Followers



14.6.09

~aku tinggalkan CINTA kerana ALLAH~

Assalamualaikum W.B.T
nurhayaton hazai

artikel ini sy peroleh dr seorg sahabat..sekadar berkongsi..apa yg baik di ambil sebagai manfaat...mudah-mudahan..

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasadan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi.Walaubagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walaubagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."


nota kecil: artikel ni khas untuk adik ku 'swetaki halu'..moga redha Allah bersamamu dik..Allah lebih mengetahui ap yg terbaik untuk kita..luv u fillah
MySpace

~sentuhan tarbiyyah Allah~

Assalamualaikum W.B.T
nurhayaton hazai..

Tahniah! Tahniah! anda lulus dengn cemerlang sem ni...sy terus berlalu dgn ucapan syukur di bibir..tapi hati sayu...subhanallah kenapa? ap yg tak kena ni? hati bermonolog sendiri...

KRING!!!!!KRING!!!!!KRING!!!

jam loceng berbunyi 6.00 pagi subhanallah dh subuh sy mimpi rupa2 nya...terus bgn untuk mengerjakan solat subuh..pagi itu secara sendirian..tapi hati sy terus terusan di asak gelisah..hati terus berbicara..mengucap..ap yg tak kena ni..dalam keadaan yg tidak tenang sy menunaikan solat subuh..sy bertafakur di atas sejadah..memikirkan ap yang berlaku...sehingga sy jadi tidak tenang begini..

subhanallah apkah ni ujian Mu yg Maha Hebat..apakah Engkau sedang menguji hati ku yg sememng nya lemah dgn ujian Mu ya Allah..hati terus merintih..merintih semahunya...apakah berkaitan mimpi yg sy alami tu...hati terus2 berlagu sendu...kicauan burung2 di pgi itu seakan2 mengerti gundah yg sy alami...

sy lalui hari itu seperti biasa..tiada ap yg luar biasa cuma sy asyik terfikir tentang mimpi yg sy
alami malam itu..adakah ni satu petanda buruk..subhanallah sy tak blh berprasagka begini...sy memujuk hati sy..husnuzzon dgn Allah...Dia lebih tahu ap yg terbaik untuk kita...

sy hadiri halaqah dgn shbt2..tak terpikir sgt akan masalh hati yg sy alami..setibanya di rumah..sy menerima stu message dr seorg shbt..mengadu yg keputusan exam hari tu dh keluar..menggigil tgn membaca bait2 message tu..keputusan shbt teruk..tak meraih anugerah dekan seperti kebiasannya..sy memberi nasiht dn memujuk nya..dalam waktu yg sama sy juga berdebar ingin mengetahui keputusan sy...mimpi mlm itu menerjah kembali ke kotak fikiran ini...sy tabah kan hati..

web portal pelajr sy KLIK..dgn hati yg gundah air mata sy terus2 mengalir...seakan2 tahu akan keputusan yg sy perolehi...no kad matrik beserta ic sy masuk kan...dgn ucapan bismillah sy KLIK teruskan...

TIBA-TIBA bagaikan halilintar...bagai di tikam bertubi2..tepat ap yg di jangka..Keputusan final
exam sy jatuh merundum...hati mengadu..airmata terus-terusan mengalir meratapi kegagalan yg sy perolehi...rasa ingin menjerit sekuat2 hati...APAKAH SALAH SAYA YA ALLAH!!!!!!!!!!!!
kenapa begitu besr ujian ini...sy menangis semahunya.dek kerana kegagalan sy tu...tiada teman bicara...sy menginsafi diri...mencari mana silap nya diri ini..adakah ni hanya ujian yg Maha Hebat untuk sy lbh tabah atau apa???

fikiran bercelaru..bingung....kecewa...macam2 perasaan yg ada...sy terus2 menyalah kan diri...tanpa memikir hikmah di sebalik kejadian ni..tiba2 sy teringt sebuah tafsir yg sy baca..
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar

Surah al-Baqarah : 155


sy terus menginsafi dri dr keterlanjuran saya...subhanallah ap yg dh saya lakukan ni...sy tak boleh terus menerus begini...sy akan putus asa dengan Allah...ya Allah ampunilah hambamu yg lemah ini...dek kerana sifat amarah sy terlupa akan firman Allah...


