Followers



24.10.09

~ ExAm~

assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

lame sungguh sy tak update blog ni..byk sgt rasenye nk di tulis kat sini..tapi hari ni sy nk letak jadual exam sy untuk sem ni..alhamdulillah lepas bz dgn kerja2 studio iaitu buat drawing dn report yg belambak2 tu..akhirnya hari rabu lepas dh submit..waa sy tak nk pndang lagi bnda2 tu..hee..kat bawah ni jadul exam sy untuk sem ni yg bermula pada 28/10/2009 dn berakhir pada 15/11/09..lepas exam ni sy tk cuti..terus pergi praktikal selama 6 bulan..sesuatu yg baru dlm hidup sy..bekerja! tidakkk!!
28/10/09 (9 pg-12 tghri)
- qsv 253 ( measurement and estimating)
30/10/09 ( 9pg-12 tghari)
- Bel 311 ( english)

31/10/09 ( 9 pg-12 tghari)
- Acc 104 ( accountancy)

2/11/09 (9pg-12 tghri)
- Bld 293 ( services)

6/11/09 (8.30-11.30)
- Etr 300 ( fundamental of entrepreneurship)

9/11/09 (9 pg-12 tghari)
- Bld 253 ( structure math)

11/11/09 (2.15-5.15)
- Bld 255 ( building science for material)

15/11/09 (2.15-5.15)
-Bld 260 ( building construction)

lepas 15 hb sy ade pulak taklimat g praktikal pastu baru balik kl dnb bersiap sedia untuk bekerja...huhuhu..tapi sebelum balik tu kami semua nk g rehlah..uitm i already miss u..cewah..

nota kecil: bersediakn cik raudhah untuk bekerja..nanti kan sja entry selanjutnya...MySpace

18.10.09

Menerima hakikat manusia akan Di Sulami Dengan Ujian

Assalamualaikum wbtnurhayaton hazai

Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut..

nota kecil: ujian adalah tarbiyah dr Allah..apakah kita akan sabar..atau pun sebaliknya..kesenangan yg datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dr Tuhan..

5.10.09

~Tuhan lebih tahu~

Assalamualaikum wbt.
nurhayaton hazai..

hidup ku kini sangat sesuatu..bukan aku menginginkan nya begini..tetapi mungkin juga jalan takdir ku sudah begini..tetapi aku sendiri tidak mengerti..adakah ini suatu ketetapan atau hanya ujian semata2..subhanallah..subhanallah..
bila mentari menghilang terbit pula kenangan lalu..
sedihku menyepi..
ampunilah hambamu ini..
berilah kekuatan kepadaku mengharungi mehnaMu..
ku pohon restu hidayah Mu..
rahmatilah hidupku..
terimalah taubatku sebagai penghapus segala dosaku..
ya Tuhan ku..
ku pohon kesucian hati dr Mu..
sesungguhnya terlalu kotor ku rasakan hati ini..
hati yg satu hanya ingin ku isi dengan cintaMu..
ku anggap ini adalah mujahadah ku buat Mu..
i am the one who seek for mardhatillah..
subhanallah..subhanallah..
nota kecil: sabar ye raudhah kuat kan hati..mudah2an Allah pemudhkan segala urusan mu.MySpace

27.9.09

~surat ku untuk mu calon suami~

Akhi....
Jikalau tiba saatnya bertemu...
bersabarlah dikau dengan kekuranganku....
bersabarlah dikau dengan apa yang tampak sekilas....
sesungguhnya aku ini hanyalah seseorang anak adam yang
biasa-biasa saja....
yang biasa dipandang sebelah mata....

Akhi....
Jika Allah memang memilihku tuk mendampingimu....
Kumohon....
Hendaklah dikau selalu mengingatkan diriku ini yang
lemah ini....
Yang mungkin menelantarkan hak-hakmu....
Yang mungkin lupa diri dan tak tau diri....
Yang mungkin lupa akan kewajibanku ini....

Akhi....
Terimalah salamku ini....
Jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya akhi....
Berimanlah pada Allah SWT....
dan bertakwalah pada Allah....
Patuhilah Allah dan Rasulnya....
Jangan terbawa oleh arus musuh-musuh Islam ....

Ingatlah.....
Sesungguhnya Allah swt. bersama orang-orang yang
sabar....

Jikalau bukan takdir kita untuk bertemu....
Doaku semoga Allah mempertemukanmu dengan yang
lebih baik dariku....
Yang akan membahagiakanmu di dunia dan membimbingmu menuju
kebahagiaan akhirat....

Akhir kata....
Wassalam....

26.9.09

salam sejahtera calon zaujku~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.


Salam Sejahtera buat calon suamiku,
moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun
doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannyakecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk ku persembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.
Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.
Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!
Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.
Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah, redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini.
Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

~bingkisan rindu~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

syukur alhamdulillah masih di beri peluang untuk sy update blog sy yg dh sekian lama terbiar..syukur buat Mu ya Allah sebaik2 pencipta..Engkau sangat indah segala percaturan Mu
punya hikmah...selawat dan salam buat mu kekasih Allah..moga di berkati hidupku di dunia mahupun di akhirat..
Aidilfitri seminggu sudh berlalu..walaupun saya rasa gembira dgn kepulagn adik beradik.tapi hati saya tetap sayu..rindu nya saya pada dia..raya tahun ni sangat lain..tiada yg meriah..kepergian nya amat kami rasai..cik idah bahagia di sana ye.kami di sini sentiasa mengingati cik idah..semua org sedih..pagi2 raya lepas subuh semua org pergi kubur cik idah..tapi sy tak mampu untuk pergi..walaupun dh hampir setahun cik idah pergi tinggal kan sy dn keluarga..sahabt2 juga pasti merasai ketiadaan cik idah..saat ni air mata sy mengalir bukn kerana apa..kerana rindukan cik idah.
saya sangat rindu nasihat dr cik idah..sy sangat rindu tarbiyyah dr cik idah..bila datang rumah
cik idah saya sangat sedih..doa dn al-fatihah yg mampu sy hadiah kan untuk cik idah..semua org rindukan cik idah..dh hampir setahun pun sy masih tak mampu nk jenguk kubur cik idah..bukan keran sy lupa..tapi sy masih tak kuat untuk hadapi semua ni cik..bila sy ada masalah sy dah tak de tempat untuk mengadu..selain Allah dan mak..kalau dulu cik ida ada untuk beri kekuatan pada sy..ada untuk tgr sy..tapi sekarang..sy hadapinya sendiri...sy tak pasti kalau cik idah ada sekarang ni cik idah gembira atau tak lihat sy yg 'baru' ini..
perginya cik idah sgt2 meruntun hati sy..tapi sy redha..mati itu psti..Allah lebh sygkan cik idah..janji Allah tu pasti..subhanallah..subhanallah..damailah cik idah di sana..di suatu daerah yg abadi..doa sy moga kita dpt berhalaqah disana bersama2 kelak..sy sentiasa rindukan cik idah..salam aidilfitri..salam sesuci qatrunnada buat mu insan tersayang...nantikan kami di sana..

arwahyarhamah faridah bt rahim dengan umar basyir

nota kecil: raudhah sangat2 rindukan cik idah MySpace

12.9.09

~ under construction~


assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai...

blog raudhatus sakinah sekarang ni under construction...will be right back soon..
Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...