman...
Di titis embun yang mendamaikan....
“dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah
Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”
[At-taubah:129]
Mataku berkaca-kaca...
Ku pejam ia....
Lelehan hangat air mata menyentuh pipi berdebu..
Aku puas dengan lantunan ini...
Kalamullah teman di saat segalanya sepi bersendiri..
ia pancaran hidayah menyuluh malam kelam..
ia sinaran cahaya menerangi gelap suram....
helaian itu ku tutup rapat sambil bibir mengucup..
air mata menitis di lembaran kalam ilahi...
ku berdoa penuh kusyuk meresapi
ya Allah letakkan lah dunia di tangan ku....
bukan di hatiku....
amin.....
aku dan sesuatu!!
nurhayaton hazai....

Tak Sedia..

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai

cepat btl masa berlalu..cuti 2 bulan yg ana lalui rase sekejap sangt..begitu pantas masa meninggalkan kite..subhanallah..betul2 menginsafkan..mcm tu juga yg ana rase..rase insaf bile kite masih di beri peluang oleh Dia untuk membuka mata usai dr tidur..melihat matahari yg indah..mendengr burung2 berkicauan di angkasaraya..begitu besr nikmat olehNya..tapi kadang2 kite ni langsung lupe pada Dia..ingatan pada diri sendri juga..
emm sebut pasal tak sedia nie lagi seminggu jek danak masuk sem baru dan tahun baru..masyaAllah tak sedia nya ana..keputusan sem ni agak menurun..nak kate sdh tu mmg lah sedih..mungkin ini ujian dr Dia untuk menegur ana..ana hanya mmpu berusaha..mungkin ini tarbiah dr Allah untuk ana lebih bersyukur atas nikmat Nya..terasa kerdil diri ni..Ya Allah ampunlah dosa2 hambaMu ini..Sesungguhnya aku pasrah jika ini takdir mu ya Rabb..aku redha..insyaAllah sem depan ana akan berusaha lbh tekun lagi untuk meraih anugerah dekan..insyaAllah..
sem depan same jek mcm sem2 yg lepas awal sem mmg bz dengan projek yg di beri pensyarah..sampai saat akhir nk final pon hari tuh kami masih lagi bz dengan projek akhir..memg bz terlalu bz..masyaAllah ana harap kesibukkan ana ni takkan melekakan ana untuk mentaddabur al-quran dn lain2..ya Allah peliharalah hambamu ini dr perasaan lalai dn leka..
hati ana berbelah bg sebenarnya..tak tahu kenapa..sem depan duduk dgn org baru...tapi ada hikmah nya dapat lah ana menambah shabat ana..terima kasih ya Tuhan kerana memberi peluang pd ana untk mdpt shbt baru..
takutnya sem depan subjek semua tough2..ana tkt ana tak blh nak carry lah..Ya rabb pemudahkn lah semua urusan hambaMu ini..
bila dh balik ni rse sdh sgt2 tingglkan kampung halaman..baru je naik bus..dh rindu kat mak ngn ayah..tah bila lagi dpt jumpe..
sayu hati bila tgk muka mak nagn ayah.bile melihat wajah polos mak ngn ayah memberi semangt pada ana..timbul rase belas dn kasihan pada mereka..bersusah payah mambesar kan ana sampai masuk universiti..terima kasih mak terima kasih ayah..pengorbanan mu tak tertanggung oleh anakmu..ya Allah panjangkan lah umur mereka berdua..limpahkan lah Rahmat dan Kebahagiaan keatas mereka berdua..lindungilah mereka berdua dr azab seksaMu..aminn...

19.12.08

Syukran Ya Rabb..

Assalamualaikum w.b.t



alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga ana create blog ana sendiri..dengan bantuan shbt ana..terima kasih kepada beliau yg sudi design blog ana nie..

ana rase teruja juga nie..sampai tak terkata..subhanallah..moga ap yg di mulakan ini di akhiri dengan barakah Nya..insyaAllah..

apa2 yg terkurg ana mhn maaf terlbh dahulu..semua yg baik dtg dr Allah semua yg buruk adalah dr ana sendiri...
Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...