“(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Surah ar-Ra’d : 28


subhanallah...subhanallah hanya ucapan itu yng terkeluar dr mulut sy...malam itu hati terasa kosong...semangt sy hmpir hilang...sy bangkit semula beberapa ketika..dgn nasihat dr sahabt2 alhamdulillah sy kembali normal...


ya Allah ya Tuhan ku..aku hambamu yg lemah ini memohon kekuatan..kekuatan untuk menempuh segala ujian mu ini ya Allah..sesungguhnya aku terlalu lemah untuk memikul ujian yg Engkau berikan ini...ampunilah aku ya Allah..airmata terus mengalir menyesali keterlanjuran diri..menginsafi kekurangan diri...


sy terus mencari kekuatan diri..dengan membaca sebuah firman Allah di dalam surah

at-Taghabun : 11


“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah, dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”


ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuh segala mehna Mu ini...peliharalah hati ku dr rasa kecewa...seandainya telah tertulis di luhmahfuz akan kegagalan ku maka Engkau Yang Maha Besar ubahlah ia menjadi kejayaan....ku mohon kesucian hati dr Mu ya Allah...kerana teralu kotor ku rasakan hati ku ni ya Allah...amin..


malam itu berlalu dengan perasaan yg sedih...moga hari esok ada sinar untuk diri ku..


nota kecil: terima kasih kepada shbt2 yg memberi dorongan...terima kasih kepada shbt ku ikin dan adik akak yg akak sayangi dya..dorongan dn nasihat kalian amat2 sy hargai..syg ikin dan adik dya kerana Allah..

MySpace






13.6.09

~Assalamualaikum ustazah!

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai

Alhamdulillah sy masih berkesempatan update blog nie..pantas masa yg berlalu ..umur yg berbaki semakin kurang..syukur kehadrat Allah sebaik-baik pencipta..selawat dan salam kepada kekasih Allah Muhammad SAW..syafaat mu amat aku dambakan di sana kelak..

cuti sekolah dh nak hbis..sy sibuk dgn anak2 murid..hee bila pulak lah raudhah ni jadi cikgu ye..sebenarnya sy cuma mengajar di rumah..tu pun ajar anak2 saudara sy je..hee..seminggu pembelajaran berjalan dgn lancar..semua nya baik2 belaka..kadang2 ada je yg nakal...budak2 cm tu lah..

seminggu ni sy mengaja subjek math, bahasa melayu, kami buat ejaan..semua anak murid sy lingkungn umur 5 dn 6 tahun sj..walaupun tak ramai tapi nk melayan kerenah diorg ni macam layan beratus2 org budak..huhu...

terhibur hati sy tgk keletah mereka...ada yg fokus..ade yg main2..tak kurang jugak tgh bljar g lari main game..ish3..sabar jek lah raudhah..nk jadi pendidik bukn nye senang kan..heheh..
cm tu lah gak nye perasaan cikgu sy mase kat sekolah tadika dulu..nakal nye sy...

sy mengajar mereka dgn penuh kesabaran ..tapi ade jugak yg
kene marah sbb tak buat keje..tapi sy menegur secara hikmah..kadang tu terlepas jugak kemarahan ni..cm tu lah jugak gak nye rase cikgu yg pent melayan kerenah anak2 murid nye yg nkal cm sy ni..hehe

tiba-tiba salah seorg dr mereka panggil sy ustazah..aikk...nape ye..sy tny kat die nape pgl sy ustazah..jawapan simple jek die kate kat sekolah ustazah pakai tudung labuh..huhu..tu jek.. sy pon senyum je lah melayan budak sorg ni...dan sampai sekarng title tu lekat kat sy as a USTAZAH..yg tak bertauliah lah kot..hee...semua budak2 kecik kat umh ni pgl sy ustazah...bila nk mula belajar pun mereka beri salam macam kat sekolah..hehe..ade2 jek budak2 nie...

seronok melayan kerenah budak2 ni..atleast hari2 cuti sy terisi dgn perkara2 yg berfaedah...subjek yg diorg paling suka ialah ejaan..em subjek ke tu..boleh lah kot di kate cm tu..ngeee~~ setiap kali bagi perkataan mereka tulis..sy kate eja dalam hati..ade gak yg tak faham..eja kuat2..yg lain tiru..huhu..sy kate tutup jawapan jgn bg sape2
tiru ade yg dgr ckp ade gak yg buat tak endah jek..ish3..sbr jek lah..ade jugak yg bgtau jawapan kat org sebelah...macam2 perangai budak2 ni..
yg seorg sibuk marah yg lain suruh jgn bgtau jawapan pd yg lain..bagus2..balqis seorg murid yg patuh..heheh

tiba masa hantr sy tanda kertas2 mereka..ap yg mereka harap kan adalah bintang..heheh..cm sy juga dulu sekolh msti nk bintang..kalau tak dapt bintang msti
menangis..tah pape kan..

cm tu lah aktiviti kami selame seminggu ni..sekadar berkongsi pengalamn dgn anak2 murid sy ni...yg paling penting byk hikmah di sebalik semua ni...sy menjadi semakin penyabar..berbanding dulu..tak mudah marah ..dan lain2 lagi..alhamdulillah..

