Followers



17.3.10

~bertunang dengan.....~~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

...................................................
..........


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

sumber: http://al-insyirah.forummotion.com/


nota kecil: kematian itu pasti..(-_-)''

16.3.10

~UiTM di hatiku~~(^_^)

Assalamualaikum wbt..
nurhayaton hazai..

syukur alhamdulillah dengan limpah dan rahmat nya dapt lagi cik raudhah ni mengupdate blog yang tak seberapa ni..=)


Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan…intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan..eceh cik raudhah ni menyanyi lak dia dalam ni…emm bukan apa saja jek..sesungguhnya menghilang kan waktu boring di dalam office..sempat lagi cik raudhah update blog..ya allah rindu sungguh dengan negeri PERAK..tempat yang paling sy tak nak pergi dulu..namun kini tersemat di hati..tu lah orang dah kata ..'sayang lah sekadarnya esok kamu akan membencinya.benci lah benci sekadarnya esok kamu akan menyanyagi nya' hah betul ke ayat ni..boleh lah tu..cik raudhah dah termasuk lah tu dalam ayat tu..wink~~ suasana perak..sangat nyaman..lebih2 lagi kerinduan saya pada UITM tempat jatuh lagikan di kenang ni kan pula tempat bermain..alamak hari ni berfalsafah lah pulak cik raudhah ni hehe.=) sudah 4 bulan saya tak balik perak dan semestinya UITM sudah sy tinggal kan dalam masa 4 bulan ni..sangat rindu kan suasana UiTM kicauan burung yg kejut sy pagi2…salu burung tu ada kat tepi tingkap…sekrng ni tak thu lah ..ada lagi atau tak..gunung ganang yg tersergam indah di belakang uitm ermmm sgt rindu…waktu hujan di uitm..sangat mendamaikan..rindu nak tgk sunset kat tgkat 3 bilik sy…huu..semua nya lah saya rindu..rindu kat umi uptown tempat kami salu beli mknn..rindu cha kue tiaw..rindu mkn pau ramai2…semestnya pau kaya menjadi pilihan kami..hiks..rindu nak pergi studio…rindu nak berjalan2 beramai2 g kelas…buat bising kat fakulti..hah yg ni bukn sy yang buat..org lain yang buat =p maaf encik kitaorg salu buat bsng dalam kelas…=) banyak sgt kenangan kami kt uitm..pernah semua kena marah sebab kami semua ponteng kelas secara beramai2…bukan main seronok lagi kene bambu dengan koodinator program kami..kelas B kelas yg paling nakal…bak kata KP..aduhh cmne leh termasuk dlm kelas ni nih…ckp lah ape saja kami bahagia jek..nakal2 pon insyaAllah kami paling akan membahagiakan kamu semua pensyarah…ehehhe..selalu kelas kami dr pukul 8 pagi sampai 6 petg dan sambung malm..banyak masa di habiskan di studio..makan minum..tidur..zzzzzzzz semua pon kat studio..tapi salu nya sy akan balik bilik sendri..home sweet home..=)


Banyak sgt bnda yg jadi ..masa kena tu perit jugak..bila dh cmni jadi kenangan…kenangan kena koyak drawing…kenangn kena conteng drawing..~~ paling tak suka kena conteng drawing…huhu..yerlah 2 3 malam tak tidur semata2 nak buat drawing tu..last2 kena conteng dengan letcre..terima kasih Madam D sebb salu conteng drawing kami…=) sebb nak kami jd pelukis plan yang terbaik..dah lah semua buat manual made by hand..penat..penat..penat..tp berbaloi2..sekarng ni je semua drawing buat pakai auto cad..tapi susah (-_-)’’ sbb belum mahir sangat…takpe2 usaha tangga kejayaan..


Salu petang2 kat uitm balik kelas kami akan g uptown untuk mengisi perut yg sememgnya dh berkeroncong sejak dalam kelas..kadng2 sebelum g kelas siap2 beli pastu mkn dlm kelas…hiks..=) benda paling jht pernh sy buat..makan dalam kelas..pensyarah ok jek ..sebb dapt kongsi maknn..pulak….tapi salu nya bekal sy ke kelas ialah gula-gula halls jek..lazat…pantang kluar dr pensil case satu kelas pusing gula-gula tu..last2 sy jugak yg tk dpt..hiks..tp tak pe jek..yang pentng happy..=) mostly dlm kelas semua nya adik2..sy dn 2 3 org jek yg tertua sket..wink~~ tapi tua skit jek tak byk..lalalal melalut…kadang2 buat kerja tak berfaedah duduk di foyer..atau fakulti..snap2 gambr..pusing satu uitm snap gambr jugak…kami ber 6 suka buat kerja tu…hiks..suka pijak rumput uitm..(maaf pak guard kami pijak…fuhs seb bek pak guard tak dek blog) ehheh..=P emm ape g ye…pokok nya ape2 yg kami buat ber enam...layan kan smua adik2..wink~~ adik2 ku syg..

