Followers



18.10.10

-hati seorang AKU-

assalamualaikum wbt..
norhayaton hazai hj warman

Salam sejahtera buat shbt2…lama sgt rasanya sy tk menulis kt blog ni…sampai tak thu nk tulis apa….kdg2 terasa melonjak2 nk menulis..tapi bila berhadapan dengan key board…hati mnjd kosong….tangan kaku….otak macam tak berfungsi….lalu sy putuskan untuk tidak menulis sepotong ayat hatta sepatah kata…..senyap…sunyi..terus diam….

Tapi hari ni..hati sy tk terasa sgt untuk menulis…tp bila sy buka laptop….duduk menghadap langit senja yg indah…hati menjadi sayu tiba2…apa yang menggangu hati sy…jiwa…yg pasti sy sedang bersedih…nyanyian lagu nasyid ‘kembali’ dr kumpulan far east sy ulang berkali2..bait2 nya sy hayati….ya allah…aku ingin kembali…kembali…kepada fitrah insani tak sanggup ku jelajahi rimba duniawi…kdg2 sy terfikir…knp sy tk sekuat dulu...kdg2 sy terfikir…semua ni jd kerana apa….kifarah dosa2 sy yg lalu..ya Allah mudah2an ianya kifarah dosa2 sy yg lalu…melihat langit senja yg indah…sy mengagumi kejadianNya…sy bermonolog sendiri…


‘aku perlu kuat…dn menjadi lebih kuat untuk tempuh kehidupan aku yg akan datang..Allah uji aku sikit je..untuk melihat keimanan dn ketakwaan aku kpdNya…knp aku kdg2 tk sedar…..aku menangis sendiri…aku menangis semahunya…aku tahu aku tk sendiri di dunia ni…biarlah org tinggal aku…kerana apa adanya aku…tp aku tahu Allah senantiasa ada buat aku…knp harus aku bersedih...’

sy merenung jauh ke langit….indah..nyaman…hati kecil ini puas….sy merasakan sesuatu..mengalir…deras….laju….terus menusuk ke hati…..bisikan kalimah ilahi..menerjah nubari nan layu….hmm untuk apa sy harus terus2 bersedih….untuk apa? Allah telah sediakan yg terbaik…Allah telah mentakdirkan semuanya yg terbaik untuk sy…untuk apa sy merungut..hakikat kehidupan mmg begini…sy kematian kata..di mana bait2 indah dr hati sy yg dulu..sy sendri tak thu…hilang tnpa jejak…hmm…bagaimana harus lagi sy berbicara…sy membiarkan diri bersendri…melayani kehendak hati…melayani luahan rasa nya sendri…dia tenang di situ…sedang sy mash berdiri…mendiamkan diri sejak dr tadi….membiarkan rasa hati dgn dunianya…membiarlah rasa hati dgn al-khaliq nya…dia tenang di situ…hati kecil bermonolog lagi….

‘ kenapa aku sering bertny…knp Allah menguji..sedgkan Aku dh tahu Allah menguji atas dasar kash sygnya pd aku…seorang aku yg sentiasa mengejr cintaNya..walau ada kalanya ku rasa aku dah kecundang..tp Dia dtg membangkit rasa ..memberi halawa sejuk pd hati seorag aku….sesuai dgn firman nya…berkali2 aku baca…berkali2 kau hadam…tetapi belum tetp di hati…knp wahai hati..begitu sush engkau mahu menuruti janjiNya…menuruti perintah sang pencipta….knp engkau begitu degil..tidak yakin kah engkau dgn janji Allah..bahawa setiap kesusahan itu akn tiba pula kesenangan…engkau terlalu degil…engkau terlalu menurut hati mu wahai hati….’

