Followers



17.3.10

~bertunang dengan.....~~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

...................................................
..........


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

sumber: http://al-insyirah.forummotion.com/


nota kecil: kematian itu pasti..(-_-)''

16.3.10

~UiTM di hatiku~~(^_^)

Assalamualaikum wbt..
nurhayaton hazai..

syukur alhamdulillah dengan limpah dan rahmat nya dapt lagi cik raudhah ni mengupdate blog yang tak seberapa ni..=)


Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan…intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan..eceh cik raudhah ni menyanyi lak dia dalam ni…emm bukan apa saja jek..sesungguhnya menghilang kan waktu boring di dalam office..sempat lagi cik raudhah update blog..ya allah rindu sungguh dengan negeri PERAK..tempat yang paling sy tak nak pergi dulu..namun kini tersemat di hati..tu lah orang dah kata ..'sayang lah sekadarnya esok kamu akan membencinya.benci lah benci sekadarnya esok kamu akan menyanyagi nya' hah betul ke ayat ni..boleh lah tu..cik raudhah dah termasuk lah tu dalam ayat tu..wink~~ suasana perak..sangat nyaman..lebih2 lagi kerinduan saya pada UITM tempat jatuh lagikan di kenang ni kan pula tempat bermain..alamak hari ni berfalsafah lah pulak cik raudhah ni hehe.=) sudah 4 bulan saya tak balik perak dan semestinya UITM sudah sy tinggal kan dalam masa 4 bulan ni..sangat rindu kan suasana UiTM kicauan burung yg kejut sy pagi2…salu burung tu ada kat tepi tingkap…sekrng ni tak thu lah ..ada lagi atau tak..gunung ganang yg tersergam indah di belakang uitm ermmm sgt rindu…waktu hujan di uitm..sangat mendamaikan..rindu nak tgk sunset kat tgkat 3 bilik sy…huu..semua nya lah saya rindu..rindu kat umi uptown tempat kami salu beli mknn..rindu cha kue tiaw..rindu mkn pau ramai2…semestnya pau kaya menjadi pilihan kami..hiks..rindu nak pergi studio…rindu nak berjalan2 beramai2 g kelas…buat bising kat fakulti..hah yg ni bukn sy yang buat..org lain yang buat =p maaf encik kitaorg salu buat bsng dalam kelas…=) banyak sgt kenangan kami kt uitm..pernah semua kena marah sebab kami semua ponteng kelas secara beramai2…bukan main seronok lagi kene bambu dengan koodinator program kami..kelas B kelas yg paling nakal…bak kata KP..aduhh cmne leh termasuk dlm kelas ni nih…ckp lah ape saja kami bahagia jek..nakal2 pon insyaAllah kami paling akan membahagiakan kamu semua pensyarah…ehehhe..selalu kelas kami dr pukul 8 pagi sampai 6 petg dan sambung malm..banyak masa di habiskan di studio..makan minum..tidur..zzzzzzzz semua pon kat studio..tapi salu nya sy akan balik bilik sendri..home sweet home..=)


Banyak sgt bnda yg jadi ..masa kena tu perit jugak..bila dh cmni jadi kenangan…kenangan kena koyak drawing…kenangn kena conteng drawing..~~ paling tak suka kena conteng drawing…huhu..yerlah 2 3 malam tak tidur semata2 nak buat drawing tu..last2 kena conteng dengan letcre..terima kasih Madam D sebb salu conteng drawing kami…=) sebb nak kami jd pelukis plan yang terbaik..dah lah semua buat manual made by hand..penat..penat..penat..tp berbaloi2..sekarng ni je semua drawing buat pakai auto cad..tapi susah (-_-)’’ sbb belum mahir sangat…takpe2 usaha tangga kejayaan..


Salu petang2 kat uitm balik kelas kami akan g uptown untuk mengisi perut yg sememgnya dh berkeroncong sejak dalam kelas..kadng2 sebelum g kelas siap2 beli pastu mkn dlm kelas…hiks..=) benda paling jht pernh sy buat..makan dalam kelas..pensyarah ok jek ..sebb dapt kongsi maknn..pulak….tapi salu nya bekal sy ke kelas ialah gula-gula halls jek..lazat…pantang kluar dr pensil case satu kelas pusing gula-gula tu..last2 sy jugak yg tk dpt..hiks..tp tak pe jek..yang pentng happy..=) mostly dlm kelas semua nya adik2..sy dn 2 3 org jek yg tertua sket..wink~~ tapi tua skit jek tak byk..lalalal melalut…kadang2 buat kerja tak berfaedah duduk di foyer..atau fakulti..snap2 gambr..pusing satu uitm snap gambr jugak…kami ber 6 suka buat kerja tu…hiks..suka pijak rumput uitm..(maaf pak guard kami pijak…fuhs seb bek pak guard tak dek blog) ehheh..=P emm ape g ye…pokok nya ape2 yg kami buat ber enam...layan kan smua adik2..wink~~ adik2 ku syg..