Di uitm jugak jumpa shbt2 usrah..nik…sham..cat..adik syg…ain..ramai lagi lah..sampai tk ingt nama..salu nya saya lah yg pling jrng dpt ikut program kat pusat islam..sebb sy kat studio siapkn drawing dan lain2 kerja..kdng2 smpai di jemput oleh adik2 usrah.huhu bukn main lagi..( maaf kn akak adik2 ku..bukn tk nk g..tp ermm tapi..sekadar alasan)..huhu…tp pas siap seme projek n drawing2 sy tu sy g jugak..slau pergi..seronoknya dpt ramai adik2..shbt2 lain ape kurgnya..mostly diorg dh sem akhir..urmmm bertemu dn berpisah kerana Allah..insyaallah..miss u all so so much..rindu dgn tarbyh shbt2 dn Madam Nadiah..insyaAllah jumpa lagi…

Byk nya saya dh tulis,..cukup lah sekdr sini dulu..len kali cik raudhah membebel2 lagi dlam ni..~~ (^_^)

pintu pagar utama UiTM perak..wink~~ rindu2

ish3 ni bukan saya...heheh...tapi dia..

Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur...FSPU ni lah blok fakulti saya..tempat kami bermain2 bersama..=)

library UiTM..yg biasa2 je...kui2,..salu datang jugak...(erkk yeke salu cik raudhah)..=P

foyer fakulti.~~ tempt jatuh lagikan di kenang...semua kelas kami ni~ =)

killer studio..~~ tempat drawing2 menjadi mangsa koyakkan Madam D dan contengan nya~~(-_-)''

model 1 ..hah bersepah bilik.~~ bukan bilik sy...wink~~

model 2 masa sem 3 buat challet rumah terengganu~~ memkn belanja hampir 1000 rggt...(hbs duit (-_-)''

model 3 masa part 2 buat library UiTM tapi kami design balik dan tukr semua..~~ hasil nya...cm rumah hantu..kui2..=p

nota kecil: semua yang terjadi adalh kenangan kita...jagn biarkan semua kenangan itu pupus dek masa...miss u all and hope dapat buat dgree sama2 nanti kat shah alam..~~ shah alam kami datang!!! walaupun mmg dh ade kat ni..ehhehe...MySpace


13.3.10

~i was on the verge of breaking down~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

urmm this is my previous entry that ive post before..feel like to post it again..dont knw why...bcoz ' i was on the verge of breaking down' this is make me smile again and again..thankful for gve me some hope..some happiness..thanx for all my friend espacially kak sham the one i love..the one who gave me strenght when i was down.she lend her shoulder for me to cry on..my friend ain u are always stand by my side and support me..and you nana...u are the best friend ever. and murni nazira u also best friend ever ive met.i will always love u guy forever and for always..

In the name of Allah most Gracious most Merciful..i am the one who seek for mardhatillah..insyaAllah..YOU are always in by my side in what ever n whenever i done before..
Thanks to YOU ALLAH..i will always love YOU...in every single part of my life..

The fact is..i was on the verge of breaking down. I had a goal to achieve. Though the path towards making the goal a reality was very painful..as i reflect on the things that have passed..I realize...

The lesson behind it all is simply faith. When others felt that the goal was not worth it, that nothing will come from it..we held on to our faith. When others blame us and bombard us with harsh words..we took it as a challenge..it's not a matter of being idealistic rather its a matter of being brave to make a difference to make a change to bring others together.

Alhamdulillah..i now see the potential in so many of my friends..i finally feel like home..how proud i am of these friends of mine.who kept together making our goal a reality though there are some who keeps letting us down.

Allah is always with those who seek His Help and Love. Those who seek His Guidance. Those who have faith that Allah is all we need.

The journey goes on. the past will remain the past. I now look into the future..searching and creating opportunities. we will all continue to perfect our ways. if there were mistakes and weaknesses we seek for forgiveness..and we promise to try to do better in the future.

I dont expect anyone to understand my writing as it was not intended for that purpose. Rather..my entry this time..is a note to myself..that sometimes the pain is worth it. to remind me that sorrow will soon be followed by happiness..when that will come we shall never know BUT the fact is IT WILL.