Sy diam lagi…menarik setiap deru nafas kurniaan sang pencipta kpd sy yg hina dina ini…memastikan setiap hembusan nafas ini hny untuknya..adakah bgitu yg sy buat…subhanallah….hati aku berbicara kembali…

‘ aku tak mahu jauh dr Allah…aku tak mahu Allah tingglkan aku…aku mahu kesana..aku mahu ke syurga bersama2 mu jiwa…aku mahu kesana bersama2 mu wahai jasad…aku tidak mahu bersendri…aku mahu kamu bersama….Allah memberi sedikit ujian untuk aku jd lebh kuat..untuk aku jd lebih tabah….knp aku begitu sombong membiarkan keadaan itu berlalu pergi tnpa aku sedar….aku hati yg EGO!!.. aku hati yg tidak menghargai CINTA ilahi…aku hati yang hany PENTINGKAN diri…’

Sy membiarkan dia lagi…sy membiarkan hati sy bermonolong sendri…dia senang begitu…die lbh tahu keadaan nya…sy hny melihat dengan senyuman yg menguntum..senyuman lahir dr hati yg baru….hati yang baru hadiah dr ilahi…sy terlihat senyuman nya…ya…hati itu telah senyum…senyum kerana telah redha akan takdir yang telah Allah takdir kan buatnya…hati tu…Nampak tenang…hat itu..nampak berseri2..sy mendekatinya…mendekati dgn rasa syukur…mendekati dgn sejuta kegembiraan ..mendekati dgn 1001 persoalan…tetapi sy tak akan bertny…knp…knp..tiba2 hati itu berubah…sy akn terus mendekatinya….hati itu riang…hati itu terasa dirinya bahagia…bahagia bersama rasa cinta sang penciptanya….damai….sy melihatnya dr jauh….sy berjalan mendekati..mengambil ia…mengambil ia…terus simpan di tempatnya…di tempat hati seorang AKU…..

nota kecil: aku gembira melihat hati aku sudah mampu ter'senyum'...MySpace

2.10.10

~menjadi kawan yang ITU

assalamualaikum wbt
norhayaton hazai..



Sesekali jadilah kawan
Yang mendengar dari hanya bercerita
Ambillah masa
untuk Memahami hati dan perasaan nya
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut..
Ada rasa bimbang..
Sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan
Dan dia juga perlukan kawan Sebagai kekuatan..
Jadilah kita kawannya yang itu..
Kita selalu melihat dia ketawa..
Tetapi mungkin sebenarnya..
Dia tidak setabah yang disangka..
Di sebalik senyuman itu.
Terselindung kisah-kisah sedih..
Yang tidak terluah..
Di sebalik ketenangan..
Mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Cubalah menjadi kawan yg itu.
Untuk terus memahami dia..
Untuk terus melewati hatinya.

p/s : hati tabahlah...mencari infiniti diri...~~MySpace

11.9.10

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..

Assalamualaikum wbt..

norhayaton hazai haji warman



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..

Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penupang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syura-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

nota kecil: semoga Allah pemudahkan segalanya..~~MySpace

27.6.10

-tOlong Beritahu Si dia-

Assalamualaikum wbt..
nurhayaton hazai..

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

nota kecil : Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..MySpace

23.6.10

-bapak-

Assalamualaikum wbt..

Nurhayaton hazai…


mak dengan bapak..^_^

Pertama dan selamanya aku bersyukur pd Mu ya Rabb kerana memberi aku sedikit waktu lgi untuk menulis di ruangn ini..semakin hari aku sgt merasakan kasih sayang Mu..semakin hari aku semakin rasa ‘hidup’ walaupun hakikatnya memang begitu…aku akan terus ‘hidup’ dalam kematian kelak…selamat sejahtera untuk shbt2 seperjuangan..semoga kalian terus istiqamah di atas jalan dakwah yg satu..jalan dakwah yg di lalui oleh Nabi Muhammad saw…insyaAllah…

Lama rasanya aku tak menulis..terasa juga kepincangan dari penulisan aku ni..sudah lama aku tidak keluarkan kata2 dari hati…sudah lama hati aku menyimpan semua kata..membenak dalam nubari…emmm aku ingin tulisan yang biasa2 saja untuk entri kali ni…tak ada bait2 indah..tiada metafora…tiada pesonafikasi yg akan aku tampilkan…aku hanya ingin meluah rasa kepada dirinya yg bernama ‘ayah’.. sudah beberapa hari,hari bapa lepas..aku bukan tak mahu mengucapakan nya..bukan tidak mahu untuk mengungkapkan nya..tapi pada aku..setiap hari adalah hari bapa..tiada yg khusus buat mu..insan teristimewa…terletak pada hati aku yg bernama anak..’bapak’ panggilan aku padanya…panggilan yg kasar barangkali..tetapi aku selesa panggil bgitu..kadang aku berseloroh juga dgn bapak panggil abi…walid…abah..tp aku lebh suka bahasakan dirinya bapak..pada aku perkataan itu sudah cukup istimewa…^_^