selesai sesi pembelajaran..alhamdulillah

peace lagi..

fokus pada latihan yg di beri..balqis dh siap buat dh

anak2 murid yg cerdik
azam,bilal,balqis dan nana

latihan math..pakai kertas koyak2 je jimat..hee

erkk tulisan ap tu..

kerja2 mereka..hee

nota kecil: tak sabar nk tunggu cuti sekolah lagi..heeMySpace

~im so LONELY~



Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

Waktu engkau kanak-kanak, kau laksana kawan sejati ku..Dengan wuduk, aku di sentuh dalam keadaan suci.Aku di pegang, di junjung, di atas rehal aku di pelajari.Aku di baca dengan kuat atau perlahan setiap hari.

Sekarang engkau dewasa..engkau tidak berminat lagi..Apakah aku untuk kanak-kanak yang baru belajar mengaji?
Sekarang aku di simpan hanya sebagai perhiasan atau dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan.Aku tersingkirdi biarkan sendirian dalam kesepian, di atas almari, di dalam laci, aku di pendamkan...

Dulu...pagi-pagi..surah-surahku engkau baca beberapa halaman. Sekarang sambil minum kopi engkau baca surat khabar..masa lapang mu engkau membaca sastera karangan manusia.Sedangkan ayat-ayat ku datang dari Tuhan mu yang Esa..yang Maha Perkasa..

waktu malam mu hanya di hadapan televisyen..menonton pertandingan bola, drama dn puisi.duduk berjam2 di hadapan komputer...Masa terus berlalu aku semakin buruk dalam almari..Mengumpul debu diselaputi habuk...

Apakah surat khabr , tv dan lain2 itu dapat memberi kamu hikmat? bila engkau di kubur sendirian menunggu kiamat.Engkau di datangi oleh malaikat..Hanya dengan ayat-ayat Tuhan mu engkau boleh terselamat..

Sekarang engkau begitu leka membuang peluang...setiap saat berlalu..Kuranglah baki umur mu..dan kubur sentiasa menunggu..Engkau bisa kembali kepada Tuhan mu bila-bila waktu..Apabila malaikat maut mengetuk pintu..

Kalau aku di baca dan di hayati...di kubur nanti aku datang sebagai pemuda tampan membantu engkau membela diri..Pegang lah aku lagi..bacalah aku setiap hari..kerana ayat-ayat ku adalah dr Tuhan mu yang Maha Mengatahui..yang di sampaikan oleh jibrail kepada Nabi..

Keluarkan lah aku dr almari..sentuhilah aku lagi..Jangan kau biarkan aku sendiri..sesungguhnya aku begitu kesunyian....

nota kecil: subhanallah mudah2 an sy istiqamah membaca al-quran setiap hari...

7.6.09

~en musang~

assalamualaikum W.B.T
nurhayaton hazai..

hari sy tak dek ap nk post cume nk kongsi pasal en musang.


merajuk lah pulak en musang ni..

en musang menginsafi diri


lenanye tido..zzzzz


lari tido depan meja solek lak dia



relaks jek baring kat bantal orang

tunjuk protes

hiks comel jek muka dia

tgh nak tido..

3.6.09

~~kaki oh kaki::..

Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai..

Salam sesuci qatrunnada..syukur kehadrat ilahi pentadbir sekalian alam..selautan rindu dn kasih ku kepada mu Kekasih Allah..moga syafaat mu ku peroleh di sana...

alahai ape ye yg nk di post kan ni..sj jek drop by kejap kat blog yg salu jek bersawang ni..tgk tajuk entri tu jek cm lain jek..

siang tadi sy ada latihan netball untuk lawan peringkat daerah sy ni..sy tak yakin sgt nak main..sebab sy ni memg lah dh lame sgt tak ber sport ni..lepas form 5 jek terus berhenti semua sukan..masuk u lak main gitu2 jek..cm kalau ade interpart dgn jabatan lain ke tu jek lah..

nak di jadikan cerita tgh syok2 wat latihan tu ade sorg kakak ni tertolak sy..aduhaii mulalah detik yg ngeri tu..ngee~~ ape lah yg ngeri sgt tu raudhah..lutut sy ni sebenarnye dh tak boleh nk buat sport lagi..doktor siap dh warning lagi berhenti sport untuk 2 tahun.. sebab lutut sy dh tergaleh dr tempat asal nye..tapi tak lah smpai cacat..hee..