I shall continue to smile ..as i know..it is all worth it. Alhamdulillah

La Tahzan

Grieve not when others blame and disparage you

"They will do you no harm, barring a trifling annoyance" (3:11)

"...and harm them not. AND put your TRUST in ALLAH" (33:48)

Then again..criticisms should be heard..and reflected upon. no matter how spiteful the person may be as what the person says may be true..So thank Allah everytime it happens..as it keeps u on track and in the right path. Insya Allah.

nota kecil: the love is all we need...MySpace

26.2.10

~segalanya tentang sesuatu~

Assalamualaikum wbt
Nurhayaton hazai…

Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi waktu untuk sy mengupdate blog ni…syukur ya Allah di atas nikmat Mu..sungguh aku hambaMu yg sgt2 memerlukan belas kasih dr Mu ya Allah..waktu yang berlalu bagaikan tiada henti…mencemburui setiap saat sy bersama mereka2 yg sy syg..Kasih sayang kepada mereka sungguh tiada taranya...hembusan sang bayu bawalah kiriman rindu ku buat mereka semua..ermmm nyaman sekali rasanya…

Tak ada apa yg sy nk update kali ni..Cuma sedikit kenangan yg saya semadikan di relung hati dan melakr kan nya di ruang pena ni..( aduh ayat sy…kenapa ni begitu skema ^_^)

this is my niece.. my lovely niece nur humaira irdina..sy panggil maira jek..kehadiran maira sgt mengubah keadaan kami sekeluarga..hee mcm tk pernah dpt anak saudara lak sy ni..padahal dah ada 11 orang anak saudara..mungkin sebab dah lama rumah kami takdek esak tangis seorg bayi..jadi rase teruja tu lbh lah sket..syg pon lebih jugak lah ..kan maira kan..=) maira dh sebulan bersama2 kami..wink~~ tak sbr nk tunggu maira membesr…acik tunggu maira besr..cepat2 besr ye syg..kt bawah ni gmbr the latest maira masa balik kampung masa kenduri tahlil nenek..urmm maira tk sempat jumpa embah buyut ( moyang).=(

ala tomei2..maira senyum masa tido..zzzzzz rutin harian maira..tido..dan tido lagi..

all about my nephew n my niece

Gmbr ni masa pergi rehlah di air terjun bekok..bukan main ramai org masa tu..timbul juga penyesalan ikut depa pergi tempt tu..sbb kena parking kereta jauh sgt…kami jlan kaki hampir 1.5 km…tak pasal2 jungle traking plak..tapi senanya lalu jalan tar jek…heheh..anak2 saudara sy dh jauh jalan kt depan..bawak mknn dan lain2..wink~~ acik diorng ni jalan tak bawak ape2 pon sambil menghirup udara yg segar..heheh..akak sy suruh sy bwak..tpi I refuse it..ehhehe..biar anak2 sdara yg bawak..acik penat memasak..(hah masak ke cik raudhah oi)…pdahal mak yg masak…ehhehe..ape pon anak2 sdara yg sgt baik dn best among the best…sampai2 kat air terjun tu..apa lagi cr tempat untuk kami berehat lah sambil bersantai2..tinggi gak lah kami panjat..last2 kami duduk di kawasan batu yg landai..my brother in law yg cari tempt tu..quite good lah..dekt dgn sungai dn senang budk2 tu nk mandi..heheh..acik tgk jek dr atas..snap2 gambar untuk di jadikn koleksi..melayan kerenah kakak ku yg adehh rasenya sore die jek kt hutan tu..yerlah die jarang dapat bersantai2 dengan kami..sibuk dgn rumah tangga..(kak nani ni cerita ttg kamu) hehehe..thts y lah her hubby syg die sgt2..rajin peramah sopan santun( sopan santun ke) emm tu kne fikr dulu lah =P hikhik..kami kat sana sampai petang..huhu btl2 bersantai ni..masuk saja waktu zohor sy turun seorg dri untuk solt di surau..selepas solt tu..tiba2 satu pertemuan yg tak di sangka..ya Allah kecik nya dunia ni...btl ke dia yg sy jumpa..ish2..dlm kepala sy fikr nk tgr ke tak org tu..tgr kang tkt salah..malulah pulak kang..=p tapi tak pe..sy nekad tgur jek lah..