Semakin hari,,,aku lihat aku tatap wajahnya…wajah yg dulunya gagah…memerah keringt..demi untuk mencari sesuap rezeki…bangun di awal pagi..untuk pergi bekerja di singapura..sebagai pekerja kontraktor..emm aku tak tahu keadaan waktu itu..kesushan keluarga semuanya aku tak rasa..along lah pastinya merasakan keperitan..keperihan keluarga aku waktu itu..dengan hasil kerjanya bapak dpt hntr along sampai universiti..smpai ke oversea..di kota London..sampai sekarang along sudah jdi senior engineer di MAS..aku bersyukur…teramat bersyukur..bapak…perwatakkan sangat garang..anak nya yg mana tak pernah kene bantai..anak dia yg mana tk pernh kena sebat dengan getah paip..nak dia yg mana tak pernah kena rotan…semua kami rasa..even aku anak yg bongs pun..org kata manja..aku tak rasa cam tu pun…salu jek kene bantai…aduhaii nakal nya anak2 bapak..tapi semua bila dh besar jadi org yg ‘berguna’ berkat bantai rotan bapak..emm aku sedar..walaupun aku tak suka sikap panas baran..tapi…aku sorg jek anak bapak yg tahu bergurau…tahu ketawa dgn bapak..anak2 yg lain tk rapat dgn bapak..aku sorg saja anak bapak yg selalu mengomel..bercerita tu dan ini..bapak layan kan aja kalu aku bercerita..tapi kalau buat salah..sebat tetap kene sebat…^^, sadisnya keadaan waktu kecil ku…

Walaupun bapak seorg yg garang plus baran..tapi aku bahagia memiliki bapak seperti dia..bapak jenisnya tak pandai tunjuk kasih sayang.. tak pandai nk memujuk anak2..tapi aku tahu bapak tunjuk kasih syg nya dgn cara lain…aku rasakn nya..ego seorang lelaki mengatasi segalnya..tapi aku tetap syg bapak..bapak aku ada sakit diabetis..teruk juga..tapi bapak tak suka jaga makan…tu lah bapak aku..degil..katanya die kuat lagi..doktor yg salah..emm ikut kn aja lah..kerana syg kan bapak..aku tak pernh paksa apa2..aku turtkan..org tua biasa lah..hati aku memujuk..kadang2 kata2nya..sgt menghiris hati,,tapi aku tahu bapak penat…nak kn perhatian..dah tua..ingin lebh perhatian dr anak2..sejak 5 thun lepas bapak xcident..ingtan bapak semakin teruk..mksud aku..bapak mudah lupa...aku sedih melihat keadaan bapak…dengan sakit nya lagi..ya Allah..salu juga aku menngis bila teringt keadaan bapak..tapi nak buat camana..org kata bila dah tua perangai jadi keanak2 kan..aku akui..kesabran yg tinggi perlu untuk melayan kerehan bapak..bila lagi aku nak layan kerenah bapak…dulu dr kecil sudah puas bapak lyan kerenah anak2..bila dh besar giliran kami pulak..abang2 aku kebanyakkan ikut perangai baran bapak..jd kurg sket lah kesbaranya..melainkan angah..angah lbh ikut perangi mak..penyabr..tp tegas…waktu paling aku rasa menyanyat hati bila bapak bawa motor pergi kedai lupa jalan balik..waktu tu air mata aku laju2 keluar…aku mengis kat mak..knp bapak jd mcm tu…ya Allah…hny doa yg aku panjatkan..

