Followers



29.10.10

-daun tak akan membenci angin-

assalamualaikum wbt..
norhayataon hazai hj warman


Selamat sejahtera kepada semua shbt2 seperjuangan…moga hati masih tetap dgn jalan dakwah ..moga setiap hari ..setiap detik Allah bersama2 kita..insyaallah…lama rasa tk update blog…kerana kekangn masa tapi hri ni Allah beri sedikit ruang waktu untuk update blog ni…mudah2an…

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa. Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya. Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya. Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin.

Dan hati aku aman dengan janjiNya :

"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

nota kecil:“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya. KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU. PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”MySpace

18.10.10

-hati seorang AKU-

assalamualaikum wbt..
norhayaton hazai hj warman

Salam sejahtera buat shbt2…lama sgt rasanya sy tk menulis kt blog ni…sampai tak thu nk tulis apa….kdg2 terasa melonjak2 nk menulis..tapi bila berhadapan dengan key board…hati mnjd kosong….tangan kaku….otak macam tak berfungsi….lalu sy putuskan untuk tidak menulis sepotong ayat hatta sepatah kata…..senyap…sunyi..terus diam….

Tapi hari ni..hati sy tk terasa sgt untuk menulis…tp bila sy buka laptop….duduk menghadap langit senja yg indah…hati menjadi sayu tiba2…apa yang menggangu hati sy…jiwa…yg pasti sy sedang bersedih…nyanyian lagu nasyid ‘kembali’ dr kumpulan far east sy ulang berkali2..bait2 nya sy hayati….ya allah…aku ingin kembali…kembali…kepada fitrah insani tak sanggup ku jelajahi rimba duniawi…kdg2 sy terfikir…knp sy tk sekuat dulu...kdg2 sy terfikir…semua ni jd kerana apa….kifarah dosa2 sy yg lalu..ya Allah mudah2an ianya kifarah dosa2 sy yg lalu…melihat langit senja yg indah…sy mengagumi kejadianNya…sy bermonolog sendiri…


‘aku perlu kuat…dn menjadi lebih kuat untuk tempuh kehidupan aku yg akan datang..Allah uji aku sikit je..untuk melihat keimanan dn ketakwaan aku kpdNya…knp aku kdg2 tk sedar…..aku menangis sendiri…aku menangis semahunya…aku tahu aku tk sendiri di dunia ni…biarlah org tinggal aku…kerana apa adanya aku…tp aku tahu Allah senantiasa ada buat aku…knp harus aku bersedih...’

sy merenung jauh ke langit….indah..nyaman…hati kecil ini puas….sy merasakan sesuatu..mengalir…deras….laju….terus menusuk ke hati…..bisikan kalimah ilahi..menerjah nubari nan layu….hmm untuk apa sy harus terus2 bersedih….untuk apa? Allah telah sediakan yg terbaik…Allah telah mentakdirkan semuanya yg terbaik untuk sy…untuk apa sy merungut..hakikat kehidupan mmg begini…sy kematian kata..di mana bait2 indah dr hati sy yg dulu..sy sendri tak thu…hilang tnpa jejak…hmm…bagaimana harus lagi sy berbicara…sy membiarkan diri bersendri…melayani kehendak hati…melayani luahan rasa nya sendri…dia tenang di situ…sedang sy mash berdiri…mendiamkan diri sejak dr tadi….membiarkan rasa hati dgn dunianya…membiarlah rasa hati dgn al-khaliq nya…dia tenang di situ…hati kecil bermonolog lagi….

‘ kenapa aku sering bertny…knp Allah menguji..sedgkan Aku dh tahu Allah menguji atas dasar kash sygnya pd aku…seorang aku yg sentiasa mengejr cintaNya..walau ada kalanya ku rasa aku dah kecundang..tp Dia dtg membangkit rasa ..memberi halawa sejuk pd hati seorag aku….sesuai dgn firman nya…berkali2 aku baca…berkali2 kau hadam…tetapi belum tetp di hati…knp wahai hati..begitu sush engkau mahu menuruti janjiNya…menuruti perintah sang pencipta….knp engkau begitu degil..tidak yakin kah engkau dgn janji Allah..bahawa setiap kesusahan itu akn tiba pula kesenangan…engkau terlalu degil…engkau terlalu menurut hati mu wahai hati….’

Sy diam lagi…menarik setiap deru nafas kurniaan sang pencipta kpd sy yg hina dina ini…memastikan setiap hembusan nafas ini hny untuknya..adakah bgitu yg sy buat…subhanallah….hati aku berbicara kembali…

‘ aku tak mahu jauh dr Allah…aku tak mahu Allah tingglkan aku…aku mahu kesana..aku mahu ke syurga bersama2 mu jiwa…aku mahu kesana bersama2 mu wahai jasad…aku tidak mahu bersendri…aku mahu kamu bersama….Allah memberi sedikit ujian untuk aku jd lebh kuat..untuk aku jd lebih tabah….knp aku begitu sombong membiarkan keadaan itu berlalu pergi tnpa aku sedar….aku hati yg EGO!!.. aku hati yg tidak menghargai CINTA ilahi…aku hati yang hany PENTINGKAN diri…’

Sy membiarkan dia lagi…sy membiarkan hati sy bermonolong sendri…dia senang begitu…die lbh tahu keadaan nya…sy hny melihat dengan senyuman yg menguntum..senyuman lahir dr hati yg baru….hati yang baru hadiah dr ilahi…sy terlihat senyuman nya…ya…hati itu telah senyum…senyum kerana telah redha akan takdir yang telah Allah takdir kan buatnya…hati tu…Nampak tenang…hat itu..nampak berseri2..sy mendekatinya…mendekati dgn rasa syukur…mendekati dgn sejuta kegembiraan ..mendekati dgn 1001 persoalan…tetapi sy tak akan bertny…knp…knp..tiba2 hati itu berubah…sy akn terus mendekatinya….hati itu riang…hati itu terasa dirinya bahagia…bahagia bersama rasa cinta sang penciptanya….damai….sy melihatnya dr jauh….sy berjalan mendekati..mengambil ia…mengambil ia…terus simpan di tempatnya…di tempat hati seorang AKU…..

nota kecil: aku gembira melihat hati aku sudah mampu ter'senyum'...MySpace

2.10.10

~menjadi kawan yang ITU

assalamualaikum wbt
norhayaton hazai..



Sesekali jadilah kawan
Yang mendengar dari hanya bercerita
Ambillah masa
untuk Memahami hati dan perasaan nya
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut..
Ada rasa bimbang..
Sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan
Dan dia juga perlukan kawan Sebagai kekuatan..
Jadilah kita kawannya yang itu..
Kita selalu melihat dia ketawa..
Tetapi mungkin sebenarnya..
Dia tidak setabah yang disangka..
Di sebalik senyuman itu.
Terselindung kisah-kisah sedih..
Yang tidak terluah..
Di sebalik ketenangan..
Mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Cubalah menjadi kawan yg itu.
Untuk terus memahami dia..
Untuk terus melewati hatinya.

p/s : hati tabahlah...mencari infiniti diri...~~MySpace

Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...