Dengan memberi salam..sy berani2 takut jek senanye tgr dia tu..sebenrnya dia yg sy sebut2 dr td tu..ialah akak seusrah dgn sy masa kt uitm..sy tk sempt kenal die sebb die dh hbs blaja..kenal pon gitu2 jek..tk smpat nk taaruf sgt..Cuma sy pernah berhalaqah dgn ustazah n akak tu..tp ape2 pon sy stll ingt dia..n dia pon ingt sy..Cuma kami tk thu nama..adehh..then dr situ kami bertukr2 num phone..syukran kak hanis ingt sy ni hah…=) pastu masing2 bawa tujuan sendri..wink~~ pnjng lbar pulak sy bercakap yek..ade ke yg nk baca cik =P tk kesah lah ada yg baca ke tak yg penting cik raudhah nk tulis jugak..=)

Nota kecil: gembirakn hati anda cik raudhah walau hakiktnya kamu dlm kesedihan..biarkn sj kesedihan tu berlalu pergi di bawa angin …=) jadilah wanita yang paling bahagia..

21.2.10

~tinggal lah kasih tinggal kah sayang~~T_T

assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

tiada kata yang mampu sy luahkan disini...tiada airmata lagi yang mampu sy tangiskan..ya Allah kuatkan hati2 kami...kuatkan hati kami dalam menempuh ujian drMU ya rabb...ermmm baru semalam baru saja sy ziarah nenek di hospital..keadaan nenek bertambah pulih..perkembangan yg positif dpt sy lihat..berbanding 3 hari sebelum nya..nenek berada dalam keadaan koma di rumah..sehari sebelum koma sy ziarah nenek di rumah dan kami berbual2 walaupun suara nya tidak seperti biasa..tangan nenek sudh terketar..dan mengerikut tapi nenek masih boleh lagi mengurut tangn nya...nenek seorg yg kuat semangat..dia tahu keadaan nya sudh teruk tapi dia seboleh nya tak mahu melayan sakit nya tu...menitis air mata sy waktu tu melihat nenek yg terlntar sakit sudh hmr 2 bulan di tlm nya..

sebelum2 ini nenk sakit2 juga tapi boleh lagi ke masjid..selalunya sy yg ada kat kampung sy lah yang menghntr nenek ke masjid..dr zuhur sampai ke isyak..dengan menaiki motor..sejak nenek sakit nenek dh tak lrt nk berjalan..untuk solat aja makcik dn emak sy yg uruskan...sambil berbaring..sampai lah sebelum nenek masuk ke hospital..ya Allah waktu itu sy sudh tiada perasaan sama ada untuk terus bersedih atau bagaimana..

hari rabu lepas sy dapat panggilan dr kampung mengatakan nenek sudh sakit tenat..sy sedng bekerja di site..dapt berita tu terus saja sy mohon cuti dn terus balik ke kampung hari tu juga..dalam perjalann ke kmpung tu kakak sy call bgthu yg nenek akan di bawa ke hospital..sy dalam keadaa yg sedih tu terima dgn hati yg tenang..di hospital doktor kata keadaan nenek 50 50 aja..kami sekeluarga terima berita ini dgn hati yg terbuka dan sudah siap sedia untuk menghadapi saat2 pemergiannya..tapi dalam hati sy yakin nenk boleh sembuh..dengan bantuan alat pernafasan nenek menunjukkn perkembagn yg positif..cuma doktor kata buah pinggang nenek sudh di jangkiti kuman dn perlu di dialisis..ya Allah dalm hati hanya mampu berdoa akan kesejhteraan nenek..

2 hri di kampung baru lah sy jenguk nenek di hospital dn keadaan sgt baik..nenek panggil sy masuk dlm wad icu tu..nenek berbual tny saya itu dan ini..dalam hati mengucap syukur kepada Allah kerana mmberi peluang sy melihat nenek kembali siht..semua anak2 nya ada disisi..cucu2 dn cicit nya juga...kami bergilir2 menjenguk nenek..sy tak sampai hati meliht keadaan nenek dengan wayr yg berselirat di serata tubuhnya..ya Allah tersiat hati sy meliht keadaan nenek..nenek mengadu tangan yg di cucuk doktor tu sakit..saya mengelus2 rambut dn tangn nya yg skit tu..nenek menitskan air mata..sy menahan sebak..dn mengelap air mata nenek..sy tinglkan nenek dgn dunia nya..

petg itu selepas asr..nenek minta kmi bawa nya pulang..bwa balik rumah..kerana kata nya ada seorg lelaki yang datang menjenguk dan ingin bawa dia pergi...waktu tu hany linangn airmata yg mampu kami semua luahkan..suasana kembali suram...hujan di luar seakan2 mengerti perasaan kami sekeluarga waktu itu..kami semua sudh terduduk dn diam di situ..smpt nenek tersenyum..senyum yg terakhir mungkin~~(-_-) sy redha...jam 6 petg sy bertolak balik kerumah tumpng pakcik sy..suram..tiada sepath kata keluar dr mulut mak begtu juga sy..kami dengn dunia kmi masing2..memikirkan keadaan nenek..emak pula sejak td sudh mengis..sy hnya mampu menenangkan nya..