Masa xcident dulu..kaki bapak kene simen ..melecur..sbb kan bapak ada kencing manis..luka tu semakin teruk..kami ingtkan luka biasa2 sj..tp makan daging dalam..sampai luka tu nmpk tulang di jari manis kaki bapak…aku tak tahan melihat keadaan bapak..masa tu ..keadaan bapak sngt teruk..pans baran nya menjadi2..sbb dia dh biasa berjalan..biasa bekerja..bila jadi mcm ni..pergerakkan nya terbatas..hbs semua anak2 di marah..aku dn kak cik yg layan kerenah bapak…doktor kata kaki bapak kene potong…ahh suka2 jek doktor kerajaan ni nk potong kaki bapak aku…kami sekeluarga iktiar bawa bapak g hospital swasta..mujur doctor kata boleh baik..kalau ikutkn kata doktor kerajaan tu.,.hbs dh kaki bapak aku kene potong..sungguh tak professional..along yg tanggung segala perubatn bapak kt hospital,,sehari di hospital 3 ribu rgt..ya Allah..along sanggup laburkn duit dia untuk bapak..aku sgt terharu,.lepas 4 hari kat hospital..bapak balik..emm aku jaga bapak. luka yg besar..aku cuci hari2..balik sekolah cepat2 sbb nk tukr kapas kaki bapak…setiap kali aku bersihkn kaki bapak..bapak menngis..sbb dia tahu die tak rapt dgn anak2..jd bila dia sakita anak2 jaga..mungkin hati dia tersentuh..aku tk kisah langsung pon..yg ptg bapak boleh sihat..

Lama aku jaga bapak..sampai luka dan daging kat kaki bapak tu tumbuh semula..aku rasa seronok..yelah aku jg dr luka tu besar..sampai lubang kat kaki bapak tu tertutup..sejak tu aku dgn bapak semakin rapat...bapak pon dh kurg sket pans barannya..maklum lah dah semkin tua..tapi sejak akhir2 ni kesihatn bapak semkin teruk..badan pun semakin kurus…(-_-)’’ mungkin sbb penyakit kencing manis bapak..ya Allah berilah kesihatan yg baik pd bapak..bapak semakin keanak2 kan..aku semkin hr semkin sedih..waktu paling sedih bila aku terpksa tingglkn bapak untuk balik uitm..bapak pasti akan nangis..aku apetah lgi…kedut di wajah bapak..sgt nmpk bapak sedng dimamah usia..sempat kah aku berbakti pd bapak..sempat kah bapak merasa duit hasil pekerjaan ku.semua nya rahsia Allah..atau pun aku yg akan pergi dulu…ajal tidak kenal usia..ya..itu sgt pasti...bapak aku seorg yg kuat..kuat semngt nya…aku tetp sygkn bapak walau mcmna sekali pun..i’ve just love just the way u are…selamat hari bapa bapak…semoga Allah merhmati hdup bapak..selamnya…luv u fillah…

KHAS UNTUK BAPAK...

Ketika berjauhan masih ku rasa hangt kasihmu ayah

Betapa ku rindukan redup wajah mu

Hadir menemaniku

Terbyg ketenangan yg selalu kau pamirkan

Bagaikan tiada keresahan

Walau hati mu sering terluka tika diriku terlanjur kata

tak pernh sekali kau tingglkn Diriku sendirian

Ketika ku dlm kedukaan..kau mendakap penuh pengertian

Di saat diri kehampaan kau setia mengajrku erti kekuatan

Terpancr kebahagiaan dlm senyum mu melihatku Berjaya

Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa

Dengan kata azimat engkau nyalakan semngt restu dn doa kau iringkanu bygkan hdup ayah tnpa engkau di sisi

Sebuah kasih syg yg kau curh kan tersemat di hati

nota kecil: apa pun bapak..adik tetap sayang kat bapak..bapak adalah seglanya bg adik..adik sayang kat bapak dunia akhirat..^^

6.6.10

~antara cinta dan Persahabatan.~~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

andai aku diberi pilihan untuk memilih keduanya...pasti aku akan pilih keduanya..
kerana bagi aku ianya sama bererti dan bernilai dalam hidup aku..
CINTA..
satu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya..kerana disebalik kisahnya..tersirat seribu kepahitan..
pastinya akan merentap kedamaian jiwa seoarang pencinta setia..tatkala ikatan diundang kekecewaan...
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa..yang punya hati dan perasaan..
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah terindah..
tidak terungkai dengan bicara bibir..tak tergambar pula dengan lakonan..begitu syahdunya kurniaan ilahi..lahirnya dari hati seorang insan yang berakal..beremosi..berperasaan..sungguh aku terpegun..sungguh aku terpesona...setiap hakikatnya punya hikmah..setiap langkah derapnya punya semangat...
PERSAHABATAN
suatu ikatan yang lahir dari hati..yang mana keinginanya tampak ikhlas..untuk berkongsi dera tawa...nangis bersama...juga keakraban..sahabat tempat bebicara setulusnya..tentang lampiran dan nokhtah kehidupan..
persahabatan yg tulus dan murni..adalah sebuah persahabatan yang disulami dengan benang kejujuran..
diwarnai dengan keikhlasan...dicurahi dengan kasih sejati...sungguh sahabat sangat punyai tempatnya sendiri dalam kehidupan ini...sekiranya menjadi gunting dalam lipatan..maka robohlah tembok keluhuran..