mase sem 1 kat uitm lagi dh sakit sbb lawan netball ngn budak part 4 jabatan sy..lame jugak lah menaggung kesakitan ni..hampir sebulan..lepas2 dh baik tu part 2 lak sy redah buat main badminton..konon2 nya dh baik..main punya main tak ingt dunia jatuh lagi..dh sakit balik..g klinik doktor berleter tak habis2..sampai lah dh baik kawan2 sy langsung tk bagi sy bersukan..adehh terseksanya jiwa..sy pon tgk jek lah dr jauh..ayat pasrah je kan..ngee~~

sampai lah ptg tadi sy yakin yg kaki sy ni boleh dh untuk bersukan..tup2 blom jek sampai beberape minit main sy dh terjelepok kat lantai..adehh kakak tu pon cm ganas jek main..aduhaii habis lah kaki sy..monolog sy dlm hati..tapi tak pe sy teruskan juga permainan sampai lah selesai..balik rumah terus krem..ha btl kot ejaan tu..lutut skt lah sgt2..

tu lah padahnye kalau org degil cm sy ni..tak serik2..bila dh kene cm ni baru nk menyesal..sy pon main tu niat nye nk tolong kawan jek sbb tak cukup org..

nota kecil 1: cik raudhah  lain kali jgn degil sgt..jgn ikut kan sgt kehendak diri tu..huhu MySpace

29.5.09

~~ kenapa macam ni??~


Assalamualaikum w.b.t
nurhayaton hazai.

Alhamdulillah syukur atas nikmat Nya...Tuhan sekalian alam yg mentadbir sebijak2nya...Yang Maha mengetahui seisi bumi...selautan kasih dn sayang untuk mu kekasih Allah Muhammad SAW moga syafaat mu ku peroleh 
di sana nanti...

2 3 hari ni mud tak baik lah...kenape ye raudhah jadik gini...mane agaknye silap nya...adakah perasaan ni hadir kerana kelalaian raudhah sendiri..emm yek juga...banyak sngt tengok bnda yg bukan2 tak raudhah ni?? muhasabah diri ye...kenapa hati tak tenang..msti sbb dh bape hari tak bace al-quran kan...mesti raudhah tak khusyuk dlm solt kan..subhanallah ap yg dh raudhah buat nie...ap yg raudhah sibuk kan sgt ni sampai seme2 tu raudhah ambil ringan....raudhah menginsafi diri...diri yg sememagnya lalai..selalu sgt lalai...subhanallah moga diri ini di ampunkan..sy menginsafi kelemahan diri sy..
kalau dh tau gitu nape raudhah tak cube bertegas dgn diri raudhah..bukan raudhah tak tahu akan natijah semua yg raudhah buat tu..ya Allah monolog sy pd dri sy sendri..

karat2 jahiliyah masih ada lagi dlm diri raudhah..usaha untuk hilangkan nya ye raudhah..Allah tu sentiasa ada untuk kita..cume kita ni sbgai manusia salu jek lupe kan Dia..raudhah nak ke org kate raudhah ni kacang lupekan kulit...mesti lah tak nk kan...selangkah kita kepada Dia seribu langkah Dia kepada kita..
raudhah pon tau kan semua tu..bangkit lah raudhah...bangkit lah dr kelalaian tu..tak kan raudhah nk harap kan org lain untuk sdr kan dr raudhah tu...memang perit tapi iman disebaliknya amatlah manis..raudhah tak nk ke cm tu...tahu raudhah kadang2 sedih dgn dri raudhah tapi semua tu hanya lah ujian dr Allah...cube raudhah ingat balik tafsir dlm surah al an-kabut ayat 2-3 "apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan shj mengatakan'kami telah beriman',sedangkan mereka tak di uji dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang berdusta "..

sabar lah raudhah semua ni ujian dr Allah untuk raudhah..Allah syg pada raudhah sebab tu Dia uji raudhah..tahu raudhah nk berubah tapi percaya lah perubahan tu bkn nya sehari dua..perubahan memerlukan masa..memang perit permulaan nya tapi dihujungnya nanti tersemai kuntuman bunga iman yg indah...tabahkan hati raudhah tu..tahu raudhah kuat..nak jadi seorg muslimah yg sejati perlulah kuat hadapi ujian dn cabaran...pejuangan perlu di teruskan sampai ke akhirnya..

puas...sy puas begini..hanya monolog dengan diri sendiri..menasihati diri sendiri yg sering lalai..lalai dlm mengejar mardhatillah Nya....subhanallah ap yg dh sy buat ni..moga diri ini mash lagi mampu menempuh mehna dr Nya..moga diri ini istiqamah di atas jalan dakwah ini..ya Allah ku mohon kesucian hati dr Mu sesungguhnya terlalu kotor ku rasakan hati ini..hati yang satu hanya ingin kuisi dengan kasih dan cinta dr Mu..

Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...