hari ni sy balik ke kuala lumpur..sbb cuti sy dh hbs..sampai saja di pudu,,sy dpt paggilan talifon dr kakak sy...jantung berdegup laju...monolong sy dalam hati ade ape2 yg jadi ke...ya Allah jauhkan lah semua ni...bagaikan halilintar sy menerima berita pemergian nenek...nenek pergi tnpa sy disisi..nenek pergi tingglkan kami smua..ya allah sy mahu rebah,,rebah dlm tangisan...sy kuatkn hati kuat kn semnagt pergi ke kereta uda..berita sedih sy sampaikn kepada uda..masng2 senyap dlm kereta...baru saja sampai ke kuala lumpur sy perlu bergegas pulng ke johor semula..rasa pent yg sejak td saya rasa seakan2 hilang~~hlng di bawa perasaan sedih ini...

embah panggilan sy pada nenek..semua kenagn bersama menerjah kembali ke kotak fikiran..tiada lagi derai tawanya,,tiada lagi kedengan suara nya di rumah..ahhh sy sudh rindukan semuanya...walupun sy baru saja merasai kehadirannya dlm hidup sy...kehadiran ya sudh lmbt pastinya...sy tk mampu untuk menolak takdir ini..kematian itu pasti...embah sy rindukan embah..sy rndukn nasht emba..sy rindukan segalanya tentg embah,,walupun byk perkara yg berlaku dlm keluarga kita,.tiada pelung sy menghntr embh ke masjid...menyium tgn embah..semua yg terakhir,,terakhir..saat ini air mata sy mentis bagaikan tiada henti...perasaan bercampur baur...ya Allah cucurilah rahmat keatas embah ku...tempt kn lah beliau di kalangn mereka2 yg beriman..amin,.amin,.ya Allah....(-_-)''

thun 2009 sy kehilangn makck yg sy sgt syg....tahun ni embah mengikut jejak langkah nya,...sy sudh tiada atok..sy sudh tiada nenek...sedihnya hati sy hny Allah yg thu..~~~ T_T

nota kecil: berbahagialah dirimu di sana embah,...sy sgt2 rindukan embah...nnatikan kami di sana..

20.2.10

~sepetang bersama.~~^_^

Assalamualaikum wbt

nurhayaton hazai...


subhanallah maha suci Allah..limpah kurnia dn rahmatMu sentiasa ku pohon.. Alhamdulillah dpt mengupdate blog yg sekian lama sepi tanpa kata~~ (-_-)'' bukn tk nak post sumthing kat blog sy ni..cuma masanya tak ada nk post..(erkk yeke ck raudhah takdek masa ^_^ )

sekarang tgh cuti so balik kampung menikmati keindahan kampung yg damai...~~ petang2 kat kampung angin kuat..awan yg berkepul2.ahh damai sekali...hilng rasenya hiruk pikuk bandar..(aduhh ayat sy) =) td petang sy dgn makcik sy duduk berdua..bercerita itu dn ini..meluahkan rase hati masing2..=) tk gitu cik yaya..hehe,, sambil2 melayan anak2 cik yaya...sempat sy snap gambr budak2 kecik tu..sy bergurau dengan hana..anak makcik sy..waa hilang rase tension dn kusut kat kepala sy bila melihat senyuman menawan budak kecik hana ni..~~ (^_^) lately ni macm2 yg jadi..kadang sampai sy rase tk leh nk handle..tapi tak apa..setiap ap yang datang tu bersebab...tanda kash dn sayang Allah pd kite~subhanallah ...

ape2 pon duduk kat kmpung beberapa hri ni sgt2 menenagkan hati sya..sungguh sy sgt rindukan diri sy yg dulu~~ hakiktnya tidak sama lagi~~uikk tak mau sedih2 sy nak lupakn semua masalah yg ada...setiap masalh yg dtg ade penyelesaian nya..bukn hny untuk di biar..semua nya menjadi pengalamn yg best dlm hidup saya...~~

sedikt gmbr yg sempat sy snap dr kanak2 yg comel~~ ^_^....


uikkk spek sape lah tue..=)
aloloo somelnya die..~~

jambatan sudah roboh..sudah roboh..sudah roboh hari ini...permainan mreka.seronoknya...^_^

nota kecil: aduhai somelnya budak2 keck nie~~~

Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...