nota kecil: teman yg budiman..mengertilah maksud aku ini..ap yg tersimpul dari si insominia kata...sejak perkenalan kita..tugu indah itu...tugu persahabatan...yg telah lama teguh di laman hati..takt tuntas dek rintangan badai...satu pinta ku...ingati aku di setiap doa2 mu...~~MySpace

20.5.10

yang namanya 'aku'

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

kalam ini aku mulakan dengan bait indah dari Dia pencipta hati..pencipta jiwa yng nama nya aku..
Bismillahirrahmannirrahim...
sudah cukup kehidupan aku dengan kegembiraan..tiba waktunya pula kesepian hadir..membungkam jiwa menyapa setiap dinding relung hati jiwa seorang aku..aku hanya harapkan sepi ini adalah sementara..sementara..terkadang sepi ini hadir penuh dengan keindahan..terkadang sepi ini hadir pula penuh dengan kepahitan..terus membawa aku kepersada kerinduan ini..kerinduan yang sekian lamanya tersimpan di tempatnya..tanpa ada siapa2 yang mengusik malah tidak di sentuh..saat ini aku merasakan kelembutan belai kasihNya bersama sekalung hidayah..tetapi hati aku mash saja hati yang dulu..seolah2 kotor..berdebu..di palit sejuta dosa..ya Allah ampuni aku..ianya hadir menyentuh sanubari tabir seorg aku..tapi terkadang aku merasakan bahang nya kemurkaanMu..seiring patahnya sayap mujahadah aku..
aku kejar dan terus mengejar 'sesuatu' itu..hingga aku merasa kn merananya hati seorang aku..aku rangkul kemas setiap saat yang ada..aku pegang erat dan aku cuba halangi waktu ...tak udung juga aku melihatnya pergi...pergi tnpa memikirkan perasaan dan rintihan insan yg namanya aku...aku tertunduk..tertunduk terduduk di atas sejadah usang itu...memeluk hati..yang di tusuk sang takdir...kejam kah ia...=(
aku terus saja menyimbah air mata dalam mendambakan kasihNya...
ya Allah...langkah aku kini bagaikan mati..aku berusaha mendaki kasihMu nan sayup tinggi..cinta aku bukan lah cinta yang palsu..biar langkah longlai ini sering saja tergangu untuk kesana..aku cuba membujuk jiwa..dari terus merintih ..meratap..dari terus menolak masa menolak takdir..aku seolah2 gagal..begitu mudah jiwa ini mengungkap kan kata derita..malunya aku dengan kelemahan diri..setiap apa yang berlaku ini..membuatkn aku sering terfkir...fikiran aku ligat memutarkan katanya...kesepian ini amat perlu untuk aku bertanya sendiri pada hati..bisikan nurani itu akan jelas kelihatan bisikan nya...ketika segalanya menyatu..meleraikan...
ya Allah...saat ini terlerai sudah ribuan taubat dari tabir seorang yang namanya aku..terungkai janji Mu yang dahulu..aku yang sering saja memungkir kata..walaupun telah aku tahu cintaMu tidak pernah kan meminggir..
saat ini terjurai air mata..menangisi kealpaan..hati aku pula semakin terasa tertusuk panahan kata hati seorang aku..disini bukan tempatku lagi!
aku bercanda dengan jiwa aku sendri mahukan ketenangan..meratap menghiba mahukan perhatian diri sendri..
walau apapun aku tetap saja di sini..masih saja mengemis di dermaga janjiMu..yang pasti aku masih saja mendambakan kasih dr Mu..pencipta namanya aku...kerana aku yakin..cinta dan kasihMu tidak pernah sirna..buat seorang insan yang namanya aku...

nota kecil: tertusuknya jiwa tergamam nya perasaan..saat aku tidak lagi boleh menulis aku akan rindu kan sesuatu..yang bernama...'waktu'..MySpace

Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...