Di uitm jugak jumpa shbt2 usrah..nik…sham..cat..adik syg…ain..ramai lagi lah..sampai tk ingt nama..salu nya saya lah yg pling jrng dpt ikut program kat pusat islam..sebb sy kat studio siapkn drawing dan lain2 kerja..kdng2 smpai di jemput oleh adik2 usrah.huhu bukn main lagi..( maaf kn akak adik2 ku..bukn tk nk g..tp ermm tapi..sekadar alasan)..huhu…tp pas siap seme projek n drawing2 sy tu sy g jugak..slau pergi..seronoknya dpt ramai adik2..shbt2 lain ape kurgnya..mostly diorg dh sem akhir..urmmm bertemu dn berpisah kerana Allah..insyaallah..miss u all so so much..rindu dgn tarbyh shbt2 dn Madam Nadiah..insyaAllah jumpa lagi…

Byk nya saya dh tulis,..cukup lah sekdr sini dulu..len kali cik raudhah membebel2 lagi dlam ni..~~ (^_^)

pintu pagar utama UiTM perak..wink~~ rindu2

ish3 ni bukan saya...heheh...tapi dia..

Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur...FSPU ni lah blok fakulti saya..tempat kami bermain2 bersama..=)

library UiTM..yg biasa2 je...kui2,..salu datang jugak...(erkk yeke salu cik raudhah)..=P

foyer fakulti.~~ tempt jatuh lagikan di kenang...semua kelas kami ni~ =)

killer studio..~~ tempat drawing2 menjadi mangsa koyakkan Madam D dan contengan nya~~(-_-)''

model 1 ..hah bersepah bilik.~~ bukan bilik sy...wink~~

model 2 masa sem 3 buat challet rumah terengganu~~ memkn belanja hampir 1000 rggt...(hbs duit (-_-)''

model 3 masa part 2 buat library UiTM tapi kami design balik dan tukr semua..~~ hasil nya...cm rumah hantu..kui2..=p

nota kecil: semua yang terjadi adalh kenangan kita...jagn biarkan semua kenangan itu pupus dek masa...miss u all and hope dapat buat dgree sama2 nanti kat shah alam..~~ shah alam kami datang!!! walaupun mmg dh ade kat ni..ehhehe...MySpace


13.3.10

~i was on the verge of breaking down~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

urmm this is my previous entry that ive post before..feel like to post it again..dont knw why...bcoz ' i was on the verge of breaking down' this is make me smile again and again..thankful for gve me some hope..some happiness..thanx for all my friend espacially kak sham the one i love..the one who gave me strenght when i was down.she lend her shoulder for me to cry on..my friend ain u are always stand by my side and support me..and you nana...u are the best friend ever. and murni nazira u also best friend ever ive met.i will always love u guy forever and for always..

In the name of Allah most Gracious most Merciful..i am the one who seek for mardhatillah..insyaAllah..YOU are always in by my side in what ever n whenever i done before..
Thanks to YOU ALLAH..i will always love YOU...in every single part of my life..

The fact is..i was on the verge of breaking down. I had a goal to achieve. Though the path towards making the goal a reality was very painful..as i reflect on the things that have passed..I realize...

The lesson behind it all is simply faith. When others felt that the goal was not worth it, that nothing will come from it..we held on to our faith. When others blame us and bombard us with harsh words..we took it as a challenge..it's not a matter of being idealistic rather its a matter of being brave to make a difference to make a change to bring others together.

Alhamdulillah..i now see the potential in so many of my friends..i finally feel like home..how proud i am of these friends of mine.who kept together making our goal a reality though there are some who keeps letting us down.

Allah is always with those who seek His Help and Love. Those who seek His Guidance. Those who have faith that Allah is all we need.

The journey goes on. the past will remain the past. I now look into the future..searching and creating opportunities. we will all continue to perfect our ways. if there were mistakes and weaknesses we seek for forgiveness..and we promise to try to do better in the future.

I dont expect anyone to understand my writing as it was not intended for that purpose. Rather..my entry this time..is a note to myself..that sometimes the pain is worth it. to remind me that sorrow will soon be followed by happiness..when that will come we shall never know BUT the fact is IT WILL.

I shall continue to smile ..as i know..it is all worth it. Alhamdulillah

La Tahzan

Grieve not when others blame and disparage you

"They will do you no harm, barring a trifling annoyance" (3:11)

"...and harm them not. AND put your TRUST in ALLAH" (33:48)

Then again..criticisms should be heard..and reflected upon. no matter how spiteful the person may be as what the person says may be true..So thank Allah everytime it happens..as it keeps u on track and in the right path. Insya Allah.

nota kecil: the love is all we need...MySpace

Daisypath Anniversary tickers

kedamaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...